-17

439 46 0
                                    

Jeongyeon menyandar lemah di kepala katil. Wayar yang berselirat di kekura tangannya dipandang sepi.

"Kau ok?" Momo menyoal sebelum mengambil belahan epal yang sudah dikupas kulitnya.

"Hirai Momo." Mina mengetap gigi.

"Apa?" Momo memaparkan wajah yang tak bersalah lalu menelan kunyahan yang terakhir.

"Sedap pula epal kau, Mina." Sambungnya lagi.

Mina menjeling tajam seraya menurut serta Chaeyoung dengan Tzuyu yang sedang bergosip di sofa.

"Mingyu ada tanya pasal aku?" Jeongyeon menyoal kepada Nayeon.

"Ada, siap tanya alamat rumah omma dengan appa kau lagi." Nayeon menjawab tanpa memandang gadis itu.

Topik curang di majalah Wanita yang dibacanya sekarang lebih menarik perhatiannya.

Dia menyelak lagi halaman seterusnya. "Habistu, kau bagi?"

"Aku ni cerdik tau, bukannya macam Momo. Memang taklah aku bagi."

Momo mengembungkan pipi. "Eonnie nak kata aku bodo lah sekarang ni?"

Nayeon mengangkat bahu. "Terserah, kau yang cakap. Bukan aku."

Kring

Kring

Kring

"Telefon siapa tu yang kuno sangat bunyi ringtonenya?" Kutuk Jihyo walaupun dia tahu bunyi tersebut datang dari telefon siapa.

"Telefon aku." Chaeyoung memasamkan muka lalu menggesek ikon hijau ketepi pada skrin tanda dia menerima panggilan tersebut.

"Yeoboseyo?"

"Chaeng-ahh, Mingyu hilang."

"Hah?" Tempik Chaeyoung kecil.
Dia segera memandang Jeongyeon yang menunjukkan riak ingin tahu.

"Sayang, awak jangan main-main?"

"Benda macam ni buat apa saya nak main-main."

Kalau nak buat kejutan hari jadi pun, tak terlintas langsung fikiran Seventeen nak buat macam ni." Ujar Chan lagi dihujung talian.

Chaeyoung menggigit bibir bawah. Ada benar jugak apa yang dikatakan Chan.

Seventeen bukannya budak yang nak memikirkan perkara yang boleh membuatkan orang lain risau.

"Mungkin dia pergi kerja takpun balik rumah omma appa dia." Chaeyoung cuba menyedapkan hati.

"Sayang, teman lelaki awak ni bijak tau. Saya dah telefon omma appa dan pekerja Mingyu, tapi mereka cakap yang Mingyu tak ada datang pun."

"Tapi, ada satu nota dekat cermin bilik Mingyu yang pentingnya tulisan tu tulisan bekas kekasih Mingyu."

"Ok, macam nilah. Awak suruh Seventeen jangan keluar rumah. Tunggu saya dengan Twice yang lain balik lepastu kita bincang. Ara?"

"Nae, arassoyo." Chan mematikan panggilan setelah memberi kata yang terakhir kepada si pemilik hati.

Chaeyoung meraupkan wajah.

"Kau kenapa? Serabut jer aku tengok." Kata Tzuyu.

"Kenapa dengan Seventeen? Mingyu baik-baik kan?" Jeongyeon berasa tidak sedap hati.

Gadis itu berura-ura untuk mencabut semua wayar yang dilekat pada tangannya namun ditegah Sana.

"Kau tak dengar apa yang doktor kata tadi?"

Jeongyeon menundukkan kepala. Ya, dia lupa yang esok baru dia boleh balik rumah.

Tetapi, rindunya terhadap Mingyu semakin membuak-buak. Sudahlah telefonnya kehabisan bateri, nak tanya khabar Mingyu pun susah.

"Kau tak sihat eonnie. Kau kena dengar apa yang doktor cakapkan." Jihyo pula mengambil alih.

"Aku tak sedap hati. Aku nak jumpa Mingyu." Lirih Jeongyeon.

"Mingyu tak apa-apa, percaya cakap aku."

"Kalau ada apa-apa yang terjadi pada Mingyu, aku tak akan maafkan diri aku."

Nayeon dan Jihyo saling berpandangan sebelum mereka berdua melepaskan keluhan dengan kasar.

***

Dont worry, Kim Mingyu baik-baik jer dengan Lisa.

Oh ye, Lisa berharap yang Jeongyeon eonnie cepat sembuh!

"Apa maksud dia?" Seokmin hairan, dia tak faham apa yang terjadi sekarang.

"Jeongyeon noona sakit ke?" Lagi sekali Seokmin bertanya ingin tahu.

"Ok, to be honest. Jeongyeon dimasukkan hospital sebab dia kekurangan air sahaja."

"Korang tak payah risau." Sana menjawab. Lebam pada hujung bibirnya disapu dengan concealer supaya Jun disebelahnya tidak mengesyaki apa-apa.

"Korang kenal Lisa kan?"

Seventeen mengangguk bagi soalan Nayeon. "She's our enemy, tak sangka pula dia ex Mingyu."

"Tapi, kenapa dia muncul balik selepas apa yang dia dah buat pada Mingyu hyung?" Seungkwan berang.

Jun menyepikan diri, dia buntu untuk menyelit apa. Disebabkan Lisa, dia kekurangan darah.

Disebabkan Lisa juga dia hampir trauma untuk keluar rumah.

Gadis setan bertopengkan wajah cantik itu seorang yang psycho, hanya mementingkan diri sendiri dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memuaskan kehendak.

"Korang pergilah berehat, hal ni biar kitorang uruskan. Nanti aku dengan Tzuyu pergi balai polis, laporkan benda ni dekat mereka." Arah Dahyun dan mendapat anggukan kecil daripada mereka berdua belas.



[C] Spy SvtwiceWhere stories live. Discover now