Aiman merebahkan badannya ke sofa di ruang tamu
Ayzat pula laju mengatur langkah ke dapur mencari makanan
"Man tak nak makan ke? Ni Ibu buat Ayam masak merah kesukaan kau ni" Ayzat sudah mencedokkan nasi ke pinggan miliknya
Laju Aiman mengankat muka lalu meluru ke dapur "Terima kasih" lalu berterima kasih kepada Ayzat Yang sudah mencedok nasi ke pinggannya
"Weh, Ibu Dan Ayah pergi mana? Dia ada beritahu kau? " Ayzat bertanya
"Ada ada, dia kata nak pergi rumah Cik Su"
"Ooo buat apa?"
"Manalah aku tahu,eish jangan ganggu orang nak makan boleh tak?"
"Yela" Ayzat pasrah
Usai mereka makan Aiman mencuci seragam sekolahnya lalu disidainya. Dia dan Ayzat juga mengemas apa yang patut di rumah itu. Alahai rajin
Selesai semuanya Aiman memasuki biliknya lalu membuka buku kerja sekolahnya untuk disiapkan.
Dalam sedang berfikir jalan penyelesain bagi tugasannya itu dia memandang coklat yang berada di poket beg nya. Diambilnya lalu ditenung dalam dalam coklat yang serba mahal itu
"Nak tenung je ke? Tak nak makan? kasi aku la"
Ayzat yang baru tiba disitu melihat perbuatan abangnya itu
"Ish sibuk je, kenapa datang sini? "
"Nak pinjam earphones kau. Aku nak main mobile legends tak nak orang kacau aku" selamba ja Ayzat berkata
"Kau punya?"
"Rosak suda, tadi je baru"
"Asal kau ni ganas sangat, berlembut la sikit dengan barangan hish, amik Yang aku punya tu atas katil bawah bantal then blah OK"
"OK and thanks "
Seusai Ayzat pergi Aiman mengambil coklat tadi kembali "siapa Yang beri ni? Dah la mahal coklat ni. Coklat bernama ni"
Malas pula rasanya ingin berfikir, Aiman memakan coklat tersebut dengan penuh nikmat 'sedapnya Lama dah aku tak makan coklat mahal ni' terharu pula si Aiman ni
----------
"Irin nak makan? " Tanya puan Firah
"Umi masak lauk apa harini? " Irin menghentikan langkahnya untuk naik kebilik
"Kesukaan kamu Ayam masak merah"
"Horeyy! Saaayang Umi!" Irin mencampak begnya di atas sofa lalu menuju ke dapur bagi mengisi perut
Usai makan Irin berbaring di atas katil dengan seragam sekolah Yang masih melekat di badan. Dia mencapai telefon miliknya
Puan Firah memasuki bilik anak perempuannya "Irin! Kenapa tak mandi lagi? Dengan badan Yang melekit, boleh kamu baring di atas katil. Kamu tahu tak kamu ni pemalas? Nak pergi mandi pun susah. Baju pula asyik harapkan Umi je Yang basuh"
"Itulah Umi, Irin suruh ambil bibik Umi tak nak. Kn dah menyusahkan Umi" Irin menjawab
"Sebab ni lah Umi tak nak ambil bibik! Tak pasal pasal bibik dapat extra gaji sebab asyik basuh baju kamu. Tolong la rajin sikit macam adik kamu. Macam manala kalau kau kahwin nanti dengan perangai macam ni. Siapa la nak ambil jadi menantu. Dah la Umi nak keluar. Bilik kamu ni bau hapak"
"Eh Umi nak pergi mana? Nak ikut"
"Nak pergi halaman rumah tengok apa Yang boleh buat. Nak ikut juga ke?"

ANDA SEDANG MEMBACA
Akan Aku Cinta
Novela Juvenil"Aduhai...senior ku~,senyumanmu melemahkanku. Ehek's" -Irin. Irin remaja yang berusia 14tahun, sejak melangkahkan kaki ke sekolah menengah dia menyukai seorang senior yang 'famous' di sekolahnya. Pelbagai cara dia cuba untuk berbaik dengan senior i...