.*.*.*.*.*.*.*.*.*.
Keesokan harinya,
Irin ke sekolah seperti biasa,
"Weih! Siap sejarah? "Tanya Amy dengan kalut
"Tak" balas syaa ringkas
"Dah tu ,tak reti nak buat? " Soal Irin
"Ni? Muka macam ni nak siap.. Memang tak la"kata syaa
"Pemalas " kata Syira kepada syaa
"Hahaha relaks jela.. Sejarah lepas rehat an? "
Syaa langsung tidak peduli akan kerja sekolah yang tidak disiapkan itu."Apa mau jadi la. Mengorat pandai pulak"Irin memegang dahinya
"Ini syaa la.. Don't worry about me, hahaha "
Syaa ketawa akan dirinya sendiri. "Ha kau siap ke tidak Irin? Aku tiru kau eh lepas ni" Syaa menyoal Irin seraya mengenyitkan mata"Aku? " tanya Irin
"Ye la tak kan, tukang kebun kot"
"Aku semestinya tak siap, hehehe"Irin sudah tersengih macam kerang busuk
"Apa la korang ni.. dua kali lima jer"Amy menjeling kearah Irin dan Syaa "Syira dan Fiah macam mana siap? "
"Siap je" jawab Fiah ringkas
"Siap je, tapi jawapan tu tak sure la betul ke tidak"terang syira sambil menayang muka bangganya
"Aku tiru kau eh" lantas Amy mengambil buku latihan milik Syira
"Aku nak juga" kata serentak oleh Syaa dan Irin
*.*.*.*.*.*.*.*.
"I love it when you call me senorita.. I aaa lalala true yeah lalala you and me lalalala yeh lalalla.. Aduh! Sakit la weihh! " marah Syira kepada Syaa, kerana Syaa memukul kasar bahunya
"Woi bahenol kau nyanyi apa? Sebutan pon tak betul ape entah lalala je aku dengar. " Syaa jeling kearah Syira
"Entah la.. Perosak lagu betul" Fiah menggelengkan kepalanya
"Perosak bangsa dan negara" sambung Amy
" entahlah Syira..kita di kantin sekarang waktu rehat.. Jadi ramaila orang, entah orang pandang kita pelik nanti. Tak mengaku kawan aku" Kata Irin sambil menyedut air sirap miliknya
"Hehehe kuat ke suara aku tadi? " muka Syira naik merah
"Kuat la juga, kalau Fuad lalu dan dengar camna? Malu kau juga" Kata Irin lagi
"Aaaaa malunya! Weihh dia lalu ke tadi?"tanya Syira ingin kepastian
"Haah dia lalu, dia ketawa tadi kot" Jawab Syaa
"Seriously? "Tanya Syira, mukanya kemerahan kerana menahan malu. Dia meletakkan dua belah tapak tangannya ke dua pipinya
"Just kidding " jawab syaa benar
"Eiii kau ni buat terkejut aku jelah"lantas Syira menarik tudung Syaa. Geram.
"Weihhh tudung aku jangan main eih! "
Yang lain hanya ketawa melihat dua sahabatnya itu.
Fuad, atau nama panjangnya Syahrilfuad bin malik. Ketua kelas tingkatan 3 Alamanda, kelas pertama. Lelaki ini murah dengan senyuman manisnya itu, tak seperti Aiman yang mahal dengan senyuman. Fuad juga diminati ramai. Syira menyukai Fuad sejak sekolah rendah la. Semasa darjah 5 dan Fuad darjah 6 ketika itu. Jadi tak hairan la kenapa Syira menawarkan dirinya menjadi Penolong kelas 2camelia, Syira berfikir jikalau dia memikul tugas tersebut dan silap hari bulan ada perjumpaan semua ketua kelas dan penolong kelas pasti mereka akan bertemu. Cetek sungguh pemikiran Syira...sambung balik perbualan mereka eih...
"Ha tu dia dengan geng dia"Kata Fiah kepada Syira
Kelihatan Fuad dengan gengnya lalu dihadapan meja mereka berlima. Fuad memandang kearah mereka berlima dan memberikan senyumannya .Syira sedaya upaya menahan dirinya daripada tersengih. Mereka berlima membalas senyuman tersebut.
