-18

434 47 1
                                    

Jeongyeon mengetatkan tali kasutnya. Dia memakai topi hitam dikepala serta menyelitkan sepucuk pistol Revolver 16-nya dipinggang.

Lantas gadis itu keluar dari kereta dan berdiri dihadapan rumah banglo yang gah terbina di dalam hutan.

"Maafkan aku Twice, aku tahu semua ni akan terjadi." Gumamnya.

Dia menggenggam erat pisau belati sebagai perlindungan diri. Gadis itu memanjat pagar belakang setelah memastikan bahagian dalam tersebut tiada orang-orang Lisa.

Baru sahaja dia mahu menolak pintu, dapat dia rasakan muncung pistol menekan belakangnya.

"Hai Yoo Jeongyeon." Lisa mengujar sinis.

"Ikut aku." Paksa Lisa dan gadis muda itu menolak keras tubuh Jeongyeon supaya berjalan dahulu.

Mereka berdua memasuki ruang tamu yang kosong dimana terpampang wajah Mingyu yang terikat pada kerusi.

Darah yang mengalir pada dahi Mingyu membuatkan hati Jeongyeon begitu sakit untuk dilihat.

"Terkejut tengok kekasih hati luka sana sini?" Soal Lisa sinis lalu menolak badan Jeongyeon sehingga jatuh menyembah lantai berjubin.

Pisau belati yang dipegangnya tadi sudah terpelanting jauh di bawah sofa yang buruk.

Lisa memijak perut Jeongyeon dengan kuat, dia duduk mencangkung dan menarik rambut Jeongyeon ke atas.

"Aku dah cakapkan yang Mingyu milik aku, kau ni faham bahasa ke tak?"

"Tak, sebab Mingyu cintakan aku bukannya kau yang gila meroyan ni." Jeongyeon membalas berani tatapan mata Lisa.

"Cinta? Hey, sedarlah sikit. Aku ni cinta pertama dia. Tapi kau?"

"Ye, memang kau cinta pertama dia. Aku akui kaulah perempuan yang bertuah sebab kenalkan erti cinta,erti sayang, erti curang untuk dia.

Tapi, kau kena ingat yang Mingyu jadikan aku cinta terakhir dia yang kekal sampai bila-bila.

Kau culik dia, kau desak dia sekalipun untuk kahwini kau, mustahil cinta dia akan berputik kembali setelah kekasaran yang kau lakukan kepada dia.

Bahkan disebabkan kau, kau telah berjaya buat dia lupakan segala kenangan manis dan siapa kau dalam hati dia."

Lisa mengancingkan gigi, geram. "Tak guna."

"KAU MEMANG TAK GUNA SIAL." Lisa menghentakkan kepala Jeongyeon pada lantai berulang kali.

Darah merah yang pekat mengalir hebat pada dahi Jeongyeon membuatkan cecair tersebut menitik laju diatas lantai.

Mata si mangsa berpinar-pinar melihatkan Lisa berlalu pergi meninggalkan dia dengan Mingyu yang masih tidak sedarkan diri.

Perlahan-lahan mata Jeongyeon terkantup apabila dia sudah tidak dapat menahan rasa pening dikepala.

***

Sana memegang lengan doktor yang berjalan disekitar kaki lima secara tiba-tiba.

"Ya cik?"

"Boleh aku tahu mana pesakit bernama Yoo Jeongyeon?" Soal Sana cemas setelah dia memeriksa wad dimana tempat sahabatnya sepatut berada.

"Cik kawan dia ke?" Soalan dibalas soalan, hendak sahaja Sana mengelar leher serta mengerat segala abdomen doktor dihadapannya ini.

Buat sakit jiwa sahaja apabila soalannya tidak diberi jawapan yang dia inginkan.

"Tak, aku adik dia. Yoo Sana." Terpaksa dia membohong sekejap, kalau disebut kawan, Sana tahu yang doktor ini tidak akan mendedahkan segala privasi hospital.

"Oh, dia keluar wad baru sahaja pagi tadi."

"Seorang diri?" Sana menginginkan kepastian. Dia memegang kedua-dua tangannya erat berharap omma dan appa Jeongyeon yang mengambil gadis itu.

"Ya, dia seorang diri."

Terus Sana memegang palang besi yang terlekat pada dinding, lututnya berasa longgar untuk dia terus berdiri elok.

"Kalau tak ada apa-apa, saya pergi dulu." Sana mengangguk lemah.

Bunyi derapan kaki yang kuat tidak mampu untuk Sana berpaling ke sisi. Dia tahu itu Twice dan Seventeen.

"Sana?" Nayeon memegang bahu gadis itu.

"Eonnie." Sana jatuh terjelupuk di atas lantai, dia memegang kepalanya yang sedikit menyengat kesakitan.

"Jeongyeon mana?" Soal Momo.

"Dia dah pergi."

[C] Spy SvtwiceWhere stories live. Discover now