-2

876 76 10
                                    

Prang ~

Habis berterabur serpihan kaca cawan di atas lantai, Jeongyeon mendengus geram sambil matanya menatap tajam ke arah JYP.

"Apa ni sunbae?" Jeritnya.

Ahli Twice yang lain masing-masing menundukkan kepala. Tidak berani untuk masuk campur dalam hal yang serius antara majikan dan kawan.

Sudahlah Jeongyeon seketul manusia yang panas baran, hanya dia sahaja yang ada keberanian untuk menentang JYP.

"Apa yang susah sangat, saya suruh pindah masuk rumah diorang bukannya buat apa." JYP mengujar tenang.

Dia duduk mencangkung untuk mengutip serpihan kaca, terasa ingin menangis pun ada.

Cawan tu dia beli dekat Italy woo, bukannya murah-- mahal!!

Sendu gue!

"Tak masalahnya, tu rumah jantan."

JYP menghela nafas tenang, seraut bujur wajah Jeongyeon diamati dengan kasih sayang. Baginya, Jeongyeon dan Twice yang lain sudah dianggap anak yang perlu diberi perhatian.

"But this is work Jeongyeon, we have to be a professional, soal benci lelaki tu you have to throw away." JYP berkata tegas.

Dirinya sudah berkali-kali memberi nasihat supaya berputus dengan Jimin tetapi seketul gadis bernama Jeongyeon ini susah sangat nak dengar kata.

Degil

Keras kepala

Panas baran

Tapi sayang, setia Jeongyeon langsung Jimin tak hargai. :(

"Tapi--"

"Takde tapi-tapi, kesemua papa Seventeen dah bayar dekat kita jumlah yang sangat besar. Jadi, nak tak nak, kamu kena laksanakan tugas yang diamanahkan tu juga."

Jeongyeon menjeling sebaik sahaja JYP menghabiskan kata lalu dia terus meninggalkan perkarangan bilik mesyuarat dengan perasaan yang sebal.

Nayeon hanya memandang sayu, sedih hatinya melihat sahabat yang selalu berhuhuhu-hahahaha kini menjadi seorang yang senyap dan dingin tanpa perasaan.

"Habis mesyuarat, saya nak kamu semua kemas barang dan petang ini jugak saya nak kamu semua masuk pindah ke rumah Seventeen." JYP memberi kata putus.

"Bwo?!" Jerit kelapan-lapan gadis itu dengan serentak dan kuat, masing-masing terasa mahu pengsan tatkala mendapat arahan sebegitu.

**

ting tong ~

ting tong ~

ting tong ting tong ~

Bam!!

Pintu dibuka dengan sangat kuat dari arah dalam.

Maka, tersembullah muka S.Coups yang masam mencuka bersama rambutnya yang serabai seperti ibu burung yang hendak membuat sarang.

"Nak apa datang rumah orang?" Soal S.Coups yang masih mamai.

Matanya yang sedia sepet cuba dibuka dengan lebih luas, dilihat satu persatu wajah ceria daripada lapan orang gadis yang berada di ambang pintu.

Kecuali seorang sahaja yang mempamerkan riak dingin kepadanya.

Cepat-cepat dia menggenyehkan mata berulang-kali, S.Coups bagaikan tidak percaya apa yang dilihatnya sekarang.

"Banyaknya bidadari."

"Bidadari pale bana mung." Jeongyeon berkata lalu menolak badan S.Coups yang tidak berbaju dengan kasar.

Dia masuk ke dalam rumah tanpa dipelawa bersama bagasi, terus Jihyo tersengih janggal ke arah S.Coups sambil menggaru kepala.

"Kitorang masuk eh?" Nayeon bertanya malu-malu.

"Hah sila-sila."

Mereka terus membuka kasut setelah mendapat keizinan daripada tuan rumah. Masing-masing menjadi kekok setelah Jeongyeon menunjukkan perangai yang biadap di hari pertama mereka bekerja.

Tzuyu meluru ke arah Jeongyeon, dia menggeleng berulang kali apabila dia melihatkan kakaknya hanya bermain telefon dan langsung tidak mengangkat muka.

Ahli Twice yang lain sudah duduk bersimpuh, hanya eonnie line sahaja yang duduk di atas sofa.

Mereka bersembilan duduk menghadap 13 jejaka yang kelihatan bingung melihat mereka.

"Korang siapa?" Soal Seungkwan teruja.

"Kami roommate korang." Mina menjawab bersama senyuman yang meleret seolah-olah mempunyai isi yang tersirat.

"Hah?"

[C] Spy SvtwiceWhere stories live. Discover now