❥Chapter | 11

1.1K 145 15
                                    

---×××---

"Well done, babe.." ujar Taehyung yang sedang menepuk tangan tanda rasa bangga kepada Aera sambil mengukirkan senyuman sinis

Manakala, Aera hanya terjeda sambil memikirkan kejadian tadi.

Dia telah membunuh seorang lelaki tua yang tidak bersalah. Aera memandang mayat seorang lelaki tua itu yang terbaring di atas pentas di hadapan nya itu.

Kerana misi, aku terpaksa korbankan nyawa yang tidak bersalah.

Tangan aku masih mengeletar selepas habis melepaskan tembakan kepada seorang lelaki tua yang tidak bersalah itu.

Aku rasa sangat bersalah atas kematian dia.

" Mari kita sambung semula .." taehyung mengambil semula microphone sebelum berbicara sesuatu

" Now, Choi Aera, is officially become my assistant of The Great Phoenix.." sebaik sahaja taehyung habis berbicara, semua pekerja berdiri dan menundukkan kepala tanda hormat kepada Aera sebagai menghormati dan mempersetujui serta mengalu alukan kedatangan nya sebagai  Personal Assistant kepada ketua kumpulan mafia yang berpengaruh itu..

Taehyung tersenyum bangga sebelum memandang Aera yang berdiri di sebelahnya sambil  berbisik perlahan kepada Aera, " lepas ni, ikut aku.."

" Baik, tuan.." Aera mengangguk perlahan sambil menundukkan kepalanya

" Kalau aku tengah bercakap, pandang aku.." suara Taehyung yang tegas membuatkan Aera memandang anak mata tajam Taehyung yang sedang ralit memandangnya

Sepasang mata berwarna hazel milik Aera dan sepasang mata berwarna hitam pekat milik Taehyung bertemu

Taehyung tidak mengeluarkan suara, begitu juga dengan Aera, yang sedang membalas pandangan Taehyung

Hanya mata mereka yang berbicara

  -----×××-----

Selepas sahaja upacara pembunuhan itu habis , Taehyung terus menarik aku ke sebuah bangunan yang jelas menambahkan debaran di dada aku.

'Tattoo shop'

Taehyung hanya tersenyum kecil sebelum kaki nya mula melangkah kearah sebuah sofa yang tersedia di dalam bilik ini.

"Me salvaste la vida, así que decidí hacerte un tatuaje de edición limitada en tu cuerpo." Ucap Taehyung mendatar.

Aera hanya mengerutkan kening nya.

Apa yang lelaki ni cakap?

"Tuan , english please." Aera memandang lelaki itu dengan sepenuh kekuatan dan keberanian yang dia ada.

"Choi Aera , I want you to know two strict rules in The Great Phoenix." Ujar Taehyung seraya berdiri dari sofa tersebut. Kedua belah tangan nya di masukkan ke dalam kocek seluar sekali melangkah mendekati Aera.

"First.."

Langkah kaki lelaki itu betul-betul berhenti di hadapan Aera.

Jujur dia katakan , lelaki itu tinggi. Dan wangian pada tubuh lelaki itu sangat mencengkam mukus hidungnya.

Berapa botol perfume yang dia guna dalam sehari sebenarnya?

"You must obey me." Satu langkah dia dekat , satu langkah aku undur.

"You know I hate betrayer." Nada suara yang mendatar itu mula kedengaran mengerikan.

" And I do hate liar." Nafas panas lelaki itu meniup anak rambut aku dengan lembut.

✧ ᴡᴀɴᴛᴇᴅ | ᴋɪᴍ ᴛᴀᴇʜʏᴜɴɢ Where stories live. Discover now