---×××---
"So? Kau nak aku buat apa sekarang? Tanda tangan surat perjanjian untuk projek ni ?" Soal Jimin sambil melabuhkan punggung nya ke atas sofa yang berada di dalam pejabat tersebut.
Taehyung menjeling Jimin malas. Dia juga turut mengambil tempat di salah sebuah sofa single yang berada bersebelahan dengan sofa yang di duduki oleh Jimin.
"Stop pretending Jimin. Kita dah masuk kawasan private. Kau nak bagi informasi apa lagi kali ni?" Malas mahu berbasa-basi lagi, Taehyung terus ke inti yang sebenar.
Dia bukan tak kenal Jimin ni macam mana orang nya. Dia akan jumpa atau call Taehyung bila ada benda penting yang nak di laporkan mengenai hal dunia berdarah ni.
"Urmm aku hampir lupa nak beritahu kau. Pelanggan baru yang order Cannabis 5 paket tu sangat suspicious sekarang ni. Budak-budak aku jumpa chip nano bawah beg duit yang dia bagi. Aku rasa pelanggan kali ni bukan orang biasa-biasa. Dia boleh jadi anggota polis ataupun spy yang di hantar untuk tahu gerak-geri kerja haram kita ni." Panjang berjela penerangan Jimin mengenai hal yang hangat ini kepada Taehyung.
"So? Kau nak aku buat apa? Cari orang tu? Bunuh dia lepastu bakar mayat dia supaya polis tak jumpa dia lagi? Macam tu?" Taehyung menjongket sebelah kening.
"Kau boleh buat macam tu kalau taknak rasa terancam." Balas Jimin seraya membaringkan diri nya di atas permukaan sofa yang empuk itu. Selamba sahaja dia membetulkan posisi baring nya bagai tiada apa-apa yang akan berlaku.
"What the fck are u saying Park Jimin? Kau expect aku sorang je ke yang akan di siasat pasal benda ni? Kau pun akan kena juga bro. Dadah tu hasil dari pekerja kau. Aku cuma side seller saja." Taehyung menjeling Jimin tajam. Tali leher yang sedikit merimaskan diri nya itu dia longgarkan.
"Kalau kau nak tahu, ketua mafia sekarang ni adalah kau. Aku cuma orang kanan kau je. Yang bagi arahan untuk bunuh itu bunuh ini tu engkau. Apasal aku pula yang kena? Dah cukup lah aku kotorkan tangan aku dalam tahun ni. Gerak lah sikit. Mana mafia The Great Phoenix yang aku kenal dulu?" Jimin yang berbaring tenang di atas sofa tadi mula duduk tegak.
Tidak cukup dengan itu, kedua belah kaki nya yang masih bersarungkan kasut dia angkat lalu di silangkan di atas meja.
Ceh. Tadi kemain semangat claim diri sebagai 'orang kanan' Taehyung. Tapi sekarang macam dia pula yang boss. Siap letak kaki atas meja pula tu.
Eih nak harom lelaki ni.
"Hmm. Kalau kau takut sangat muka kau ni di reveal sebagai ketua mafia, asal kau tak minta je budak Aera tu bunuh kan pelanggan baru kita?" Jimin mula memberikan cadangan kecil nya kepada Taehyung.
Lelaki itu berbalas pandangan. Seorang bagi pandangan yang teruja bersama kening yang di jongket-jongket. Manakala seorang lagi hanya bagi pandangan 'kau-ni-bodoh-ke-apa-sial'.
Ok author akan berhenti merepek.
"Choi Aera? Bunuh pelanggan baru tu untuk aku?" Taehyung menyoal.
"A'hah. Choi Aera? Perempuan yang kau claim sebagai 'jantung' kau? The person who wishes to kill people who make you mad or gain your anger." Ucap Jimin bersama senyuman nya yang penuh dengan kenakalan.
Taehyung memandang kearah meja kaca di hadapan nya. Hujung bibir lelaki itu di naikkan--- mengukir sebuah senyuman sinis yang penuh dengan makna.
"Siapa nama pelanggan baru tu?" Taehyung memandang kearah Jimin semula.
"Emm tak silap aku... Kang Seokjin?" Jimin memberikan pendapat. Dia sendiri dah lupa nama-nama pelanggan dia yang lain. Almaklumlah dia ada lebih 10 ribu pelanggan dalam sehari. Mana lah dia ingat nama sekor-sekor.
YOU ARE READING
✧ ᴡᴀɴᴛᴇᴅ | ᴋɪᴍ ᴛᴀᴇʜʏᴜɴɢ
Action『 COLLAB FANFICTION 』 Dia beku seperti salju , Dia kejam seperti satan , Dia taksub seperti firaun , Dia bangga seperti Pride. Kerana bagi dia , Dunia dan bumi ini di bawah pengaruhnya. 7 DEADLY SINS : The Great Pheonix ━ ━ ━ ━ ━ collaboration fan...