Sejak dari kejadian itu, Enavia mulai dingin terhadap Kenny, serumah tetapi jarang bertembung, rasa kesal dan bersalah juga dirinya bila tidak bertegur sapa langsung dengan lelaki itu.
Seperti biasa, seawal pagi Enavia turun menyiapkan sarapan, Kenny belum turun dari tadi, selalunya dia sudah turun dan sedang duduk di meja makan menunggu sarapan sambil bermain handphone
Ting! Tong!
Bunyi lonceng depan rumah berbunyi.
"Siapa pula awal pagi ni?" Getus Enavia dalam hati memang jarang ada orang yang datang menjengkuk mereka selain Dreco. Dia bingkas menuju ke pintu utama, baru sahaja dia hendak membuka pintu Kenny muncul di belakangnya.
"Biar aku yang buka.." jelas Kenny dengan tenang tanpa memandang wajah Enavia.
Setelah Kenny membuka pintu itu, terlihat sosok tubuh Cora yang anggun dan seksi di hadapan pintu.
"Sayang! I miss you so much!" Serkah Cora terus merapati Kenny lalu dipeluknya erat.
"Kenapa tak cari i ni?" Tanya Perempuan yang tiba tiba datang dan masuk tanpa dipelawa, dengan nada yang merajuk membiutkan muncungnya ke arah Kenny.
Kau ingat kau Jenny blackpink tu ke nak buat muka cute! Menyampah! Geram Enavia dalam hati,
"Cora.. kenapa datang tak bagitau ni.." Tanya Kenny tidak membalas pelukan itu tapi hanya membiarkan tubuh seksi Cora memeluknya.
Enavia hanya melihat adegan itu, dia mulai dapat menerima lelaki itu adalah hanya fake Kenny, buat apa dia mahu cemburu pula kan, tidak ada hak dia mahu membantahnya, tapi hatinya tuhan sahaja yang tahu, lalu cepat cepat dia mahu pergi dari situ.
"What! Where she here sayang?!" Tanya Cora bila menyedari Enavia ada di belakang Kenny, langkah Enavia terhenti.
"This is my house so! What the issue?" Balas Enavia dengan tenang menahan geram. Tanpa menoleh ke belakang.
"What! You ingat you siapa hah! Kenny dah campakkan kau, kenapa balik semula.." Balas Cora melepaskan pelukan dari Kenny dan menuju ke arah Enavia.
"Kalau you nak sangat dia.. ambilah saya dah lama tak ada hubungan dengan dia pun.." jelas Enavia malas pula dia melayan kerenah Cora yang tergedik manja nak mampus itu.
"But why you still here?!" Semakin bengis muka Cora memandang Enavia yang selamba itu. Rasa cemburu perempuan itu mulai memuncak.
"Get out!" Arah Cora
"Ask him.." Jawap Enavia tanpa rasa takut pun dengan Cora, dia melihat ke arah Kenny, Cora mengerling Kenny.
"Sayang?! Bukan you dah halau ke perempuan ni, kenapa masih kat sini? You dah tak sayang i ke hah?! Apa semua ni?"
"Cora.. please don't this time, I'm really busy you know that, ya dia memang tinggal sini bukan sebab i masih dengan dia.." jelas Kenny pula, tidak tahu mahu berkata apa lagi, takut pula Cora mengamuk dan membuat perkara tidak baik dengan Enavia.
"Are you sure? You always have me right?"
"Yes.. believe me okay.." berusaha memujuk Cora, nasib baik Cora jenis perempuan yang senang makan pujuk rayu, apatah lagi dengan lelaki yang dicintainya.
"You go first, i'll find you later.." jelas Kenny menghampiri Cora dan membawa dia keluar dari pintu utama.
"Do not worry, i'll find you later.." tersenyum memandang Cora, Perempuan yang pernah dia belai dan tiduri itu.
YOU ARE READING
Touch Of Dead
RomansaAda udang di sebalik batu, masakan ada udang di sebalik mee kan, entah ada buaya di sebalik mee.. amboiii inilah dia yang selalu Enavia pikirkan dia bagaikan terselit dalam belukar yang penuh dengan rahsia rahsia yang sangat sukar dia bongkarkan. E...