*.*.*.*.*.*.*.*
Maka bermulalah misi mereka.
Pada waktu rehat menengah atas.
Syaa dan Syira meminta ingin ke tandas.Selepas Syaa siap 'melabur'. Syira bersuara.
"Weih cuba kau lihat kat depan bilik guru tu. Orang yang nak masuk tu. Bukan ke tu kawan Aiman? ""Haah la. Jom kita pergi lihat apa nama dia. Kita lihat kat nametag dia. Kerja ni kacang goreng jerr"
Mereka berdua pergi ke bilik guru.
"Ini fail untuk kelas kamu. Kamu bagi fail ni ikut nama yer" arah guru itu kepada pelajar yang di hadapannya.
"Baik cikgu. Saya keluar dulu yer'' 'lelaki itu memeluk erat beberapa fail yang di beri tadi.
'Lelaki' itu keluar dari bilik guru. Dia melihat ada dua orang gadis yang mencuri pandangnya. 'Lelaki' itu berkerut.
'Kenapa pulak dengan dua orang budak ni? 'Ujar si dia hanya di dalam hati. Dia pergi berlalu dari situ .
Syira dan Syaa mengeluh. Sadis. Dia tidak nampak nametag yang di pakai oleh senior itu kerana senior itu memeluk fail dan menyebabkan nametag itu tidak kelihatan. Jadi?
Misi gagal.
*.*.*.*.*.*.*.*
Waktu pulang. Irin, Amy dan Fiah pergi ke tempat parking motosikal.
Mereka berjalan ke hulur kehilir .Mereka juga sengaja lalu di hadapan motor milik senior itu.
Senior itu memandang pelik kearah mereka bertiga.
'Dah kenapa tiga orang budak ni? Tak letih ke jalan kehulu ke hilir. Aku yang lihat ni dah naik muak. ' desis hati 'lelaki' itu.
"Amy apa nama dia? Nampak tak? Lihat la cepat! Dia dah pandang kita pelik ni. " ujar Irin dengan nada berbisik.
"Kejap la kurang nampak" jawab Amy
"Jap aku dah nak nampak ni" baru sahaja Fiah ingin melihat.
Senior itu terlebih dahulu menyarungkan jaket ke badannya yang telah sedia dengan seragam sekolah. Jadi nametag tersebut terselindung dengan jaket itu.
Mereka bertiga menjuirkan bibirnya. Lantas pergi meninggalkan tempat tersebut.
'Aik dah pergi. Aku tahu la aku handsome sampai sanggup budak budak itu datang intai aku sebelum kau pulang. Ish ish ish tak patut' sempat senior itu memuji dirinya di dalam hati tatkala melihat 3 gadis itu berlalu pergi.
Misi gagal.
*.*.*.*.*.*.*.*.*
Syira, Irin dan Fiah ke bilik guru bagi mengambil minyak angin. Kerana Syaa sakit perut. Ditemani oleh Amy di dalam kelas.
Pergi ambil ubat pun tiga orang.
Sewaktu mereka keluar dari bilik guru perempuan. Kelihatan senior itu berjalan kearah mereka."Okey stanby eih. Baca nama dia" Irin memberikan arahan.
Senior itu melalui mereka bertiga. Senior itu hanya memandang dan memberikan senyuman. Irin membaca nama yang tertera di nametag tersebut.
'Hanapi? '
Irin pelik. Senior itu berlalu pergi.
"Weih korang baca tak? ""Baca" jawab syira dan Fiah serentak.
"Tak kan la nama dia Hanapi? Bukan ke tu nama cikgu Hanapi? Yang mengajar kita sains sebelum cikgu Karimah mengajar kita? " Irin buntu
"Eh lihat tu" Fiah menunjuk kearah bilik guru lagi lelaki.
Kelihatan senior itu memberi nametag tersebut kepada cikgu Hanapi.
Betullah tekaan diorang. Itu adalah nametag cikgu Hanapi yang tercicir. Jadi senior itu memakainya kerana ingin memulangkan semula nametag tersebut.
Mereka semua pergi ke kelas kerana risau akan keadaan syaa yang sedang kesakitan.
Misi gagal.
*.*.*.*.*.*.*.*.
"Dah seminggu kita cuba nak tahu nama senior itu. Ternyata begitu susah sekali" luah Syaa
"Itu lah pelbagai cara kita try, tapi tiada hasil. " sambung Amy.
"Haritu aku nampak nama dia tapi huruf depan je.. Tu pon tak pasti, nama dia macam Fakh, fakhrul?, fisyam?,fakhri?? Entah la tapi yang sure nya permulaan huruf 'F' " Ujar Syira pula.
"Ermm" Irin monyok
"Takpa kita cuba lagi" Fiah ingin menenangkan Irin.
*.*.*.*.*.*.*.*.*
Sewaktu pulang. Mereka berlima singgah di kantin. Bagi membeli air. Hanya untuk membasahkan tekak masing-masing.
Mereka duduk di meja yang di atasnya mempunyai pelbagai buku, kertas dan fail.
Irin membelek-belek buku tersebut. Di atas buku nota tertera satu nama Irin membacanya.
'Muhammad Firdaus Bin Abdullah Syuril'Irin hanya mengendahkannya. Dia sambung meminum air.
Tiba-tiba..
Ada seorang jejaka datang ke meja itu dan mengemas buku ,kertas dan faik tersebut.
Mata Irin membutang. Terkejut pabila kawan Aiman yang hadir. Dia sedang ligat mengemas meja tersebut. Irin bertanya
"Er.. Ni semua barang abang ke? "
"Haah" jawab senior itu ringkas.
"Maaf. Tadi saya membelek belek barang abang, saya ingat ke barang pelajar yang dia tinggal kat sini maaf yer"
"Eih takpa.. Jangan ambil barang abang sudah" dia melontarkan senyuman.
Sekali lagi membuatkan Irin terpukau.
Ye di hadapannya sekarang adalah Firdaus sahabat kepada Aiman.Firdaus pergi meninggalkan mereka berlima dan mengatur langkah ke tempat parking motosikal.
Yang lain hanya mendiamkan dirinya. Hanya mendengar perbualan ringkas antara Irin dan Firdaus .
Mereka tersenyum puas.
Akhirnya mereka mengetahui nama senior tersebut. Senior Firdaus.Di tempat parking motorsikal.
'Kenapa eih sejak kebelakangan ini, aku asyik jumpa dengan lima orang budak tu? Pelik la'
Firdaus berkata di dalam hati.>>to be continued <<

ANDA SEDANG MEMBACA
Akan Aku Cinta
Fiksi Remaja"Aduhai...senior ku~,senyumanmu melemahkanku. Ehek's" -Irin. Irin remaja yang berusia 14tahun, sejak melangkahkan kaki ke sekolah menengah dia menyukai seorang senior yang 'famous' di sekolahnya. Pelbagai cara dia cuba untuk berbaik dengan senior i...