Hari ini Irin mengajak Fiah bersamanya untuk bertugas kerana kak Shahira tidak hadir ke sekolah.
Irin mula bimbang akan exconya yang masih tidak muncul muncul. Kunci pagar ada bersamanya, sudah ada beberapa pelajar yang lewat melarikan diri. Irin adalah perempuan dia tidak punya kuasa untuk menyekat lelaki yang hadir lewat itu. Sadis.
"Mana Ipan ni? " tanya Irin
"Entah, apa kata kita pergi cari" cadang Fiah
"Okey jom, Erm Dannis kau jaga pagar eih.. Aku nak pergi cari Ipan"
"Oke jangan lama lama sudah"
Irin mendekati bangunan menengah atas. yang disitu ada beberapa orang senior. Irin menegur Paiz, kerana Irin tahu yang Paiz adalah rakan sekelas Ipan.
"Heh.. Err nak tanya, Ipan mana? "
"Ipan tak hadir hari ini. Dia pergi buat lesen kereta. Maybe la" ujar Paiz
"Pastu macam mana ni? Kunci pagar ada bersamanya. Pengawai sekolah ambil cuti hari ni katanya demam" Irin mula kalut
"Apa kata adik pergi naik atas tanya Mirza, dia pun ahli pagar. " senior tersebut memberikan senyuman buat Irin
Irin melihat kearah yang bersuara. Rupanya dia adalah kawan baik kepada Aiman yang Irin tidak tahu apa namanya. Hari ini Irin dapat melihat dengan lebih jelas dan dekat kerana senior itu berada hanya di tepinya. Entah bila masa muncul.
Irin terpukau dengan senyuman itu. Mata senior itu bulat. Cukup membuatkan Irin jatuh hati. Tapi dia masih ingat akan Aiman. Gatal!
"Ha'ah dik pergi naik atas tingkat 3 .pergi kelas 5 sains dalam kelas tu ada kawan abang, Mirza namanya, mungkin sedang buat kerja sekolah "kata Paiz.
Irin mengenali Mirza. Irin mula mengorat langkah ke tingkat 3, dalam perjalanan .Irin bersuara.
"Fiah kau nampak kan kawan si Aiman tu tegur aku Aaaa..."Irin teruja
"Aku nampak la"
"Kau tahu muka dia macam.. Err...jap jap macam siapa eh? Ermm jap" Irin cuba mengigati.
"Ada yang sama macam dia ke? "
"Ada.. Jap jap.. Ha! Aku ingat dah! Muka dia sama macam Iskandar." Irin memetik jarinya setelah dia mengingati semula.
"Ahmad Azmi Iskandar eih? Jap.. Haah la sama! Dengan matanya bulat. Cute pulak tu, ye sama la! " Fiah juga jadi excited.
Sesampainya di tingkat 3 Irin pergi ke kelas 5 sains. Alangkah terkejutnya Irin didapati Mirza bukan berseorangan malah berduaan.
Ye. Mirza bersama dengan Aiman.
Dup dup dup dup dup....
Oh tidak jantung Irin bakal meletop kebabom!
Irin menguatkan dirinya untuk memberi salam.
"Assalamualaikum err.. "
>>to be continued <<
Tadi saya dah publish.. Tapi entah la wattpad ni buat hal.. Habis terpadam. 😢 ni aku buat balik... Adoi letih amat.. 😂

ANDA SEDANG MEMBACA
Akan Aku Cinta
Teen Fiction"Aduhai...senior ku~,senyumanmu melemahkanku. Ehek's" -Irin. Irin remaja yang berusia 14tahun, sejak melangkahkan kaki ke sekolah menengah dia menyukai seorang senior yang 'famous' di sekolahnya. Pelbagai cara dia cuba untuk berbaik dengan senior i...