---×××---
Aera menyelak kemeja nya perlahan dan melihat ukiran tatu yang telah siap diukir pada pinggang nya melalui pantulan cermin.
Dia dapat lihat ukiran tatu itu berbentuk burung berwarna biru manakala ekornya berwarna kemerahan dan mempunyai tulisan kecil 'phoenix' di tepi burung tersebut.
Sementara itu, Taehyung hanya ligat memerhatikan gerak-geri Aera yang sedang melihat tatu yang baru diukir oleh nya sebentar tadi.
"Dah puas tengok tatu tu?" Teguran Taehyung yang seakan-akan sindiran itu membuatkan Aera pantas menutup kembali bahagian pinggangnya. Taehyung mula tergelak kecil.
"Esok, kau ikut aku pergi office." Kata Taehyung serta-merta membuatkan gadis itu menoleh kebelakang lalu melihat tepat kearah Taehyung.
"Buat apa saya pergi office?" Soalan yang diajukan oleh Aera membuatkan Taehyung berasa bengang.
Bengap betul perempuan ni.
"As my P.A, kau yang kena urus schedule aku setiap hari. Pendek kata, kemana aku pergi, kau mesti ikut." Ujar Taehyung dalam nada yang serious.
Jadi, kalau di pergi tandas, nak ikut jugak ke?
Bengap kau simpan ketepi boleh tak?
"Kau dengar tak apa yang aku cakap ni?!" Sergahan dari Taehyung membuatkan bahunya terhinjut sekaligus mematikan lamunan nya.
"Dengar." Aera berkata perlahan.
"Apa yang kau dengar hm? " Soalan Taehyung membuatkan Aera berasa sedikit cuak.
Apa dia cakap tadi ?
"Esok saya kena ikut tuan pergi office dan
urus semua schedule tuan?" Aera menjawab perlahan. Sebelah kening nya di angkat.Taehyung mula menarik senyuman sinis.
"Good girl. Sekarang ikut aku pergi dinner dulu baru balik." Kata Taehyung sambil kaki nya melangkah keluar dari ruangan bilik tersebut.
ㅇ ㅇ ㅇ
Aera menutup pintu biliknya perlahan. Kemudian, dia menghempas badan nya pada tilam yang empuk. Dia berasa letih dan mengantuk. Seharian dia menemani Ketua Mafia itu.
Tok ! Tok ! Tok !
Baru sahaja dia ingin melelapkan mata nya, seseorang mengetuk pintu.
' haih, siapa lagi ni? ' getus hatinya.
Dia memaksa dirinya bangun untuk membuka pintu. Tatkala dia membuka pintu, dia terkejut apabila ada tiga pembantu rumah yang sedang memegang sut yang berbeza.
Baru sahaja dia mahu bersuara, salah satu pembantu rumah itu terlebih dahulu membuka mulut.
"Tuan muda arahkan kami untuk memadankan Cik dengan sut yang kami bawa untuk ke office esok. Tuan muda berpesan untuk berpakaian kemas." Jelas lelaki tersebut.
"Oh, begitu." Aera melopong buat seketika. Terangguk-angguk kepala nya melihat sut mewah yang sedang di bawa oleh kedua bodyguard ketua mafia tersebut.
"Tapi, kenapa sampai banyak sut ni? " Aera bertanya. Habis berkerut kening nya mempersoalkan hal tersebut.
"Cik perlu pilih sut mana yang hendak dipakai untuk esok." Jelas lelaki itu lagi.
Tanpa sebarang izin , ketiga-tiga pembantu rumah itu masuk ke dalam biliknya. Almari pakaian gadis itu di buka luas.
Aera terdiam.
YOU ARE READING
✧ ᴡᴀɴᴛᴇᴅ | ᴋɪᴍ ᴛᴀᴇʜʏᴜɴɢ
Action『 COLLAB FANFICTION 』 Dia beku seperti salju , Dia kejam seperti satan , Dia taksub seperti firaun , Dia bangga seperti Pride. Kerana bagi dia , Dunia dan bumi ini di bawah pengaruhnya. 7 DEADLY SINS : The Great Pheonix ━ ━ ━ ━ ━ collaboration fan...