" Syira? "
Syira menoleh kebelakang . Kelihatan Fuad betul-betul betul-betul betul berada di hadapannya.
'OMG kacaknyee kalau lihat dekat-dekat '
Syira sedang menggedik di dalam hatiTkak
Fuad memetik jari. Syira tersedar. Dan sekarang berada di realiti. Dia meraup wajahnya. Haiyaa sempat dia mengelamun eih.
" Fikir apa? " tanya Fuad" Takda apa " Syira menjawab dalam menunduk
Fuad hanya tersenyum. Syira mengangkat wajahnya.
' Alahai.. Aku angkat je wajah aku ni. Terus nampak senyuman dia pula Aggagagaga '
" Ermm mana yang lain? " Syira baru tersedar yang hanya Fuad datang kemari
" ouh.. Zaim dan Ali pergi beli makanan Haibib dan Ariz sedang mengemas gelanggang bola tampar. Mereka mop lantai ,bersih apa yang patut. Dan kemas apa yang patut sikit-sikit "
Syira mengangguk.
" Dan saya berada dengan awak "
Zupp!
Naik sejuk badan Syira. ' apa ni main saya awak cute laaa'
Syira hanya tersengih
Fuad pula tersenyum
" Nak kunci. Kita ambil bola dan pergi gelanggang " Fuad menghulurkan tanganSyira mengeluarkan kunci dari poket seluarnya. Harini kan gotong-royong mestilah kena pakai baju sukan dan seluar.
" Nah " syira menghulur kunci
Fuad mencapai.
Krekk...
Pintu ditolak ke belakang.
Dapat dengar yang pintu itu sudah berkarat besinya. Pintu lama.Fuad menyimpan kunci tersebut di dalam kocek seluarnya sebelum menggeledah bilik stor tersebut.
Syira membiarkan Fuad mencari bola tersebut. Syira hanya berdiri di luar
" Syira tolong cari dan buka suis lampu, gelap la " Fuad melaung dari dalam
" Ah ok " Syira turut masuk
bilik tersebut sangat gelap. Hanya disinari dari cahaya luar. Tiada jendela ataupun lubang untuk menghindap. Fuad sedang menggeledah satu bakul yang ada pelbagai jenis bola. Disebabkan gelap Fuad tidak dapat mencari bola yang terbaik, kerana kebanyakan bola sudah sedikit haus. Dia meminta Syira mencari suis lampu
Ruangan bilik stor pula tidaklah terlalu sempit tidak juga terlampau luas. Ia sederhana besar. Dulu ia menjadi tempat simpanan meja, kerusi,tempat simpan Mic,speaker dan bermacam barang lagi elektronik tak elektronik semua di himpun di dalam bilik ini. Sekarang semua barangan itu sudah ada tempatnya sendiri.
Dan jadilah ia bilik stor sukan tempat tersimpannya segala peralatan sukan.
Sedang Syira meraba-raba dinding mencari suis... Tiba-tiba.....
Kkrekkk......
Dummm!Fuad dan Syira terhincut disebabkan oleh bunyi pintu yang dihempas oleh angin.
" Ingat ke apa la tadi, kan? " Syira saja ingin memulakan bicara
" Ha batul itu. Terhincut aku dibuatnya " Fuad tersenyum.
Dalam samar kegelapan Syira dapat melihat senyuman dari Fuad. Auch!
" Dah jumpa " Fuad mengambil sebiji bola bersamanya
" eh dah jumpa? Aku suis tak jumpa lagi. Emm kata nak dua? Kenapa satu je yang di gendong? "
" Hahaha, tiada yang baik. Yang ni je baik. Keras pula tu. Jom blah pasal suis biarkanlah. Hahaha " Fuad melangkah ke pintu keluar yang sudah tertutupSyira masih kekal posisinya
Dipulas tombol pintu tersebut lalu ditarik ke dalam.Strett.. Strett
Tidak terbuka.
Fuad mencuba sekali lagi, tetap sama tidak dapat membuka pintu tersebutSyira tidak menganjak dari tempatnya sejak tadi. Dia melihat kearah Fuad nampak seperti Fuad cemas " Fuad... Kenapa..? " Syira juga sudah merasa tidak sedap badan
Fuad menoleh ke belakang melihat Syira benar wajahnya cemas
" Pin.. Pintu... "" pintu? Kenapa? "
" tak.. bo.. boleh.. "
" ya, tak boleh.. Okay teruskan "
" buk..buka. Buka "
" Buka? Yea. Bukalah "
" PINTU TAK BOLEH BUKA! " Fuad kelihatan sangat cemas!
" lah.. Kau ni buat sakit jantung aku je. Oouh.. Aku faham pintu tak boleh buka "
" PINTU TAK BOLEH BUKA WEH! KAU SEDAR TAK NI?! "
" Jap aku fikir....eh apa? " nampaknya sel otak Syira tidak berhubung
" PINTU TAK BOLEH BUKAAAAA! MACAM MANA NI? "
barulah Syira sedar ke realiti " APA?!! PINTU TAK BOLEH BUKA?! "
" Hish, baru nak sedar?! Sekarang macam mana? "
" manalah aku tahu! " Syira mulai turut cemas
Jeng jeng jeng
Apa yang bakal berlaku ?
>>to be continued<<

ANDA SEDANG MEMBACA
Akan Aku Cinta
Teen Fiction"Aduhai...senior ku~,senyumanmu melemahkanku. Ehek's" -Irin. Irin remaja yang berusia 14tahun, sejak melangkahkan kaki ke sekolah menengah dia menyukai seorang senior yang 'famous' di sekolahnya. Pelbagai cara dia cuba untuk berbaik dengan senior i...