chapter||10

54 6 0
                                        

Skip..

Irin dari jauh melihat kearah Aiman yang berada di tempat parking motorsikal. Satu persatu gerak geri Aiman di perhatikannya.

Aiman mula rasa tidak sedap hati. Dia dapat rasakan seperti dirinya diperhatikan. Aiman memandang ke tempat keberadaan Irin.

Tak nampak apa apa pun.. Kerana Irin telah menyorok di sebalik dinding yang ada disitu.
Irin membetulkan tudungnya. Lantas berjalan melalui hadapan Aiman.

Dengan harapan agar Aiman menegurnya menanyakan tentang keberadaan adiknya. Ayzat. Kerana Ayzat tidak ada di situ, kalau tidak dah lama Aiman sudah pulang.

Tapi sadisnya. Aiman sedikit pun tidak melihat kearah Irin, bercakap dengan Irin?,Memang takla, Irin rasa kecewa.

Skip..
Lain harinya.

"Kamu buat apa ni Irin? Dari tadi lagi cikgu lihat kamu ke hulur hilir di depan bilik guru ini"tanya Cikgu Alia

''Ermm.. Tak.. Takde papepon...ni sa.. saya tengah cari er..er... "Irin buntu, dia tidak tahu apa yang ingin dikatakan sebagai alasan

"Er.. Er.. Kamu cari apa? " kata cikgu Alia dengan suara ditegaskan sedikit. Irin takut lantas menjawab

"Saya cari cincin saya yang jatuh dekat sini"

Glup..
Irin menelan air liurnya terasa pahit

"Cincin? " guru muda itu berkerut

"Haah, tadi masa lalu dia jatuh, mungkin longar hehe.. "Irin habis kata

"Apa kamu ni. Pelajar tidak boleh pakai cincin di sekolah lah. "Ujar Cikgu Alia dengan suara yang tegas. Irin ketakutan.

"Er.. Ye cikgu saya tahu. Tapi kalau cikgu jumpa cincin saya tu cikgu rampas la. Sebab cincin tu tak berharga saya terpakai masa datang sekolah tadi. " Kata Irin. Dia berbohong

"Hm. Baiklah. Sekarang kamu masuk kelas. "

"Baik cikgu" Irin berlalu pergi. Irin tersenyum lega. Rasa bersalah pula kepada guru itu.

Sebenarnya. Irin ke bilik guru kerana dia berharap ada guru yang ingin memberikannya tugasan untuk ke tingkatan 5.seperti tolong hantar kan fail ke, buku ataupun sebagainya.

Dia ingin ke kelas tingkatan 5 hanya untuk bertemu dengan Senior kesayangannya. Sungguh tidak berfaedah.

.*.*.*.*.*.*.*.*.*.

Hari ini Irin bertugas di pagar hadapan.

"Eh kejap. Nama apa? Kelas berapa? "Irin menyekat pelajar yang hadir yang ke sekolah lewat itu. Dan menanyakan beberapa soalan.

Itulah kerjanya, sebagai pengawas pagar.

"Okey tunggu yer.. Lepasni kita ke perhimpunan sama sama. " ujar Irin lagi

Ipan sebagai exco hanya memerhati anak buahnya menjalankan tugas. Ipan suka dengan kerja yang dilakukan oleh Irin. Pantas, peramah. Irin selalu bertugas mengikut jadual. Ipan sungguh berpuas hati dengan hasil tugas anak buahnya.

"Lepasni biar akak la yang hantar pelajar lewat ke perhimpunan. Awak jaga sini takut takut ada lagi yang hadir lewat oke? " Ramah percakapan Shahira yang bertugas bersama Irin.

"Ouh saya oke je kak" Irin senyum

"Irin jaga sini. Shahira iring pelajar yang hadir lewat ini. "Arah Ipan yang dari tadi menjadi pemerhati.

Shahira dan Irin mengangguk faham.

Mereka berdua mengikut apa yang dikatakan oleh Ipan sebentar tadi. Seperti yang dikatakan masih ada pelajar yang hadir lewat. Irin membuka pagar sekolah, dan mengambil nama dan tingkatan pelajar tersebut.

Itulah yang diulangi olehnya, apabila ada pelajar yang hadir lewat. Pintu pagar perlu dikunci bagi mengelakkan pelajar lari dari mengenakan tindakan.

Irin mengiringi 3 pelajar yang hadir ke sekolah lewat ke perhimpunan.

"Ada lagi yang hadir yang lewat!? "Amarah tc maniya tercetus apabila didapati ada lagi pelajar yang lewat.

"Jadi semuanya 7 orang yang hadir lewat. " Ujar shahira yang turut ada disitu

"Pengawas pagar boleh masuk kelas. Saya nak uruskan pelajar lewat ini. "

"Baiklah Tc. Terima kasih" kata shahira dan Irin.

Setibanya Irin ke kelasnya.

"Irin.. Hari ini ada pelajar baru masuk" ujar Fiah si penyampai berita

"Ouh.. " ujar Irin ringkas

"Dia dah masuk dah" sambung Amy pula

"Mana? "Tanya Irin

"Tu kat belakang tu.. Kan haritu aku pergi ambil meja dekat kelas Fuad.Meja untuk pelajar baru la tu" Kata Syira

Irin melihat kearah yang ditunjuk.
"Ooo.. Dari sekolah mana? "Tanya Irin

"Entah"

Irin hanya membiarkan malas nak ambil tahu. Dia letih. Yes dia letih

Kerana pelbagai cara yang dia cuba untuk berbaik dengan Aiman tapi satu pun tak jadi. Begitu susah untuk berbaik dengan seniornya itu.

Dia hairan kenapa orang lain senang aja berbaik dengannya. Irin kemurungan.

"Hurmm.. " terbit satu keluhan di bibir Irin

Syaa, Syira, Amy dan Fiah hanya melihat sesama sendiri. Pelik dengan sahabatnya itu.






















>>to be continued <<






















😪

Akan Aku CintaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang