"Lepaslah."
Mina merentapkan pegangan yang dilakukan oleh Wonwoo. "Kau kenapa bawak aku datang sini?"
Gadis itu mengepitkan hidung. Dia memandang ke arah sekeliling. Sudahlah Wonwoo membawanya ke tempat yang busuk.
Dipenuhi dengan sampah sarap, longkang pula berbau hanyir dek bangkai haiwan yang hampir bertukar menjadi tengkorak.
Suasana pada tika itu pula sunyi sepi tanpa seorang pun yang lalu-lalang.
Hanya suara mereka berdua sahaja yang bergema menghiasi ruang. Mina memandang riak wajah Wonwoo yang sukar ditafsirkan.
"Aku nak baliklah." Ujar Mina lalu melangkah setapak.
Dua tapak.
Tiga tapak.
Empat tapak.
Lima tapak.
"Kau spy kan?" Langkah Mina tak semena-mena berhenti.
Mina tergamam. "Apa yang kau merepek ni? Aku mana kerjalah." Gadis itu tergelak janggal.
Dia mengalihkan pandangan daripada bertentang mata dengan Wonwoo.
Dapat dia lihat, air muka Wonwoo yang sangat dingin tengah merenungnya. Mina kaget, tidak tahu hendak membuat apa... Dia memeluk tubuh erat.
"Jawab aku Myou Mina." Tegas Wonwoo bersuara setelah beberapa minit dia menyepikan diri.
"Tak, aku bukan spy." Balas Mina dengan yakin.
"Kau tahu kan aku benci orang yang menipu aku."
"Kalau kau dah tahu yang aku spy, kenapa kau masih nak tanya aku?" Mina menyoal pula.
Dia memejamkan mata, rahsia terbesar yang patut dia sorokkan oleh Seventeen, sudah pecah!
Ini bermakna rancangan Twice pada kali ini sudah gagal. GAGAL kerana dia!
Maafkan aku, Twice!
"Tak sangka." Lirih Wonwoo.
Lutut jejaka itu terasa goyah. Dia tidak menyangka yang Twice mempunyai agenda lain kenapa dan mengapa mereka bersembilan pindah masuk ke rumah Seventeen.
Wonwoo mengetap bibir. "Aku benci spy." Ujarnya lagi.
"Disebabkan spy bodoh korang, Mingyu yang jadi korban. Disebabkan pekerjaan koranglah, Seventeen selalu berada dalam bahaya. Dalam ketakutan." Tengking Wonwoo nyaring.
Bahu Mina terhinjut. Dalam seumur hidup dia, ini kali pertama ada orang yang berani menaikkan suara kepadanya.
Dia memandang Wonwoo dengan mata yang berkelip-kelip. Tidak sangka, sesenyap Wonwoo pun boleh makan dalam.
"Kau kata pekerjaan aku bodoh?" Mina menyoal perlahan.
"Yer, memang! Kalau perkataan spy tak muncul dalam hidup kitorang, Seventeen dah lama hidup bahagia." Rintih Wonwoo.
"Aku nak korang berambus dari rumah kitorang. Aku muak lah dengan spy ni, penipu, pura-pura apa lagi yang korang kena berlakon ha? Jadi ibu ayam? Macam tu?"
"Wonu, aku--"
"Dahlah, apa yang aku nak sekarang. Pergi dari hidup kitorang lagi-lagi Jeongyeon." Kata Wonwoo sebelum meninggalkan Mina yang terkebil-kebil.
Mina meraupkan wajahnya. Kalau Twice pergi macam yang dicakapkan Wonwoo, berkemungkinan besar rancangan Lisa boleh berjaya.
Dan Mingyu pasti akan berada dalam genggaman Lisa.
Kalau Twice tak ikut, macam-macam benda boleh berlaku dalam rumah tersebut.
Untuk sekian kalinya, Mina mengeluh serabut.
"Masalah betul."
***
"Bersiap semua, hari ni kita bercuti ke rumah Seungkwan dekat pulau Jeju." Jerit Jeonghan.
Bersorak ahli Seventeen yang lain sambil menepuk tangan. Twice pula hanya senyap tidak tahu hendak memberi reaksi apa.
Nak tunjuk lagak gembira? Karang tak pasal-pasal omma Seungkwan halau diorang pulang semula sebab tak suka anaknya bawak balik perempuan.
"Berapa hari?" Tzuyu mencelah.
"Tiga hari dua malam." Teruja Seungkwan menjawab.
"Kita pergi dengan apa?" Sana pula menyoal. Dia duduk di sebelah Jun yang sedang menonton televisyen.
Katanya tak mahu tinggal Jun sorang-sorang. Takut, benda yang tak diingini mungkin berlaku sekali lagi.
"S.Coups hyung sewa bas." Seokmin membalas pertanyaan.
Masing-masing menganggukkan kepala tanda mengerti.
Joshua memandang Jeongyeon yang tengah termenung di luar tingkap lalu dia mengambil keputusan untuk menghampiri gadis itu.
Matanya lebih tertarik dengan gadis itu daripada suasana yang riuh dek jeritan gembira oleh Seventeen. "Kau ok?"
Jeongyeon tersenyum. "Ok, kenapa?"
"Cantik." Joshua terpana. Lidahnya terkelu melihatkan senyuman manis Jeongyeon.
Kali pertamanya Joshua dapat lihat sisi baik Jeongyeon. Sisi lembut Jeongyeon.
"Kau cakap apa ni?" Merah muka Jeongyeon akibat pujian yang terlepas dari mulut Joshua.
"Aku cakap kau... Kau erm tak ada apa-apalah." Lelaki itu menggosok leher malu-malu.
Tanpa mereka berdua sedar, ada sepasang mata sedang memandang mereka dengan padangan yang cemburu dan hati yang panas membara.
"Mingyu?" Sapa Minghao.
"Apa?"
"Kau ok tak?"
"Tak, aku tak ok." Jawab Mingyu bersama ketapan gigi. Dia mendengus kuat sebelum mengalihkan pandangan.
YOU ARE READING
[C] Spy Svtwice
FanfictionEgo? Jangan bawa bincang perkataan tersebut dalam urusan mereka. This is work, please be a professional worker as you can! start published; 04122019 end published; 13012020 [WARNING] ⚠️ NOVEL INI TIDAK MENGANDUNGI UNSUR-UNSUR...