Sementara itu kenny bersendirian di dalam rumah banglohnya. Saat itu juga dia hanya terpikirkan akan keadaan Enavia yang baru sahaja pergi. Dari tadi telefon bimbitnya asyik berdering menandakan panggilan masuk. Dia tidak endahkan sebarang panggilan pada saat itu.
Dia mencapai kunci kereta jenis Audi A8 dan terus keluar dari rumah. Langkahnya terhenti bila melihat kereta jenis Alphard Facelift berwarna hitam berkilat sedang block keretanya.
Kini Kenny sudah boleh menghidu bahaya di sekelilingnya. Belum sempat dia mahu berpatah balik masuk ke dalam rumah. Seorang lelaki bergegas menghalang jalannya.
"Hey brother long time no see.. I really miss you so much.."
Suara lelaki yang amat dikenalinya. Iaitu...
"Hardy.." terkejut melihat sosok tubuh yang kini telah berubah sedikit misai di cukur halus di wajahnya menampakan lagi ketampanan lelaki itu.
"Why you here?" Tenang dan tegas Kenny bertanya.
"You know why I'm here.." Dengan berlagak lelaki itu menjawap.
Tiba tiba muncul seorang lagi lelaki berbadan gempal dan tinggi, lagaknya seperti gangsters ketua mafia di bandar itu. Kenny agak kecut sikit bila bertembung dengan lelaki itu, ia seperti sudah menghidu bencana yang lebih besar bakal menimpanya tidak lama lagi.
"Nampaknya ada yang melangar perjanjian di sini.." Kata lelaki gempal itu dengar garau, suaranya yang lantang itu membuatkan perasaan Kenny bertambah risau akan keadaannya.
"Mana perempuan itu!" Kini suara lelaki yang tidak dikenali Kenny itu meninggi, dia mengampiri Kenny dengan muka bengis.
"Aku tak jaga budak tu, kenapa cari aku.." Jawap Kenny tenang tapi suara yang agak keras sedikit. Berusaha berselindung disebalik kenyataan yang palsu.
Lelaki itu bertambah marah, dipautnya kolar baju Kenny.
"Jangan harap muka baru engkau ni boleh selamatkan Enavia! Kitaorang bagi kau muka ni bukan untuk ambil dia dari kitaorang! Kau paham!" Terang lelaki itu keras amarannya tapi bertindak sangat cool dan angkuh dihadapan Kenny.
"Kau nak aku hancurkan muka fake kau ni sekarang? Aku tanya kau last soalan.. mana perempuan itu!" Tegas Hardy pula menghampiri Kenny.
Kenny hairan, kenapa Hardy mahu mencari Enavia pula, kenapa dia sangat perlukan Enavia, apa lagi agaknya lelaki itu mahu. Bukankah perjanjian mereka setahun yang lalu, Enavia kini dalam jagaannya.
Kenny hilang kata kata tidak tahu dia hanya berdiam membuatkan Hardy mengacukan pistol kearah kepala Kenny.
"Aku tak suka perubahan yang kau lakukan, kau ambil muka aku bukan percuma, dendam aku dengan kau masih belum lunas.. aku dah lama tunggu saat ni, saat peluru ni menembusi kepala tengkorak engkau.. so where Enavia.."
YOU ARE READING
Touch Of Dead
RomanceAda udang di sebalik batu, masakan ada udang di sebalik mee kan, entah ada buaya di sebalik mee.. amboiii inilah dia yang selalu Enavia pikirkan dia bagaikan terselit dalam belukar yang penuh dengan rahsia rahsia yang sangat sukar dia bongkarkan. E...