chapter||44

77 6 1
                                        

Keesokanya,

Waktu rehat..
" Irin kamu tak mahu cari ke siapa Yang sabotaj kamu kelmarin?" Syaa merenung Irin tajam

"Ermm tak kot...biarlah, katak je pun kan?" Irin tersenyum

"Eh ko ni demam ke apa? 'Katak je' kau kata? " Syira sangat beremosi

"Katak je apa? Kau sampai melompat naik atas meja! Jangan la malukan kitorang Sebagai kawan kau ni. Kalau aku jadi kau aku tak datang sekolah seminggu tau! Malu nak sorok muka ni" Syaa tidak lepas dari merenung Irin

"Eh nak tinggal sekolah seminggu? Bukan kau tak suka eh ponteng ni? Katanya nak jadi perlajar Yang kehadiranya penuh" Syira menjongket keningnya

"Memang la, ish kau ni diam la" Syaa menjeling Syira

Syira lakukan perkara Yang sama

"Korang ni dah, jangan buat bingit aku. Iya la bukan perkara biasa kerana ia katak! You know k.a.t.a.k? Aku takleh la dengan katak mengerutu tu. Tapi.. Biarla tak perlu di layan sangat orang Yang sabotaj aku tu. Dahagakan attention maybe. Biarla dia, kita buat taktau je" Irin menjelaskan dengan senyuman tidak lekang dari bibir

"Suka hati kau la Irin" Syaa memutarkan bebola matanya

"Eh jap ke ada apa apa ni Irin? "Fiah bertanya seolah olah mengetahui ada sesuatu Yang Irin sorokkan

"Ada apa apanye? " Irin masih tersenyum

"Aku dan Fiah perasan, dari pagi tadi lagi kau asyik tersenyum je? " Amy mencucuk cucuk bahu Irin

"Haah, macam ada sesuatu berlaku? Sebab mood kau okay je, biasanya mood jadi separuh gila kalau cakap pasal haters or kau mengumpat apa apa. Ni tak, kau asyik senyum je" Fiah menyambung

Syaa dan Syira juga perasan apabila diingat kembali

Syira menyepetkan matanya "ke Senior Aiman kau menegur harini? "

Syaa juga melakukan gaya Yang sama seperti Syira "Ataupun senior Aiman gunting rambut dia? Nampak botak? Kau selalunya minat Yang botak"

"Uwuww bang botak" mereka mengusik Irin. Sudah kemerahan wajah Irin

"HAHAHAHHAHA" pecah ketawa empat rakannya itu

"Aish! Mana ada la! Aku mana suka botak la aku suka Yang rambut macam Taehyung oppa. Rambut tak tetap, pandai fesyenkan rambut. Dan Yang penting kelihatan kemas Dan segak. Bukannya botak! Haiyaa korang"

Yang lain masih lagi dalam tawanya

"Takla tiada apa Yang berlaku. Mood aku je Yang okay. Ishh dah la layan korang buat aku tertukar mood. Aku nak ke kelas siapkan kerja sejarah Yang cikgu beri seminggu lalu" Irin bangun dan ingin berlalu pergi

"HAHAHAHA okay okay aku stop ketawa" Syira memegang perutnya

"Weh tunggu Irin! Aku tak siap jugak" Syaa berlari mendapatkan Irin

Yang lain juga bangun dan berjalan ke kelas.

*.*.*.*.*

Waktu pulang,

Selesai solat berjemaah..

"Aus ada nampak botol mineral aku? " Aiman menanya kepada Firdaus

Firdaus Yang sedang mengemas begnya menghulurkan botol mineral milik Aiman

"Aik. Asal ada dengan kau? " Aiman bertanya lagi

"Duhh kau lupa ka? Masa kau tersedu kuat tadi, kau mintak aku tambah kan air dalam botol kau sebab air kau dah nak habis dek kerana kau minum bagi hilangkan sedu. Aku tuangkan dalam botol kau Yang aku punya. Tapi aku toleh tengok kau, kau dah minum Yang azfa punya. Aku pun simpan jela bawah laci meja aku" Terang Firdaus

Akan Aku CintaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang