---×××---
Akhirnya....
Penerbangan aku dari Jerman ke Korea telah pun mendarat dengan selamat.
Aku tak tahu apa angin yang datang , tiba-tiba saja Jungkook baik hati nak ambil aku dari Airport.
Tapi yang paling tak puas hati nya tu. Sepanjang jalan dia asyik tersengih macam nak tercabut gigi arnab dia tu.
Ni mesti ada agenda lain, tersengih sengih sampai ke telinga, nak aje aku cabut gigi arnab dia tu -..-
Sampai lah ke markas...
PAP !
Amek kau.
"Kau pehal Choi Aera? Aku duduk diam kau tiba-tiba pukul kenapa?" Jungkook mula mengerutkan kening nya.
Seokjin di hadapan hanya mampu mengeleng-gelengkan kepala nya, tidak mahu masuk campur urusan mereka
Tak padan dengan umur tua dua ekor ni.
"Eh kau tanya aku kenapa aku tiba-tiba pukul kau?! Kau tu yang kenapa!? Sengih-sengih macam orang gila." Aku menjeling Jungkook tajam.
"Eh sukahati lah. Aku yang gila, bukan kau." Aku kena setepek.
Lantas aku mencapai sehelai majalah lalu aku menampar bahu Jungkook berkali-kali.
PAP !
PAP !
PAP !"Kau ambik ni! Dasar lelaki pervert! I hate you Jeon Jungkook!" Aku semakin kuat memukul bahu lelaki itu.
Jungkook sudah meraung minta aku berhenti. Tapi malang, aku langsung tak berhenti.
Aku benci dia! Aku benci !
"Phoexy Company---" Seokjin tiba-tiba bersuara.
Aku dan Jungkook kaku di posisi kami, serentak memandang ke arah Seokjin dengan pandangan tajam
"Huh?" Kami berdua menyoal secara serentak.
"Gambar tu ada di Phoexy Company." Ucap Seokjin lalu menyandarkan belakang badan nya pada kepala bangku chesterfield.
Aku terus meletakkan semula majalah itu di atas meja. Komputer riba milik Seokjin aku tolehkan kearah ku.
Screen menunjukkan satu peta yang berasaskan warna hijau dan hitam. Dan titik bulat tersebut betul-betul muncul di suatu sudut.
'Phoexy Company'
"Like seriously? How come gambar tu ada dalam syarikat ni? Aku dah tawaf satu bangunan tau? Dinding dorang pun takde frame, apatah lagi lukisan tu." Aku mula menyuarakan sedikit rasa tidak puas hati aku.
"Ya kau memang round satu bangunan, tapi kau pernah round sekali bilik kebal dorang?" Dan untuk jawapan itu, aku terdiam.
Ya tak ya juga kan?
YOU ARE READING
✧ ᴡᴀɴᴛᴇᴅ | ᴋɪᴍ ᴛᴀᴇʜʏᴜɴɢ
Action『 COLLAB FANFICTION 』 Dia beku seperti salju , Dia kejam seperti satan , Dia taksub seperti firaun , Dia bangga seperti Pride. Kerana bagi dia , Dunia dan bumi ini di bawah pengaruhnya. 7 DEADLY SINS : The Great Pheonix ━ ━ ━ ━ ━ collaboration fan...