❥Chapter | 05

1.3K 148 32
                                    

---×××---

Drrt ! Drrt !

Telefon pintar nya bergetar membuatkan suasana yang nyaman dan tenang itu terganggu. Dia mengambil telefon pintarnya lalu menekan button hijau untuk menjawab panggilan.

"Helo?" , dia menyapa si pemanggil.

Keningnya berkerut saat mendengar setiap patah perkataan yang di lontarkan oleh si pemanggil di hujung talian sebelum bibirnya mula menutur.

"Ok, aku gerak sekarang." Talian diputuskan lalu dia bergegas bangun dari tempat duduk nya.

Lelaki itu pantas melangkah keluar dari bilik nya lalu memasuki lif yang tersedia di tingkat tiga banglo tersebut. Sebaik sahaja dia sampai ke tingkat bawah, dia disapa oleh salah seorang pengurus rumahnya.

"Tuan muda hendak ke mana?" Soal lelaki yang berada di dalam lingkungan umur 20-an itu.

"Aku nak keluar sekejap, tolong tengokkan rumah macam biasa." Dia memberi arahan dalam nada tegas.

"Baiklah, Tuan muda. Saya akan sediakan kereta untuk tuan muda."

"No no. Tak perlu. Aku nak pandu sendiri." Potong lelaki itu sambil langkah nya di lajukan menuju kearah pintu keluar rumah.

Pengurus itu menundukkan badan nya tanda hormat sebelum matanya mula menghantar pemergian majikan nya keluar.

Lelaki itu berdehem perlahan sebelum bergerak menuju ke garaj yang terletak dibelakang rumah. Dia menekan kod pada butang panel yang disediakan di tepi dinding luar garaj. Pintu garaj yang berasaskan besi itu mula terbuka dengan perlahan.

Langkah kaki nya di orak masuk ke dalam garaj lalu menapak kearah sebuah kereta Lamborghini Diablo 0.6 milik nya.

Enjin kereta di hidupkan seraya memandu ke suatu destinasi rahsia yang tidak siapa tahu di mana lokasinya.

Setibanya di destinasi yang di tuju , lelaki itu segera melangkah keluar sebelum mata nya tertancap kearah dua orang lelaki berbadan tegap yang memakai earpiece sedang bergegas menuju ke arahnya.

Salah satu daripada mereka membuka kan pintu buat lelaki itu , dan satu lagi meninjau keadaan persekitaran bagi mengelakkan lelaki itu dalam keadaan bahaya disebabkan ancaman musuh.

Seorang dari dua bodyguard lelaki itu hanya berdiri statik di bahagian pintu manakala seorang lagi setia menjadi tulang belakang lelaki itu untuk mengekori nya masuk ke dalam.

Selepas memastikan keadaan selamat, baru lah seorang bodyguard nya yang berdiri di bahagian depan pintu mengekori mereka berdua masuk ke sebuah gudang.

ㅇ  ㅇ  ㅇ

Masuk sahaja dia ke dalam gudang itu, dia disapa oleh seseorang.

"Taehyung, aku ada news untuk kau." ujar Jimin seraya bangkit dari tempat duduknya dengan mengejut. Wajah lelaki itu jelas risau akan sesuatu.

Taehyung meraup rambut nya kebelakang sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam gudang tersebut. Satu dengusan kasar menitik keluar dari dua ulas bibir milik lelaki itu.

Masalah apa pulak kali ni?

Dia mengikuti langkah Jimin yang mula memasuki sebuah lif lalu mereka menuju ke tingkat bawah. Tingkat bawah tanah.

Dinding lif ini ialah dinding kaca yang dapat membantu lelaki itu melihat pekerja-pekerja nya yang sibuk menyusun paket yang mengandungi serbuk putih di dalam sebuah kotak.

Ting !

Mereka berdua sampai ke tingkat bawah tanah iaitu, ke ruang seksaan.

Taehyung hanya tersenyum nipis apabila mendengar jeritan histeria milik seseorang. Manakala Jimin yang disebelah nya hanya melihat manusia yang diseksa itu dengan wajah yang gerun.

✧ ᴡᴀɴᴛᴇᴅ | ᴋɪᴍ ᴛᴀᴇʜʏᴜɴɢ Where stories live. Discover now