---×××---
Tepat pukul 8 malam, Jimin terus bergegas ke Lotte Hotel. Tidak lama kemudian, kelibat Taehyung mula kelihatan.
Lelaki itu lengkap berpakaian serba hitam. Tetapi apa yang menjadi tanda soal adalah scarf merah gelap yang terlilit pada lehernya.
Apa hal lelaki ni?
Acah hipster ke apa?
"Sorry aku lambat. Jalan jam tadi." Jelas Taehyung lalu selamba badak saja dia melabuhkan punggungnya di atas salah sebuah sofa yang tersedia di lobi hotel tersebut.
"Apahal kau datang? Dia cakap kan hanya aku dengan dia je boleh ke sini?" Soal Jimin bersama kerutan di dahi nya.
"Privasi ke sampai dia nak bawa rombongan semua ahli dia?" Jawab Taehyung membuatkan Jimin blur tahap babun.
"Apa yang kau cakap ni?"
Taehyung tergelak kecil.
"Kau tak tahu ke yang client kau tu pun mafia? Budak-budak aku cukup kenal dengan dia tau? Dia mana pernah datang sorang diri. Kau pula cuma bawa Dongsoo. Kalau takde aku, dah mayat kau dengan Dongsoo kejap lagi." Lagak Taehyung sambil menyilangkan kaki.
Kelihatan kelibat Dongsoo bersama dua beg hitam yang berisi 100 paket Stimulant nya datang menapak kearah mereka berdua.
"Kau tak perlu risau bro. Kau tengok kau dari jarak jauh, ada apa-apa, aku terus bertindak." Jelas Taehyung di balas dengan anggukan kecil dari Jimin.
Setelah mendapat tahu bahawa client Jimin telah pun tiba, mereka terus pergi ke tingkat 5, di mana pejabat dan bilik lelaki itu di tempatkan.
---×××---
"Dorang dah masuk dalam pejabat."
Dalam masa yang sama, aku sudah bersedia bersama seluar legging hitam bersama jaket kulit hitam di dalam bilik aku.
Pin rambut yang sudah aku bentukkan seperti kunci tadi aku masukkan ke dalam kocek jaket. Sarung tangan aku capai. Tidak lupa juga sebiji pistol yang sudah penuh di isi dengan peluru itu aku selitkan di sebalik baju.
Face mask aku selitkan pada cuping telinga. Mata aku sempat memerhati lorong hotel ini. Memastikan bahawa tiada seorang pun yang lalu.
"Bilik snipey selang dua bilik dari tempat kau berdiri." suara Jungkook kedengaran.
Aku terus sahaja mengatur langkah kearah bilik yang di katakan oleh Jungkook. Sepantas kilat aku memasukkan pin tadi ke dalam tombol pintu.
Pusing punya pusing, akhirnya pintu terbuka. Angin sejuk air cond dari dalam bilik itu mula bermain-main pada kulit wajah aku.
Aku mula menyelinap masuk secara senyap. Mata aku tertancap kearah seorang lelaki yang sedang fokus memegang sniper nya di jendela. Menuju tepat kearah bangunan sebelah, di mana tingkap yang transparent itu memainkan visual beberapa orang figura.
Termasuklah Kim Taehyung.
"Goodluck Aera." Bisik Jungkook kedengaran sinis pada telinga nya.
Aku menarik nafas sedalam yang mungkin. Pisau rambo yang aku letakkan di sebalik baju aku tadi aku keluarkan.
Satu persatu langkah aku atur mendekati Snipey yang seolah-olah sedang fokus kepada sasaran nya.
YOU ARE READING
✧ ᴡᴀɴᴛᴇᴅ | ᴋɪᴍ ᴛᴀᴇʜʏᴜɴɢ
Action『 COLLAB FANFICTION 』 Dia beku seperti salju , Dia kejam seperti satan , Dia taksub seperti firaun , Dia bangga seperti Pride. Kerana bagi dia , Dunia dan bumi ini di bawah pengaruhnya. 7 DEADLY SINS : The Great Pheonix ━ ━ ━ ━ ━ collaboration fan...