chapter||21

44 6 0
                                    

Zayyad masuk ke kelas lalu melangkah ke tempat duduknya

"Hai Zayyad " Sapa Amy. Fiah, Syira dan Syaa hanya tersenyum

Zayyad hanya senyum kearah mereka berempat. Senyuman itu bertukar kepada kemarahan. Zayyad menghempas begnya ke kerusi. Dan duduk

Mereka berempat hanya melihat sesama sendiri dan menjongket bahu

Kelihatan Irin pula memasuki kelas. Irin melihat kearah Zayyad lalu menjeling dengan dasyatnya. Irin turut menghempas begnya di kerusinya.

"Err... Morning sis....." sapa Amy

Hampa. Sapaan tersebut dibiarkan angin membawanya terbang begitu saja

"Kenapa pula dengan Minah dan Mamat ni? " tanya dengan berbisik

"Entahlah, pagi-pagi dah berangin " kata Syira

Amy dan Fiah hanya menjongketkan bahu

*.*.*.*.*.*.
Hari ini Irin hanya mendiamkan diri, begitu juga dengan Zayyad. Langsung tidak bertegur dengan diorang berlima

Irin dan Zayyad saling menjauhkan diri. Selepas pertengkaran di pagi hari tadi

Fiah, Amy, Syira dan Syaa pelik dengan perangai mereka berdua

*.*.*.*.*.*.
Selepas waktu rehat,
Guru Bahasa Melayu tidak menghadirkan diri.

Irin keluar dari kelas dan duduk bersendirian di bangku sekolah. Ia termenung.. Otaknya masih memproses bait bait kata yang Zayyad ungkapkan

"Hurmh.. " Irin mengeluh kecil

"Hei beautiful, why duduk sorang sorang di sini? Mengeluh pula tu. Fikir masa hadapan kita berdua ke? " Fikri menjongketkan keningnya. Sekarang Fikri berdiri di hadapan Irin

"Kau tau tak, dalam beberapa minggu ni kau tak kacau aku, hidup aku aman tau!"

"Rindu aku ler tu"

"Takde maknanya.. Ouh please la! "

"Kenapa kau marah marah dengan aku? Aku datang dengan baik an? "

"Semak duhh, kenapa kau datang sini? Oke biar aku jawab kau nak kacau aku an? Baik kau blah arhh" Amarah Irin mula naik

"Wo wo relaks.. Sabar jangan la kasar macam ni dengan aku. Ouh lupa pula aku nak tanya, kenapa kau layan Zayyad baik mesra pula tu. Korang couple ke? Wow so sweet kenapa tak bagitau aku? " Tanya Fikri

Irin tersentak "aku dengan Zayyad takda apa-apa hubungan pon just as friend, kawan je tak lebih. Ergh please lah. Lambat lagi dengan Zayyad tu. Arh dah la, kau blah boleh? Aku semak arh" Irin mengatakan kebenaran

Zayyad yang berada tidak jauh dari situ, mendengar setiap kata yang diungkap Irin. Sungguh hati Zayyad hancur. Zayyad berlalu pergi dari situ

"Ouh kalau korang tak couple.... Jom Irin couple dengan aku! aku dah lama tunggu kau" Fikri berkata tanpa rasa malu. Lalu Fikri duduk di bangku bersebelahan dengan Irin

Irin terkejut dengan tindakan Fikri. Irin segera bangun dari tempat duduknya

"Aku tak suka kau! Jangan paksa aku please! "

"Kau cuba la sikit-sikit suka aku. Pleaseeeee "

"Ouh sorry. Kau lupa semasa form1 kau kata kepada semua aku ni girlfriend kau. Ingat aku tak malu?please la kalau aku kata aku tak suka, muktamad aku tak suka dan aku tak pernah walaupun sikit suka dekat kau"

"Kau suka an? " Fikri tersenyum sinis

"Ya ampun babun ni tak faham-faham ..kau pekak eh? Aku kata tak suka ,tak sukalah! Muktamad! Aku sikit pon takde hati dekat kau. Kau nak aku suka kau, tapi kau guna cara salah! Kau paksa aku, reka cerita dan kau gunakan kekerasan. Aku benci lelaki macam kau! Kalau kau dapat aku suatu hari pon, kau pasti akan tinggalkan aku bila kau nampak perempuan yang lagi cantik. Sumpah aku benci lelaki macam ni!! Kau blah sekarang!" muka Irin bagaikan sudah berasap asap

"Okey aku minta maaf dengan apa yang aku buat dekat kau masa form 1 mula. Kenapa kau kata aku akan tinggalkan kau, kalau nampak perempuan cantik? Aku akan stay dengan kau lah"

"Hah? Stay? Bagaimana dengan perempuan perempuan yang sudah masuk perangkap kau tu? Mula-mula dibelai dan dibuai dengan rasa cinta dan finally kau tinggalkan diorang sebab nampak aku yang lawa ni. Tak mustahil kau akan buat macam tu juga dekat aku. Semua lelaki sama je, awal nya taburkan janji-janji manis dan akhirnya janji tersebut menjadi pepasir. Disebabkan kau juga ramai perempuan tak suka aku. Kata aku perampas kebahagiaan. Siapa perempuan-perempuan tu? Semuanya ex kau! Dah lah aku kata blah kan! Blah lah!! "

"Aku tak nak blah. Aku nak duduk sini"

"Kau nak duduk sini? Okey duduk lah, biar aku yang pergi! " Irin melangkah untuk meninggalkan tempat tersebut. Tetapi ditahan

Fikri sempat memegang lengan baju Irin

"Janganla macam ni Irin"

"Ish! Lepaskanlah !" Irin menepis tangan Fikri.

Irin berlalu pergi jua. Dia menuju ke tandas

"Arghh!!!! " Fikri meraup kasar mukanya
"Okey kita tengok nanti, kau.. Akan jadi milik aku Irin Hahaha Hahahahha"





















































































>>to be continued<<





























Akan Aku CintaWhere stories live. Discover now