-4

661 64 3
                                    

Sana menapak keluar dari rumah, dia merenggangkan lengannya ke atas untuk membetulkan segala urat-urat pada badan belakangnya.

Gadis itu memandang ke sekeliling kawasan rumah, sungguh cantik dihiasi dengan bunga-bunga hidup yang berwarna ungu dan merah.

Memang suasana pada pagi itu aman dan tenang untuk dia mengambil udara segar.

Nyaman!

Tiba-tiba matanya tertancap pada sebuah kotak yang besar di luar pagar, dia cuba menggoncangkan kotak tersebut untuk mengetahui isi di dalam.

"Eonnie." Panggil Mina tiba-tiba memberhentikan tingkah laku Sana.

"Patut ke eonnie buka?"

"Tapi kotak tu untuk Mingyu." Mina mula tidak selesa apabila Sana dengan perlahan-lahannya membuka pita pelekat pada kotak.

Walhal kotak itu bukan untuk Sana mahupun Twice yang lain tetapi, kotak itu untuk Kim Mingyu.

Seorang lelaki yang Twice harus lindungi.

"Arghhh." Sana menjerit nyaring tiba-tiba dan secara automatik dia jatuh terduduk di atas lantai.

Cepat-cepat dia menolak jauh kotak itu sehinggakan isi kandungan yang dilihat Sana tadi terburai keluar.

Mina kaget, jelas kelihatan seekor ayam yang tidak bernyawa bersama pisau daging yang berlumuran darah.

Tidak lupa juga, ada sekeping nota kecil dipenuhi kesan darah yang terselit pada paruh ayam. Mereka berdua memandang antara satu sama lain.

"Mina ambik nota lepastu kita masuk dalam."

**

Annyeong Mingyu,❤️

Suka tak hadiah yang sayang bagi? Tunggu sayang pulang tau, jangan curang eh?

Mingyu terkaku sendirian, dia cuba untuk mengingat balik siapa 'sayang' dalam hidupnya?

Eunha? Takkanlah, masa mereka bercinta dulu, mereka hanya menggunakan awak-saya. Dan bukannya sayang atau panggilan yang manis-manis.

"Tch Lisa." Jeongyeon mendecit perlahan.

Gadis itu menolak kotak dengan lagak sombong, hanya dia dan Nayeon sahaja yang perasan pada permukaan kotak itu, terdapat ukiran L.S.M.

Senang sangat nak teka, Lalisa Manoban!

Nama gadis itulah yang menjadi sasaran papa-papa Seventeen terutamanya Mr.Kim. Dan sebab itulah mereka semua mengupah Twice untuk melindungi Seventeen dari ancaman Lisa.

"Aku rasa psiko tu hantar benda ni bukan untuk Mingyu, tapi untuk kau. Dia cuba nak bagi amaran kau supaya jangan dekat dengan Mingyu."

Nayeon berbisik di sebelah kanan Jeongyeon. Kedua-dua gadis itu mengamati wajah Mingyu yang kelihatan sugul dan pucat.

Mungkin lelaki itu tidak sangka yang 'hadiah' sebegitu itu dikhaskan untuknya. Atau, dia trauma dan pernah terima hadiah macam tu sebelum ini?

"Memang Mingyu selalu dapat benda ni ke?" Soal Jihyo bersahaja.

Dia menyilangkan kedua-dua tangan pada dada dan mula menyandar pada kepala sofa.

Sambil-sambil itu, dia membuat muka ingin tahu sebagai mengaburi mata-mata Seventeen yang dia sekarang ini tengah melakukan kerja.

Jun mengangguk pantas.

"Dua tahun lepas, memang setiap bulan bangkai haiwan ada depan pagar. Lama-kelamaan pengirim tu dah tak hantar semenjak Mingyu bercinta dengan Eunha." Jelas Jun.

"Korang takde syak sape-sape?" Giliran Chaeyoung pula bertanya dengan riak yang bersungguh-sungguh.

Tapi hampa, kesemua ahli Seventeen menggeleng kecil sebagai jawapan kepada soalan Chaeyoung.

"Kami minta maaf sebab korang pun terpaksa tengok benda macam ni." Seokmin menunduk setelah sang ketua menuturkan ayat.

Ruang tamu itu mula sunyi, masing-masing melayan perasaan dan hanya melihat sepi 'hadiah istimewa' diatas meja kopi.

"Mingyu."

Jeongyeon bingkas berdiri tanpa memandang pun seraut wajah kacak milik Mingyu. "Rest well."

Dan gadis yang tinggi lampai itu mula meninggalkan ruang tamu untuk menuju ke kamarnya yang berada di tingkat dua.

"Semoga kau tabah untuk tempuhi neraka buatan bekas teman wanita kau, Lalisa Manoban." Gumam Jeongyeon seketika sebelum memulas tombol pintu biliknya.

[C] Spy SvtwiceWhere stories live. Discover now