Chapter 16: Memory

152 22 1
                                    

"hishh! Mana Yujin ni? Seharian dia tak layan aku. Apa yang aku buat?" Kata Wonyoung.

Sanggup dia round satu sek semata nak cari kawannya tu. Tak lama lepas tu dia akhirnya bertemu dengan Yujin yg sedang berdiri di depan lokernya.

"Yujin! Kat sini kau rupanya, penat aku cari kau tau. "

Dengan reaksi yg dingin, Yujin terus menutup pintu lokernya dan terus berlalu pergi.

Dengan segera, Wonyoung segera berlari untuk mendapatkan Yujin. Dia merangkul kemas lengan Yujin dengan senyuman.

Tetapi, Yujin hanya memberikan jelingan kepada Wonyoung dan melepaskan lengannya daripada dirangkul Wonyoung. Dengan agak terkejut, Wonyoung lekas menyoal Yujin.

"Yujin, kau ni kenapa? Kau ok tak? "Tanya Wonyoung risau.

" Kau rasa? "Balas Yujin pendek.

" Ermm tak?Alah Janganlah  macam ni. Cuba senyum sikit "

Sebaik saja Wonyoung sedaya upaya untuk membuat kan Yujin tersenyum, Yujin tiba ii menepis tangan Wonyoung dengan kuat.

" Ape yang kau nak dari aku ni sebenarnya ha!!? Ke tepi lah!" Marah Yujin.

"Y-yujin.. Kau kenapa ni? Aku ada buat salah ke? "

" Aku? ! Kenapa dengan aku!? Kau tanya aku macam kau tak tau apa masalah aku! Kau dah tau kan aku dah lama suka dia.. Kenapa kau nak rampas dia dari aku juga! "Bentak Yujin.

" Apa yg kau merepek ni?! Aku nak rampas siapa? "

" Kau jangan nak pura-pura tak tahu boleh tak! Aku ingat kau kawan aku.. Tapi kau tak! "

" Yujin... tolonglah.. Kenapa kau ni?.. " Wonyoung memegang erat tangan Yujin.

" Kau! Lepaslah! " Yujin bergelut supaya tangannya dilepaskan.

Selepas tangannya berjaya dilepaskan, dia tak sengaja tertolak Wonyoung sehingga kepalanya terhantuk pada bucu papan penyata di situ.

Wonyoung terus tak sedarkan diri dan apa yang membuat kan Yujin lebih terkejut adalah pabila ada darah yg mengalir dari kepala Wonyoung.

Mata Yujin terbeliak, dia membuat keputusan untuk lari selain menyelamatkan Wonyoung. Dengan gelabah dia segera berlari.. Berlari.. Dan terus berlari.

Gedebuk!

Yujin mula tersedar bila dia melanggar dada seorang lelaki,iaitu Wooseok. Ketika itu, Wooseok ada bersama semua rakan baiknya.

"Kau ni pahal, muka macam nampak hantu je. " Tanya Wooseok bila melihat muka Yujin yg nampak cemas.

" T-takyah.. Nak sebok boleh tak?! Tepi! " Kali ni Wooseok pulak yg ditolak.

Haish dia ni, kejenye asyik tolak org je. Cubalah tolak bende yg tak bernyawa. Tolak kotak ke, batu ke.. Kan boleh.

Mereka semua pelik dengan perangai Yujin tu. Lepas pompuan tu dh blah, mulalah diorang bergosip. *oppa bawang guys

"wei, pahal dengan pompuan tu?" Tanya Yohan pelik.

"Entahlah wei, macam dia yg langgar aku tadi. Tapi aku yg kena marah balik. Pelik. "Balas Wooseok  tak puas hati.

Mereka semua mula memandang sesama sendiri.

" 1,2,3" Kira Seungwoo.

"TIBERR" Kata mereka serentak lalu ketawa terbahak-bahak.

Lepas ketawa masing-masing dah reda, diorang pon meneruskan perjalanan sampailah mereka tiba di tempat kejadian tadi. *tempat tragedi Yujin vs Wonyoung tadi.

Nampaknya, Wonyoung dari tadi still tak sedarkan diri. Mereka semua hanya melepasi Wonyoung sehinggalah Junho ternampak dan memberitahu rakan rakannya.

"Eh, Wonyoung! " Jerit Junho.

Masing masing memandang Junho dengan pandangan yg pelik.

" Kau ni kenapa pulak tiba tiba jerit nama Wonyoung? " Tanya Yohan.

" Tu.. Tu, Wonyoung  kan? " Kata Junho sambil menunjuk ke arah sesuatu.

Bersambung..

*oohhoii, harap bersabar. Gula tak sampai lagi. Kopi je ada. Haha



[] C [] U GOT IT 🌈Where stories live. Discover now