"Noona, mana boleh masuk air terus kalau nak buat sup ayam." Berang Mingyu.
Dia menegah Jeongyeon lalu membuang air yang sudah diisi dalam periuk ke dalam sinki.
"Habistu?"
"Appa aku ajar macam tu." Jeongyeon tiba-tiba memuncung, dipandang gelagat Mingyu yang sedang meletakkan semula periuk di atas dapur gas.
Gadis itu perlahan-lahan menapak ke arah Mingyu dimana lelaki itu sedang menumis bawang merah dan putih sekaligus.
Minyak yang sedikit terpecik ke arah Jeongyeon telah membuatkan dia mengaduh kecil.
"Ahh." Dia mengundur setapak.
Mingyu tersenyum, sejak balik daripada pasar basah, Jeongyeon kini banyak memulakan bicara dengannya.
Bahkan gadis itu sudah boleh menerima kehadirannya, dan sedar akan kewujudannya. Dia gembira melihatkan sinar bahagia pada wajah Jeongyeon.
"Senyum-senyum, gila ke?"
"Eh saya senyum pun kata gila?"
Jeongyeon mencekak pinggang. "Yerlah, tiba-tiba senyum. Orang lain pun akan fikir kau gila."
"Suka hati noona lah nak fikir apa pun, janji saya bahagia tengok noona berubah." Jawab Mingyu lalu mengenyitkan mata.
Tiba-tiba gadis itu terkaku, dia berubah?
Masing-masing senyap, hanya senduk sahaja yang berbunyi memenuhi ruang dapur apabila senduk tersebut berlaga dengan kuali.
Mingyu kini sedang menggoreng ayam, sambil-sambil itu matanya mengerling ke arah kanan dimana Jeongyeon sedang berdiri statik.
"Weh budak." Panggil Jeongyeon lalu duduk di atas meja makan yang kosong.
"Saya bukan budaklah dan umur saya dah masuk 23 tahun."
"Apa-apalah, kau masih budak kecik pada pandangan aku."
Mingyu menghampiri Jeongyeon, dia meletakkan semangkuk sup dan sepinggan ayam goreng di atas meja.
Kemudian, Mingyu membuka apron lalu menghadap betul-betul di hadapan Jeongyeon.
"Kau tak terasa nak kahwin ke?" Soal Jeongyeon, dia menghayunkan kedua-dua kakinya dengan santai.
Mereka berdua memandang antara satu sama lain. "Saya akan kahwin kalau noona jadi pengantin saya."
"Kalau aku tak jadi pengantin kau, kau nak membujang seumur hidup ke?" Soalan maut pula diberikan.
Mingyu mengerdipkan mata dengan terpinga-pinga. Mungkin, dia tak sangka yang Jeongyeon akan melemparkan soalan sebegitu.
"Ok, kalau kau taknak jawab takpe. Aku saja jer uji kau." Gelak Jeongyeon janggal dan turun dari meja.
Dia mengambil seketul peha ayam goreng lalu memakannya. "Jangan pernah suka aku." Dan gadis itu berlalu pergi.
Kini, tinggallah Mingyu seorang diri di dapur dalam keadaan yang terpinga-pinga. Hati lelaki itu menjadi hiba.
Tetapi, dia cepat-cepat mengusir perasaan itu jauh-jauh. Mingyu tahu yang Jeongyeon memang betul-betul memaksudkan ayatnya tadi.
Sudah terlanjur cinta, mana mungkin dia nak mengalah!
Jeongyeon jadi seorang yang dingin disebabkan oleh bekas teman lelakinya yang tak reti nak menghargai.
Jadi, dia akan mengambil tindakan untuk membuat Jeongyeon jatuh cinta padanya.
Ya, Kim Mingyu cintakan Jeongyeon!
Dengan sepenuh hati!
***
"Nayeon eonnie?" Tegur Momo lalu dia duduk di atas katil sebelah Nayeon yang sudah dianggap seperi kakak kandung.
"Eonnie kenapa monyok?" Momo cuba memanjangkan leher untuk melihat apa yang dipegang dalam genggaman Nayeon.
Nayeon sudah mengeluh halus, gadis itu menghulur kertas yang telah menjadi gumpalan kecil kepada Momo.
"Jauhkan Yoo Jeongyeon dari Mingyu aku, kalau tak aku bunuh sundal tu." Momo mengoyakkan kertas setelah baca isi yang ditulis.
Momo geram, dan dalam masa yang sama kedua-dua mereka mula runsing akan keselamatan Jeongyeon.
Lalisa Manoban. Ya, perempuan itulah yang jadi punca masalah Seventeen, dan juga punca kenapa Kim Mingyu hilang ingatan berkaitan dengan dia!
Sebab dia psiko!
Psikokan seorang lelaki!
Bernama Kim Mingyu!
YOU ARE READING
[C] Spy Svtwice
Hayran KurguEgo? Jangan bawa bincang perkataan tersebut dalam urusan mereka. This is work, please be a professional worker as you can! start published; 04122019 end published; 13012020 [WARNING] ⚠️ NOVEL INI TIDAK MENGANDUNGI UNSUR-UNSUR...