❥Chapter | 39

491 89 79
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.










"Nine,... ten,... eleven,... and twelve. Okay, twelve boxes in total. Signature?"

Seorang lelaki botak yang berada di dalam lingkungan umur 20-an itu menyerahkan sebuah fail hitam bersama sebatang pen kearah Kevin.

Aku tepat memerhati gelagat mereka berdua dari sebalik timbunan kotak-kotak asing ini.

Oh ya! Hampir aku lupa nak beritahu.

Taehyung sudah mengarahkan kami berdua untuk mengambil sebanyak sepuluh kotak senjata dan dua buah kotak barangan yang di order dari kilang khas yang aku sendiri tidak tahu apa fungsi kotak itu di ambil.

Kata Kevin, Jaewoo memang selalu buat kerja macam ni. Ambil barang, hantar barang, mesyuarat dengan dealer mafia yang lain termasuklah memusnahkan tempat orang.

Phoenix's Wings lah katakan.

Tapi yang peliknya, jawatan dia kan yang tersembunyi? Kenapa dia yang aktif bergerak? Atau Taehyung yang patut di sembunyikan?

Eh peninglah aku.

"Dah jom gerak, kalau kita tertinggal bas, aku tak tahu." ,Ucap Kevin yang tiba-tiba sahaja lalu di hadapan ku.

Tidak membuang banyak masa, aku yang sedang memakai jaket sambil menutup separuh kepala aku dengan hood ini terus mengejar langkah lelaki itu.

Sepanjang jalan aku dan Kevin asyik bertengkar tentang macam mana nak sembunyikan muka aku dari si penjual senjata haram tu. Alhasil, Kevin hanya memakai singlet putih nya manakala jaket merah milik lelaki itu dia serahkan pada aku.

Agak membantu, tapi Kevin minta aku bayar tambang bas untuk balik ke Nest Hall. Kotak-kotak tadi akan di ambil oleh pemandu Nest Hall. Kami datang hanya untuk mengesahkan yang orang-orang Phoenix dah dapat barang tu.

"Umm Kevin. Terima kasih untuk jakㅡ"

"Uyoo!! Young! Jalan dengan awek ker?!" ,Satu suara tiba-tiba sahaja bersuara lantang.

Langkah Kevin dan aku turut terhenti dalam tempo yang sama. Masing-masing menoleh kearah seorang lelaki asing yang sedang menolak sebuah troli yang penuh dengan bungkusan senjata.

Kevin tersenyum.

"Awek ke-empat puluh enamㅡ"

PAP!

"Akh! Serah! Sakitlah!"

"HAA SIAPA SURUH MENIPU LAGI?! AKU TAK HAMAK PUN JADI AWEK KAU LAH TIKUS! LAGI SATU! AKU TAK SUKA NAMA CHOI SERAH!!"

"Habistu? Kau nak aku panggil kau sayang?"

PAP!

PAP!

✧ ᴡᴀɴᴛᴇᴅ | ᴋɪᴍ ᴛᴀᴇʜʏᴜɴɢ Where stories live. Discover now