Keesokannya di sekolah..
Mata Irin meliar mencari susuk tubuh senior yang diminatinya
" mana ni? Tak nampak pun "
" Nur Irina! cari siapa? Sampah-sampah tu cari kau " Syira menunding jari ke arah plastik sampah hitam yang diisi sampah dan rumput
Hari ini guru besar mengadakan program gotong-royong membersihkan kawasan sekolah secara besar-besaran! Ia sudah cukup membuat hati 5 gadis tersebut merengek kecil. Sungguh malas!
Mereka terpaksa mengotorkan tangan dan menyumbangkan tenaga kepada sekolah. Kerana ibu bapa mereka turut menghadiri program tersebut. Ibu bapa mereka berada di bilik mesyuarat sekolah bersama kakitangan sekolah. Entah apa yang dibualkan, hal orang tua.
" ha? Sampah? " Irin berkerut
" iya la, aku dan Syaa sudah bersihkan longkang ini, Fiah dan Amy sudah cabut rumput-rumput tu. Kau? Duk mengendap-hendap senior di sebalik pokok buluh itu. Baik kau jauh dari situ. Senior tu semua sedang kumpulkan kayu dan dahan pokok untuk dibakar"
" ouh hehehe.. Yela tapi mana dia? " Irin memuncung kan mulutnya. Dah seperti itik!
" Entah. Mana aku tahu. Dah la pergi buang sampah ni di tong sampah besar sana " Fiah meletakkan dua plastik sampah yang berisi di hadapan Irin
" okayla.. Mari la teman sorang " Irin
menjinjit kedua plastik sampah tersebut" kitorang nak rehat, lepasni nak sambung di taman bunga sekolah pula. Kitorang letih. Kau pergi la sorang. Kitorang tunggu di pondok berdekatan masjid sekolah ye" usai berkata Syaa meneguk air mineral untuk membasahkan tekak yang kering
" ish, Amy jom... " Irin mengelip-ngelipkan matanya. Minta simpati
" Aku penat weh " Amy juga sudah meneguk air
" ergh okay fine! " Irin pergi dari situ dengan menjinjit dua plastik sampah.
Mereka berempat ketawa melihat Irin. Mereka terus ke pondok yang berdekatan dengan masjid
-------
" aku letak dulu lah... Fuh beratnye! Diorang letak rumput ke batu!? Haih dah la panas-panas ni " Irin meletakkan dulu plastik tersebut. Dikibas-kibas tudungnya bagi menyejukkan badan.
" okay jom gerak " Irin mengomong sendiri
Dia kembali menjinjit plastik tersebutIrin berjalan berseorang tanpa menghiraukan mata yang memandangnya. Ada yang berbisik-bisik.yela,tuannya cantik tapi sedang menjinjit plastik sampah. Irin malas bergaduh kerana Abi nya ada di bilik mesyuarat. Nanti ada pula yang pergi mereport
Irin sudah tidak jauh dari tong sampah besar tersebut. Bibir mengukir senyuman lelah. Semakin Irin maju ke hadapan..
" eww busuknya! " Irin bagaikan ingin menangis apabila hidungnya menagkap bau yang sungguh meloyakan.
" macam mana aku nak buang sampah ni? Kalau begitu sekali baunya? Hish"" Mari abang tolong buagkan " lelaki itu terus mangambil plastik sampah Irin yang berisi itu, lalu dilambung masuk ke dalam tong sampah besar.
Irin terkejut. Dia menepuk tangan keriangan.
Lelaki tersebut adalah Firdaus yang turut ingin membuat sampah. Firdaus mengambil satu lagi plastik sampah milik Irin. Lalu mengayakan aksi yang sama.Lagi lah Irin gembira. Dia langsung tidak mendekati tong sampah yang cukup berbau itu.
" Thanks ye " Irin senyum melihat Firdaus
' jumpa kawan dia pun jadilaaa' Bisik hati Irin

ANDA SEDANG MEMBACA
Akan Aku Cinta
Teen Fiction"Aduhai...senior ku~,senyumanmu melemahkanku. Ehek's" -Irin. Irin remaja yang berusia 14tahun, sejak melangkahkan kaki ke sekolah menengah dia menyukai seorang senior yang 'famous' di sekolahnya. Pelbagai cara dia cuba untuk berbaik dengan senior i...