chapter||33

32 3 0
                                        

Di kantin..

Melihat kepada Irin dan Fiah yang mendiamkan diri dari tadi, mereka yang lain turut mendiamkan diri sambil memandang sesama sendiri

Sungguh drastik perubahan keatas Fiah. Irin sangat terkejut.

"Aku nak pergi tandas " kata Irin lalu bangun dari duduknya

" Nak aku temankan? " tanya Amy

" Tak payah, duduk je. Biar aku pergi sendiri " wajah Irin kelihatan dingin sahaja. Lalu melangkah ke tandas

Tibanya di tandas Irin melihat seorang kakak senior yang sedang membetulkan awning tudungnya di hadapan cermin. Irin ingin mengawal riaksi wajahnya. Dia tidak mahu dilihat sedih. Lalu dilemparkan senyumanya kepada senior perempuan itu.

Tidak silap, senior inilah yang mengerling kearahnya tempoh hari. Ditakdirkan harini bertemu di tandas pula. Sungguh kuat jodoh mereka. Wallahu.

Apabila Irin memberikan senyuman,
sungguh pedih, tetapi tidak mengapa. Senior tersebut seperti tempoh hari, tidak membalas senyuman tersebut. Lalu melangkah keluar.

Irin ternganga tatkala sebegitu sekali senior itu membuat dia.

" hei, kita kenal ke? Pastu gaduh? Sampai macamtu sekali! Ergh kenapa dengan kakak tu? Dia buat macam aku ni musuh dia bertahun-tahun lalu.. Entah-entah nenek moyang kitorang bermusuhan dulu. Serius aku kata aku tak kenal pun kakak itu, kenapa dia macam tu eih? Takpa-takpa... Nanti giliran aku pula menjeling " Irin membebel sorang-sorang di dalam tandas di hadapan cermin.

Irin beredar dari tandas. Lalu ke kantin semula.

Irin duduk, dan melihat kearah Fiah yang bagaikan tidak mahu memandangnya. Irin mengeluh. Dia mendekati Fiah yang berada di sebelah Syaa

" Fiah " Irin memegang tangan Fiah lalu digenggam

Fiah membiarkan sahaja tangannya digenggam. Halahai, bukan haram pun

" Aku minta maaf " Itu sahaja yang ditutur kan oleh Irin

Fiah bersuara " Terima kasih "

Irin mengerut dahi, minta ampun dibalas dengan ucapan 'terima kasih' .pelik

" Ha? " Irin mengerutkan dahi

" Thanks tolong aku berdepan dengan mak aku tadi. A.. Aku... Tak tahu nak jawab apa. Aku takut " Jelas Fiah

" Erm Sokay arhh, aku minta maaf eih kalau ada buat kau terasa, tak nak gaduh-gaduh ni " Irin tersenyum

" Eh, jangan la minta maaf dekat aku. Minta maaf dekat Hafiz tu " kata Fiah, bibirnya mula mengukir senyuman

Sekali lagi dahi Irin berkerut kuat. Bukan Irin sahaja, malah Amy, Syira dan Syaa turut berkerut. Hairan

" kenapa? " Tanya Irin ringkas

Sebelum menjawab, Fiah menarik nafas " yela, tadi kau kata dekat dia macam tu, bukan dekat aku. Aku ok je. Aku tengok dia macam marah je tadi. So aku sarankan kau pergi minta maaf dekat dia. Korang berbaik ye. Tadi kau macam cari fasal dengan dia "

Sakit. Sungguh sakit hati Irin. Tatkala Fiah mengatakan dia yang bersalah, sedangkan Hafiz yang membantah ajakan dia. Lepastu dituduh dia mencari fasal dengan Hafiz pula. Tapi dia tetap mengukir senyuman di bibir
Apa dah jadi dengan Fiah?

" Nanti kita jumpa dia dan aku minta maaf "

Yang lain dari tadi sedang berkerut. Apa dah jadi dengan Fiah dan Irin.

-------

Pada hari itu juga mereka pergi berjumpa dengan Hafiz.

" Aku minta maaf " kata Irin ringkas

" Baiklah aku maafkan, kenapa tiba-tiba ni? Baru insaf ke ni? " Dengan lawak hambar Hafiz itu, hanya Fiah yang ketawa.

