-15

451 50 8
                                    

Jeongyeon berjalan perlahan-lahan memasuki gudang lama itu. Dia memandang kiri dan kanan.

Ditelinga kanannya pula ada satu earpiece yang tersemat elok. Dia gentar kerana sekarang ini dia dan si penjahat tengah mempetaruhkan nyawa Sana sebagai satu cagaran.

Jeongyeon mengetap bibir tatkala kornea matanya sudah disapa dengan wajah Sana yang layu serta bertompokan lebam biru bada tepi bibirnya.

"Tak guna." Gumamnya perlahan sambil mengepalkan buku lima dengan erat.

Hatinya berasa sebak. Lutut terasa longgar. Dia perlukan Mingyu untuk dijadikan bahan kuatan baginya.

"Jaga diri."

Suara garau Mingyu yang ligat berulang kali bermain dalam mindanya seperti kaset rosak. Dia tersenyum nipis.

Satu langkah kehadapan.

Sekali lagi kaki gadis itu maju.

Lagi dan lagi Jeongyeon berjalan menuju kearah badan Sana yang telah dililit dengan tali tebal pada kerusi kayu.

Bam

Terangkat kedua-dua bahu Jeongyeon. Dia tercari-cari dimana bunyi lepasan tembakan itu berlaku.

Pak pak pak

"Tak semudah itu Yoo Jeongyeon." Gadis itu menoleh ke tingkat atas setelah dia yakin yang tepukan kuat itu datang dari arah sana.

Dan

Tepat sekali sangkaannya. Cuma dia pelik akan figura tersebut...

"Eunwoo?"

"Yeah its me. Kenapa? Terkejut?" Lelaki yang digelar Eunwoo oleh Jeongyeon kini sedang menuruni tangga.

"Aku ada masalah dengan kau ke selama ni?" Soalan dibalas soalan.

Masing-masing memandang antara satu sama lain. Eunwoo sekarang ini tepat-tepat berdiri di hadapan Jeongyeon.

Hanya 10 cm sahaja jarak yang masih menjadi perantaraan mereka berdua. Jeongyeon dapat merasakan dengusan nafas yang tidak teratur oleh Eunwoo.

Tangan Eunwoo membelai rambut hitam Jeongyeon dengan lembut. Dia terleka sedikit dengan kecantikan yang dimiliki gadis itu.

"Patutlah ramai yang tergilakan kau, sundal." Ujar Eunwoo sinis sebelum menjatuhkan tangannya dengan riak yang jijik.

Dia beredar menghampiri Sana pula. Ditarik rambut si mangsa yang terkulai lemah dengan kuat.

Habis terdongak kepala Sana mengikut gerakan yang dilakukan Eunwoo. "Yeon." Lemah gadis itu memanggilnya.

"Kau nak aku, kenapa dia yang dipertaruhkan?" Bergetar suara Jeongyeon menyoal.

Dia menikam mata Eunwoo yang kelihatan gembira dengan deritanya. "Lepaskan Sana."

"Kau ingat dengan lepaskan betina ni, Suho hyung akan hidup balik?"

Jeongyeon terdiam. "Suho? Apa kaitan dia dengan aku?"

"DIA MATI DISEBABKAN KAULAH BODOH." Tempik Eunwoo geram.

Seraya dengan itu Eunwoo mengacukan sepucuk pistol ke arah Jeongyeon yang berdiri statik.

'Yeon, kau jangan buat perkara bodoh. Ikut apa yang aku cakap. Ara?'

Suara Nayeon dihujung talian mula berbunyi cemas.

"Dia sukakan kau. Tapi, kau...

Kau dengan bodohnya pilih Jimin yang jelas-jelas dah ada Seulgi masa tu." Lirih Eunwoo menyambung lagi.

Jeongyeon menguncikan bibir. Ya, dia ingat macam mana dan bagaimana dia menolak Suho ketika itu.

Tetapi, dia buat semua itu bersebab. Dan bukannya saja-saja.

"Irene sukakan dia." Kata Jeongyeon.

Eunwoo menjongketkan kening.

"Dia kawan baik aku, semua masalah dan rahsia dia aku tahu. Dengan siapa dia jatuh cinta. Dengan siapa dia benci. Semuanya aku tahu."

Terjeda suasana itu seketika.

"Kau ingat aku ni jenis tikam belakang kawan ke? Kau expert  aku balas cinta Suho sedangkan aku tahu yang Irene cintakan kawan kau?" Air matanya bergelinang di hujung tubir.

"Suho tolak cinta Irene. Tak mungkin dan tak akan sesekali aku terima cinta dia. Disebabkan dia, Irene bawa diri ke Malaysia."

"Aku taknak sakitkan hati Irene. Dan masa tu, aku betul-betul cintakan Jimin. Tak mungkin aku nak lukakan hati aku semata-mata hanya kepetingan orang lain. Kau tak duduk situasi aku."

"Kau tak faham apa yang aku alami. Yang cuma kau faham hanyalah perasaan kau, dendam kau tapi aku? Aku terseksa dengan hidup aku sekarang."

Gadis itu jatuh terduduk. Teresak-esak dia melepaskan tangisan.

Bergema gudang dengan suara tangisan Jeongyeon. Eunwoo mati kata.

Dia seolah-olah tersedar yang dia sekarang ini tengah bermain dengan nyawa orang.

Dan dia juga sedar bahawa dia terlalu terikut-ikutkan emosi dan meletakkan semua salah itu pada kepala dan bahu Jeongyeon.

"Aku mintak maaf." Eunwoo berkata kesal.

"Aku maafkan kau, tolong lepaskan Sana." Rayu Jeongyeon.

Eunwoo mengangguk kecil. Dia melepaskan ikatan tersebut. Cepat-cepat lelaki itu melarikan diri sebelum Jeongyeon menelefon polis dan mendakwanya atas berlaku penculikan.

Terus Sana berlari anak dan memeluk Jeongyeon erat. Ahli Twice yang lain juga muncul di setiap sekitar penjuru dan mula berlari juga ke arah mereka berdua.

Nayeon memeluk Jeongyeon dengan sendunya. "Sana dah selamat eonnie."

Nayeon mengangguk bersama wajah yang lega. "Kau dah buat yang terbaik, Yeon."

"Ya, aku dah buat yang terbaik." Ujar Jeongyeon sebelum badannya terjatuh lemah dalam dakapan Nayeon.

Perlahan-lahan dia menutupkan mata bersama senyuman yang terhiasi pada wajah cantiknya.



[C] Spy SvtwiceWhere stories live. Discover now