'Aku kuat.. Sabar aku kuat' kata Syira di dalam hati untuk menguatkan dirinya yang sudah keguguran iman. Astagfirullah bawa mengucap la Syira."Boleh nak tanya? Meja di tepi korang berlima ni dah ada penghuni ke? "Tanya Fuad kearah mereka berlima.
Syaa, Irin, Amy dan Fiah ingin mengenakan Syira,dengan ingin Syira yang menjawab pertanyaan Fuad .Mereka berempat hanya diam dan memulakan 'kerja' masing masing.. Seperti Irin sibuk membaiki jamnya, Syaa sibuk mengira mee goreng dihadapannya, Amy bermain dengan ais di cawan plastiknya dan Fiah buat buat tak tahu.
Syira terdiam. Terus sejuk satu badan, melihat kearah Fuad.
"Ha? "Syira buat buat tak dengar apa yang ditanya oleh Fuad tadi.
"Tu, meja di sebelah ada penghuni ke? "Tanya Fuad lagi sambil menunjukkan meja yang disebelah Syira yang kosong tidak berpenghuni. Jaraknya jauh la juga.
"Ouh.. Me.. Meja tu.. Ermm.. T.. Tak de rasanya. Korang boleh duduk je situ. Tak de orang "mengigil Syira ingin menjawab ,sempat dia pelawa Fuad dan gengnya.
"Ouh thanks. "
"Wel.. Welcome" Syira menunjukkan simbol 'ok'.
Fuad melemparkan senyuman buat Syira.
'Aduhh kau ni kalau tak buat aku cair tak boleh ke.. Senyum je selalu. Harap awak simpan la senyuman manis tu untuk bakal isteri awak ni.. Hek' hek'ss ' Syira mengelamun seketika. Hanya dalam hati dia menutur ayat tersebut
"Hoi.. Melamun eih" sergah Syaa kepada Syira.
"Eii mana ada"Syira menafikan
"Untung lerr ,senior kau senyum kat kau. Siap bercakap bagai. Aku ni? Senyum pon susah, nak bercakap? Mati hidup balik pon takkan. Dah la boleh lihat masa awal pagi dan masa balik jer.. Waktu rehat kita dan dia tak sama.. Dia menengah atas an.. Hurmm sedihnyerr" ujar Irin dengan pasrahnya. Jelas menunjukkan riak sedih.
"Alah lek lek la" kata Syira. Irin hanya senyum melihat kearah sahabatnya itu.
*.*.*.*.*.*.*.*.*.*.*
Irin menuju ke kelas 2 Alamanda, untuk menghadiri meeting ajk pagarnya itu. Siap dengan pen dan buku nota di tangan.
Sesampainya Irin ke kelas itu. Dilihatnya dua orang exconya sudah ada disitu.
"Kamu ni Irina ke? "Tanya Ipan. Selaku exco
"Ha.. Iyup. Saya Nur Irina"Irin senyum kearah Ipan
"Ouh ok.. Aisha tick nama dia"Arah Ipan
"Aku tahu la"kata Aisha
Irin hanya ketawa kecil kearah dua orang exconya itu.
'Sweet em' hanya diugkap dalam hati
Irin memilih untuk duduk di bahagian tengah kelas kerana ada kipas. hanya Irin ,Aisha dan Ipan saja yang ada di dalam kelas. Setelah menunggu beberapa minit, kelas itu telah di huni oleh ajk pagar. Dalam 15 orang saja yang hadir.
Meeting masih tidak dimulakan lagi. Irin yang mula merasa bosan menyembamkan mukanya ke meja dengan berelasakan lengannya.
Sterkkk...
Bunyi kerusi meja jiran ditarik, Irin tidak mengendahkannya.
"Baiklah..kita boleh mulakan meeting"
Irin mengankat mukanya, dia melihat ke depan iaitu ke arah dua orang exco nya. Lalu dia menolah ke kanannya iaitu meja jiran, keran ingin melihat siapakah penghuninya kerana tadi dia mendengar kerusi ditarik.
Pabila dia menoleh ke kanan, dia terkejut.
>>to be continued <<
💕

ANDA SEDANG MEMBACA
Akan Aku Cinta
Fiksi Remaja"Aduhai...senior ku~,senyumanmu melemahkanku. Ehek's" -Irin. Irin remaja yang berusia 14tahun, sejak melangkahkan kaki ke sekolah menengah dia menyukai seorang senior yang 'famous' di sekolahnya. Pelbagai cara dia cuba untuk berbaik dengan senior i...