Syaa, Syira, Amy memandang Fiah pelik. Apa yang kelakar? Irin tetap bermuka Serious

" Dah salah aku kan? Aku minta maaf la. Aku minta maaf sebab aku cakap kasar dengan senior aku yang cerdik ini, yang punya banyak ilmu di dada. Aku tak patut cakap macam tu dekat orang yang cerdik. Aku kena hormat orang yang punya banyak ilmu " Kata Irin dia mengawal wajahnya yang kelihatan geram itu.

" Ouh baguslah kalau begitu " Hafiz tersenyum sinis

'Gila' kata Irin hanya di dalam hati. Tidak mahu bergaduh dengan Fiah.

Baiklah kes selesai.

" Takpa la jom pergi "

Mereka semua beredar dari kelas tingkatan 4. sebelum pergi, sempat Fiah melambaikan tangan kepada Hafiz. Hafiz membalas lambaian itu.

*.*.*.*.*.*.*.*

Mereka berlima menyambung kerja. Mereka membersihkan taman bunga sekolah. Ada beberapa orang lelaki yang sedang mencuci kolam ikan. Zamry, Nurief, Zayyad dan beberapa lelaki kelas Irin yang lain.

Irin hanya membuat kerja separuh jalan. Dia duduk di bangku yang sedia ada disitu lalu memerhati kearah dimana adanya Aiman. Ye Irin nampak Aiman, terus tergendala kerjanya.
" Ouhh senior Aiman.. Why you cute sangat ermm.. Pastu badan pula tegap tu. Kacak tambah cute. Your my honeybunch, sugarplum. Pumpy umpy umpkin, your my sweety pie, your my cuppycake ,grumph geram.. Bilaa i see you.. And bilaaaa lah, kita bisa bercakap se per ti... kamu dengan, senior yang lainnnnn..hmmm.. Bila eih? "

Mata Irin langsung tidak beralih ke tempat lain. Hanya di tatap senior Aiman itu. Siap mengalunkan lagu yang direka entah apa-apa. Dah macam orang yang 'muyang' apabila dilihat kembali

" Confess jela"

Irin terhincut dek kata-kata itu. Tambah terkejut pula ,Zayyad yang menegurnya

" err.. Kau gila? Macam la dia terima junior.. Pastu aku ni nak rapat je. Tak nak lebih "

" Kau nak rapat dengan dia? Tegur la dia. Apa susah? " Zayyad tersenyum sinis

" Apa yang susah? susah la weh! Aku takde berani.. I.. I can't.. "

" Kau boleh.. Kau tegur dia macam kau tegur lelaki atau senior lain "

" Aku pelik sangat. Dengan orang lain aku boleh. Tapi dengan dia aku tak boleh.. " Irin menunduk

" Sebab kau ada perasaan dekat dia. Tu aura dia lain macam "

" Ermm betullaa " Irin tersenyum lemah

" hahhahaha " Zayyad hanya ketawa melihat kearah Irin yang gelisah

Irin turut ketawa. Pelik juga dengan Zayyad yang tiba-tiba menegurnya. " Hahaha kau ni pelik la. Asal ketawa? Ishh "

" Engkau la yang pelik, suka senior Aiman, tapi takmo confess. Bagi alasan tak berani tegur dia. Dia tak makan manusia la. Dia makan nasi! " semakin berdekah-dekah Zayyad ketawa

" Ishh, suka hatilah! " wajah Irin mulai naik memerah. Pabila Zayyad mengetawakannya.

' err Zayyad ni ok ke tidak? Hari itu bukan main nak aku jauhkan diri dari dia. Harini tegur aku.. Naik heran la aku ' Irin hanya mengomong di dalam hati

Zayyad memandang Irin " Mesti kau heran kan? Kenapa aku tegur kau? "

" Ha'ah " hanya itu yang keluar dari mulut Irin

" Don't worry la.. Aku dah move on.. Aku ada benda nak cerita. Tapi.. Nanti jelah.. Okay aku chaw dulu.. Bai! " Zayyad pergi

Irin pula berkelip-kelip memandang Zayyad yang sudah berlalu pergi. Sungguh tidak faham dengan situasi !




























>>to be continued <<



Akan Aku CintaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang