Keesokannya..
Yuan tiba di hadapan rumah Fikri.
" Aik, tak keluar lagi? " Yuan
menolak pintu ke dalam. Ternyata tidak berkunci.
" Bro, mana kau.. Jom arh gerak ke sekolah " kini Yuan berada di hadapan pintu bilik Fikri. Diketuk berkali-kali pintu tersebut
" weh jom arh! Lewat nanti " Yuan berbicara lagi.
........
" Haih... Aku masuk eh" Yuan memulas daun pintu.
Kelihatan Fikri berbaring di lantai dan bukannya di katil. Dengan bilik yang berselerak dan ada serpihan cermin yang pecah. Yuan mendekati Fikri
" Weh! Kenapa ni tidur di lantai? Bilik kau berselerak sangat ni. Dengan cermin pecah. Kau ok ke bro?" Yuan cemas
" Harini aku tak nak ke sekolah. Kau pergi sendiri ye " Fikri sedar seakan mendengar suara Yuan
" lah.. Kenapa tak beritahu aku awal-awal "
Fikri tidak membalas. Dia bangun dan mencapai tuala.
" weh, kau okay tak? Kenapa tak nak ke sekolah? " Yuan bertanya, mengharapkan Fikri menjawab
" Aku malas " Jawab Fikri ringkas
" Jangan la bro.. Aku tunggu kau bersiap eh. Ke kau tak nak ke sekolah sebab malu dengan Irin? " Yuan mengankat keningnya
Mendengarkan nama gadis tersebut. Telinga Fikri bagaikan berdesing. Riak muka Fikri berubah dengan senyuman sinisnya.
" kau tunggu aku bersiap "
Yuan pelik. Dia hanya mengiakan
*.*.*.*.*.*.
" Irin! "
Irin menoleh ke belakang. Kelihatan Fiah memanggilnya.
" Jom jalan sekali " Fiah melemparkan senyuman
" Ouh jom. Lewat harini? Tak macam kebiasaannya. Biasanya aku datang sekolah, kau dan 3orang makcik tu dah terpancak dalam kelas " Irin mula bertanya.
Mereka berdua mengatur langkah ke kelas.
" hehe semalam aku tidur lewat " Fiah menjawab dengan senyuman masih belum pudar
" Hahaha " Irin hanya ketawa.
Mereka meneruskan perjalanan .Irin perasan yang Fiah asyik tersenyum je dari tadi. Berseri-seri wajah Fiah. Irin mengerutkan dahi.
" Kau okay Fiah? Kenapa berseri-seri je wajah pagi ini? Dan dari tadi lagi aku perasan kau asyik tersenyum-senyum sendiri. Kenapa ni? "
Irin menyiku bahu Fiah
" tiada apa " Fiah masih dalam senyumannya
" kebiasaannya. Senyum macam ni orang yang sedang dilamun cinta" Sungguh Irin pelik dengan rakannya itu
" Ha'ah " Fiah melemparkan senyuman buat Irin sebelum kakinya melangkah masuk ke kelas.
Irin berkerut " dengan siapa weh! " Irin berlari masuk ke kelas
" Ha dah datang dah. Pagi-pagi dah ada gosip korang berdua ni " kata Syaa yang sedang membetulkan awning tudungnya menggunakan cermin kecil milik Amy
" entah la. Shark laaa" Syira juga ingin mengetahui
Syaa menepuk lengan Syira. " Shark apanya? Share lah. Apa la kau ni"
" ouh share hehehe. Okay share laa " Syira menggaru pipinya
" Adoi, share dengan shark pun boleh tertukar " Amy memegang dahi sendiri
ANDA SEDANG MEMBACA
Akan Aku Cinta
Jugendliteratur"Aduhai...senior ku~,senyumanmu melemahkanku. Ehek's" -Irin. Irin remaja yang berusia 14tahun, sejak melangkahkan kaki ke sekolah menengah dia menyukai seorang senior yang 'famous' di sekolahnya. Pelbagai cara dia cuba untuk berbaik dengan senior i...
