Mereka hanya berempat..
Syira baru sahaja pergi menemani Fuad dan rakan-rakannya
" Mesti Syira happy.. Boleh bersama dengan Mr. Crush " Kata Syaa
" semestinya hahaha" Amy ketawa
Sedang mereka berbual. Didatangi pula oleh Fikri dan Yuan
Irin yang memandang mengerling tajam kearah Fikri
" Jeling aku eih? Takpa takpa" Fikri tersenyum sinis
" Hish! Apa kau nak? Kenapa datang sini? " Tanya Irin kasar
" saja je nak lihat keadaan kau baik atau tidak"
" Dah la.. Buang masa kau je lihat aku. Aku selalu dalam keadaan baik-baik je. Tapi kalau kau datang mood baik itu rosak! " Irin sungguh menyampah
" Hahahaha iya la.. Kau baik-baik saja. Takpa nanti keadaan kau akan teruk! Aku akan saksikan bagaimana ia terjadi " Ujar Fikri dengan senyuman sinis
Yuan yang berada di sebelah Fikri tidak faham apa yang disampaikan oleh Fikri
Irin malas ingin menghadam kata-kata Fikri. " Ok "
Fikri tidak pudar dari senyuman menakutkan itu. Dia berlalu pergi tanpa berkata apa-apa
" semakin pelik aku lihat Fikri itu" Fiah menggaru kepalanya
" Biarkan jela dia " Amy meneguk air mineral
Mereka menyambung berbual-bual kosong. Selepas itu muncul pula Syira datang dengan melompat keriangan mendekati mereka
"Ni dah kenapa? Happy semacam jerr" Syaa tersenyum kearah Syira
" AKU HAPPY GILERR HARINI! " kata Syira dengan bersemangat
" perghh dia punya happy lain macam " Irin menggeleng kepala
Syira menceritakan kepada mereka berempat apa yang terjadi. Siap melayang-layangkan lagi kunci yang diberi Cikgu kepada Fuad. Lalu Fuad memberi pula kepadanya.
" Ceyh patutlah " Amy memegang dahi
" Takpe la...selamat bertemu di tengah hari nanti. Aku turut gembira " ujar Irin
" Eh eh.. Jangan ujar sebegitu Irin. Malu aku " syira menutupi wajahnya segan telapak tangannya
" Ish malas aku nak layan kau " Irin menolak lembut badan syira kebelakangan
Syira hanya ketawa diikuti yang lain
..skip..
Usai solat Zuhur berjemaah yang diimamkan oleh Aiman. Uwaww
Fuad dan rakan-rakannya berada di bangku yang sedia ada di hadapan masjid lelaki. Mereka sedang menyarungkan stokin dan kasut
" Cepat sikit pakai itu, nanti budak Syira itu lama menunggu kita " Fuad yang telah selesai memakai kasut berdiri gah di hadapan yang lain
" Sabar la, aku punya kasut entah apa tali ni. Berbelit sana-sini " Zaem sedang memperleraikan ikatan kasut yang tersimpul teruk itu. Macam mana la dia pakai kasut. Sebegitu sekali jadinya.
Yang lain menggeleng kepala melihat kepada Zaem
Fuad yang berdiri melihat sekeliling takut-takut Syira hadir disitu atau ada dimana-mana yang berdekatan.
Tetapi tidak kelihatan. Dia hanya nampak budak-budak tingkatan 1 sedang berkejaran, Ada yang melarikan kasut rakanya, macam-macam jenis manusialah yang Fuad lihat. Di pintu masjid pula, kelihatan guru-guru lelaki sedang berbual dengan Aiman. Aiman menyalami guru-guru tersebut. Guru itu pula mengusap di bahgian belakang Aiman. Aiman hanya senyum dan mengangguk-angguk.
Fuad hanya memerhati. Fuad rasa mesti guru-guru tersebut sedang memuji Aiman yang menjadi imam Solat Zuhur tadi. Ini bukan kali pertama Aiman menjadi imam. Sudah banyak kali. Pernah juga lelaki itu menjadi Imam Solat Hajat Perdana di sekolah.
Sedang Fuad memerhati Ariz memanggilnya
" oi Fuad, meh sini "
Fuad duduk semula di bangku tersebut.
" apa? "
" Tak akan la kita berlima ni nak pergi jumpa Syira? " tanya Ariz Azni yang perasan handsome. Tetapi kenyataannya memang sebegitu
" Ha'ah betul tu Fuad. Takkan la lima-lima nak pergi? Nak jadi macam budak F1 yang kita nampak hari itu. Diorang nak pergi hantar buku catatan ke pejabat. Yang nak menghantar seorang je. Iaitu penolong. Yang meneman enam orang. Buat apa nntah ramai-ramai " Ali menceritakan yang pernah dilihat mereka
" betul jugak. Bola kita nak ambil dua je kan? Seorang je dah cukup untuk pergi " Kata Fuad
Mereka mengangguk-angguk
*.*.*.*.*.*.*
Di masjid sekolah perempuan..
" Syira pergi la jumpa Mr. Crush kau " Syaa mengusik
" Ish sabarlah. Aku dah tak sabar ni " Syira tersenyum
" Okay settle lipat sejadah dan telekung ni. Sekarang kita turun bawah pakai kasut. Ouh Syira kitorang pulang dahulu ye. Sebab kitorang letih. Nak balik mandi rest and sleep "
Terang Irin. Keran badan Irin terasa sungguh
letih. Yang lain jua begitu
" Ouh ok je. Korang pulang dahulu ya. Tak perlu tunggu aku " Syira mengangkat tangan menunjuk simbol 'ok'
Mereka berdua menuruni tangga. Kerana masjid perempuan di atas masjid lelaki.
Selesai memakai kasut. Syira menunggu Fuad di hadapan stor sukan.
Nampaknya ia sangat sunyi disitu. Sudah ramai pelajar yang pulang. Mestilah semuanya penat bergotong-royong.
" Fuad dan kawan dia tu tak letih ke? Dahla gotong-royong lepas itu nak buat latihan bola tampar pula " Dalam membebel Syira tersenyum-senyum kerana selepas ini dia bakal bertemu Fuad. Walaupun rakannya ada. Erk.
" Syira? "
>>to be continued<<
ANDA SEDANG MEMBACA
Akan Aku Cinta
Teen Fiction"Aduhai...senior ku~,senyumanmu melemahkanku. Ehek's" -Irin. Irin remaja yang berusia 14tahun, sejak melangkahkan kaki ke sekolah menengah dia menyukai seorang senior yang 'famous' di sekolahnya. Pelbagai cara dia cuba untuk berbaik dengan senior i...
