chapter||23

44 6 0
                                        

Irin berjalan dan langsung tidak menoleh ke belakang. Waktu rehat sudah pun tamat.

"Irin! Irin! Weh tunggulah! " Irin langsung tidak mengendahkan suara rakannya yang sedang memanggil

Mulutnya pula tidak habis-habis membebel dan mencarut.

"Arghh si*l! Bangs*t betullah! Jantan takguna! Ade ke patut dia kata aku sedang datang bulan? Yea memang la betul, aku tengah datang bulan ni. But.. Perlu ke satu kantin tahu?! Urghh"

Ya Irin sedang datang bulan, sebab itulah emosinya tak terkawal.
Terus-terusan Irin membebel dan mencarut. Fiah, Syaa, Syira dan Amy sudah jenuh memanggil Irin yang jauh dihadapan.

Sehingga Irin perasan ada seorang lelaki yang baru sahaja turun dari tangga betul-betul berada dihadapannya sekarang .

Irin menghentikan langkah dengan mengejut dan menutup matanya seeratnya .Dia takut jikalau berlanggaran dengan lelaki tersebut
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tiada apa-apa..
'Aik tak langgar ke? ' omel Irin dalam hati
Perlahan-lahan Irin membuka matanya. Lelaki dihadapannya juga turut membuka mata yang telah ditutup rapat tadi.

Irin mengdonggakkan kepalanya keatas untuk melihat gerangan dihadapannya.

'What? Abang Firdaus? '

' Budak ni? '

Yang membuatkan Irin lagi terkejut, Ada satu lagi figura di belakang Firdaus. Itulah kawan baik Firdaus, Aiman.

Gulp

*.*.*.*.*.*.*.*.*

Aiman & Firdaus Pov

5minit sebelumnya

Di dalam kelas 5bussiness1

Tangan Firdaus masih ligat menulis essay english di atas kertas kajang.

"Weh kau turun rehat tak harini? " Tanya Aiman rakan semejanya

"Tak kot, aku nak siapkan essay tc. Maniya ni"

"Halah kau ni. Takyah la rajin sangat.Ni Homework, tc baru je bagi tadi. Lagipun kena hantar lusa an? " Aiman bagai marahkan Firdaus yang jarang keluar rehat

"Nanti kalau tak sempat siap?or aku lupa nak siapkan?" Firdaus menghentikan pergerakan tangannya

"Alahai sempat la, kita buat sama-sama. Okay? "
Bibir Firdaus mengukirkan senyuman
"Okay"
Firdaus mengemas peralatan menulisnya sebelum keluar dari kelasnya begitu juga dengan Aiman

Dalam perjalanan untuk ke kantin sekolah, mereka menuruni satu persatu anak tangga sambil berbual kosong.

Krukkkkkk

" Kau lapar sangat ni. Sampai berbunyi perut tu,HAHAHAHA" berdekah-dekah Aiman mengetawakan Firdaus yang sedang kelaparan

Firdaus malu diketawakan. Dia memegang perutnya. Sungguh dia sangat lapar.
"Hehehe jom jalan cepat! Aku dah lapar ni.  Nasib baik takde orang dengar. Dapat malu la aku jawapnya"

"HAHAHAHA kalu 'dia tu' dengar camna? "
Aiman mejongket-jongket keningnya .seronok mengusik Firdaus

Muka Firdaus kemerahan. Malu dengan usikan tersebut "arghh! Dia mana ada. Dah la aku lapar! "

Disebabkan malu dengan usikan dari Aiman Firdaus berjalan dengan pantas menuruni anak tangga.

"Weh! Tunggu aku woi! " Aiman ingin mendapatkan Firdaus

Firdaus tidak mengendahkan. Sampai di tangga terakhir. Firdaus terkejut dengan kehadiran seorang perempuan.

Firdaus melihat perempuan itu menutup mata seeratnya. Kelihatan perempuan itu ketakutan. Firdaus turut menutup erat matanya.

Kakinya tak sempat untuk berhenti.

Aiman yang berada di belakang Firdaus, dengan pantas dia menarik bahagian belakang baju Firdaus.

Dengan itu Firdaus dan perempuan itu tidak berlanggaran. Tapi mereka berada pada jarak yang dekat.

Aiman mengeluh lega.






















                     >>to be continued <<
















.

Akan Aku CintaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang