Chapter 22: Flashback

155 24 0
                                    


Selepas balik dari berseronok dengan crush tadi, malam tu Wonyoung menghabiskan pula masanya dengan bermalas - malasan diatas sofa plus bertih jagung di tangan nya berserta rancangan tv kegemarannya iaitu Running Man.

Terbahak-bahak dia ketawa masa tengok rancangan tu. Mentang ii pakcik dengan Omma tak de pegi dating malam tu. Wooseok pon blom balik. So, rumah tu dh memang mcm dia seorang yg punya.

Tapi tiba ii, lampu semua terpadam dengan sendirinya. Tv pon terpadam sekali. Muka Wonyoung dh mula cuak. Dia cuba switch on tv balik tapi tak boleh. Then, dia mula rasa yg ada org sentuh bahu dia.

Dia cepat ii pandang belakang.. Tapi tak de sesiapa. Bila dia pandang depan balik.. Tiba ii ada satu lembaga yg berdiri betul ii kat depan dia. Terus dia menjerit sekuat hati.

Tanpa sengaja, Wonyoung tertolak lembaga tu dengan sekuat hati sampai dia terjatuh tergolek - golek sambil merintih kesakitan.

Lepas tu Wonyoung cepat ii lari pegi buka suis lampu. Rupa-rupanya.. Lembaga yg diingatkan lembaga tu ialah Wooseok. Lepas melihat Wooseok yg dh terduduk kat lantai menahan sakit tu, Wonyoung cepat ii pergi mendapatkan dia.

"Ahhh!.. . Sakitnya.. " Raung Wooseok sambil memegang lengannya yg dh lebam akibat ditolak oleh Wonyoung tadi.

" Wooseok! Kau ok tak??" Tanya Wonyoung dengan rasa bersalah.

" Nampak macam ok ke? Tengok tangan aku ni! Sakitnya ... "

" Maaflah, aku tak sengaja. Tulah, siapa suruh kau terkejut kan aku macam tu?"

"Hishh.. Mana la aku tau boleh jadi macam ni. "

" Dahla. Kau tunggu sini dulu. Aku pegi ambil ais kat dapur jap. "

" Yelah.. Pergi cepat! Sakit ni"

Beberapa minit kemudian, Wonyoung pon kembali sambil membawa satu pek ais untuk si budak mengada yg tengah duduk. Diatas sofa sambil makan bertih jagung Wonyoung.

"Yah! Siapa suruh kau makan pop corn aku! " Marah Wonyoung.

" Hishh.. Nk makan sikit pon tak boleh! Yelah. " Balas Wooseok lalu meletakkan bertih jagung tu ke tempat asalnya.

Kemudian, Wonyoung segera duduk di. Sebelah Wooseok lalu menarik tangan Wooseok dengan kuat. Disebabkan kan terkejut dengan perbuatan Wonyoung itu, Wooseok cepat ii menarik tangannya balik.

"Apa kau nak buat ni? Kenapa kau tiba ii tarik tangan aku? Euww.. PERVERT! "

" Apa masalah kau ni? Aku nak letak ais kat lengan kau yg lebam tu. Kau fikir aku nak buat apa?! "

" Ooooh.. Hehe..nah. " Sambil menyerahkan semula tangannya kepada Wonyoung.

" Hishh.. " Perlahan - lahan Wonyoung menekap kawasan yg lebam itu dengan ais supaya Wooseok tak membebel lagi.

Ketika itu suasana menjadi senyap je. Ketika Wonyoung tak perasan,Wooseok asyik memandang dia sahaja. Bila dia dh rasa Akward, Wooseok mula bersuara.

" Ermm.. Wonyoung.. "

" Nak ape?" Kata Wonyoung tapi matanya masih tidak memandang Wooseok.

"Aku nak tanya satu soalan boleh tak? "

" Tanya jelah. "

" Masa kau sekolah rendah kan.. Ada tak, apa-apa yg menjadi pengalaman buruk kau? "

" Sekolah rendah?.. Ada. "

" Ada!?  Apa?? "

" hm..aku tak ingat sangat.. Tapi, masa tu aku jatuh dalam sungai. Entahlah sebab apa.. Tapi ada budak lelaki ni.. Jahat sangat. Suka kacau aku. Tapi yg lagi sorang tu nampak baik. Lepas tu.. Aku tak tau la macam mana aku tiba ii kena pindah sekolah. Pakcik cakap aku trauma lepas jatuh sungai tu. Tapi.. Tu jelah yg aku ingat. "

" Yeke? Jadi betullah! "

" Ape yg betul? "

" Eh? Ermm.. Tak de pape.. "

" Dah la, baik kau pegi mandi dulu. Bau macam ikan.. Pergi ii! Syuhh! "

Wonyoung pon akhirnya berjaya menghalau Wooseok pergi. Dan dia kemudiannya menyambung rancangan tv kegemarannya semula sampailah dia tertidur kat situ jugak.

Wooseok yg masih belom tido, hanya melihat sahaja Wonyoung yg sedang tidur itu lalu meletakkan bantal di kepalanya dan menyelimutkan Wonyoung sebelum dia kembali masuk ke dalam biliknya. Caring betul Wooseok ni. Jauh berbeza dari Wooseok yg dulu.
.
.
.

-Flashback zaman kanak ii-

Yohan yg baru berusia 10 tahun itu sedang duduk di bangku sekolah sambil memerhatikan seorang budak perempuan yg sedang asyik membaca buku di bawah pokok tidak jauh darinya.

Sebenarnya.. Sejak hari tu, Yohan akan selalu duduk disitu untuk melihat budak perempuan itu. Dia tak berani nak cakap dengan budak perempuan tu.. Tapi akhirnya dia berjaya jugak. Dan dia adalah Wonyoung.

"Yohan! Apa yg kau tengah tengok tu?"

Tegur Wooseok yg merupakan rakan baiknya.Cuma.. Wooseok tu jenis budak nakal. Dia suka kacau budak lain. Termasuklah, budak perempuan tu.

"Ooh.. Budak perempuan tu tengah baca buku lah. Jom kacau dia nak? "

" Tapi.. Dia kan tengah baca buku.. Tak baik la.. "

" Alah kau ni, tak pelah.. Kita kacau dia sikit je.. Jom! "

Tanpa membiarkan Yohan bersuara,Wooseok cepat ii tarik Yohan ke arah Wonyoung tu. Apabila mereka berdua bertentangan mata.. Yohan mula terjatuh hati dekat dia sejak tu.

Wooseok pula selalu kacau dia. Setiap kali dia nak baca buku, Wooseok selalu datang dan rampas buku tu. Tapi yg membuatkan Wooseok lebih suka kacau Wonyoung tu ialah sebab dia tak pernah menangis. Kalau budak lain, sikit ii nangis.

Dan tibalah suatu hari ni, hari yg tak sangka akan berlaku..

"Pulangkan lah balik beg aku!! Pulangkan lah!! "

Raung Wonyoung itu apabila Wooseok mengugut dia dengan menggantungkan beg Wonyoung itu pada dahan kayu yg dibawahnya adalah sungai.

Dah beberapa kali Wonyoung merayu agar begnya dikembalikan tetapi Wooseok tetap tidak mahu. Sehinggalah dahan kayu itu tiba ii patah dan beg Wonyoung terjatuh ke dalam sungai.

Demi menyelamatkan begnya itu, Wonyoung terus terjun ke dalam sungai itu tetapi dia tak pandai berenang.

"Tolong!!! Tolong!!  Aku tak pandai berenang!! "

Wooseok yg panik terus meninggalkan Wonyoung yg masih tergapai-gapai di dlm sungai.

Dan ketika itu jugalah,Yohan datang. Dia sangat terkejut apabila melihat keadaan Wonyoung ketika itu.

" Yohan!!... Tolong!! "

Tanpa berfikir panjang, Yohan terus terjun ke dalam sungai itu untuk menyelamatkan Wonyoung. Dan ketika dia naik di daratan, Wonyoung tidak sedarkan diri.

Ketika itu, cikgu-cikgu datang dan segera membawa Wonyoung ke hospital. Dan sejak hari itulah..kali terakhir Yohan bertemu dengan dia. Budak perempuan yg dia masih tak tahu namanya.

Tak cukup dengan tragedi yg berlaku pada budak perempuan tu.. Yohan juga telah kehilangan Omma nya pada hari yg sama akibat kemalangan semasa ingin mengambilnya pulang dari sekolah.

Dan hari itu, tarikh dan waktu yg dia sangat tak nak ingat.. Sama sekali.. Bila dia terpaksa berpisah dengan dua orang yg dia tak sempat nak ucapkan sesuatu.


Bersambung.....

[] C [] U GOT IT 🌈Where stories live. Discover now