VOTE 🤭
Masing-masing bergembira di pantai. Berlari ke sana sini mengejar anak dara orang.
Hanya Chan dan Chaeyoung sahaja yang membuat istana pasir manakala Vernon dan Dahyun pula bermain layang-layang.
Jeongyeon hanya berdiri melihat karenah tidak matang Seventeen dan Twice.
Dia mengecilkan mata apabila matanya terpandangkan susuk tubuh Mina dan Wonwoo yang seakan sedang bergaduh di bawah pokok kelapa.
Kakinya digerakkan setapak ke depan tetapi terbantut apabila ada seseorang memegang lengannya.
"Taehyung?" Terperanjat Jeongyeon sedikit setelah gerangan tersebut melepaskan pegangan yang dilakukan.
"Annyeong." Sapa Taehyung dengan melambaikan tangan. Tidak lupa juga sengihan petak dihadiahkan kepada gadis cantik di hadapannya.
Tidak lekang-lekang mata Taehyung memandang Jeongyeon yang santai mengenakan dres labuh bertali halus serta rambutnya yang hitam paras leher berkibar mengikut deruan angin.
"Kau buat apa dekat sini?" Soal Jeongyeon cuba melilau-lilaukan pandangan ke arah lain.
Bukan apa, dia takut seseorang yang sudah lama dia tak berjumpa akan muncul dengan tiba-tiba.
Dia belum bersedia untuk berjumpa dengan Park Jimin. Orang yang pernah melukakan hatinya semata-mata kerana perempuan lain.
Ya, Park Jimin, bekas teman lelakinya yang tak sedar diri!
"Seungkwan ajak Bts tidur rumah dia. Dalam sebulan jugaklah kitorang tak datang melawat omma dengan abeoji Boo."
Jeongyeon mengeluh, masa ni jugaklah diorang datang nak lawat apa semualah. Tak ada masa lain ke hah?
Menyibuk, menyampah, arghh semualah!
Serabutnya lahai!
"Eonnie, jom makan." Laung Jihyo dengan melambai-lambaikan tangan.
"Jakkamanyo." Jeongyeon melaung juga, dia berjalan meninggalkan Taehyung dibelakang.
Baru jer gadis itu berjalan beberapa langkah, terus dia berhenti mengejut.
Jeongyeon memusingkan badan ke belakang. Terlihat Taehyung pun turut memberhentikan langkahnya juga.
"Kau jangan lah ikut aku." Tegas Jeongyeon.
"Aku mana ada ikut kau."
"Dah tu, kenapa tak pergi dekat lain, tempat aku jugak yang kau nak pergi." Memasam muka Jeongyeon selepas berkata.
"Masalahnya sayang, Bts pun ada dekat sana jugak. Buta?" Sindir Taehyung lalu menggosok rambut Jeongyeon sehingga serabai.
Lantas lelaki itu meninggalkan Jeongyeon dalam keadaan yang terpinga-pinga.
"Dia panggil aku sayang?" Jeongyeon berbisik keseorangan.
***
Jeongyeon mengambil tempat di sebelah Mingyu, hanya di situ sahaja ruangan bangku yang masih kosong.
"Noona?"
"Apa?"
"Noona selesa tak duduk sini? Ke nak tukar dekat tempat lain?" Mingyu menyoal prihatin.
Jeongyeon hanya mengemamkan bibir. Bukannya dia tak tahu dan tak faham apa yang Mingyu cuba sampaikan.
Kalau gadis itu menoleh kedepan, pasti matanya akan disapa seraut wajah Park Jimin.
Kalau boleh, Jeongyeon taknak tunjuk yang dia lemah kerana kehadiran si jejaka itu.
Tak mahu sama sekali!
"Noona?"
Terperanjat Jeongyeon tatkala Mingyu tiba-tiba memegang tangannya yang berada di atas meja.
Semua mata terus melekat ke arah mereka berdua. Mungkin tak sangka yang Mingyu akan berpelakuan begitu.
"Kita patut contohi Mingyu, gentleman gitu." Seokmin berbisik bangga kepada Woozi yang sedari tadi melopong.
"Ehem." Jimin berdehem. Panas rasa hatinya melihatkan Jeongyeon yang tampak gembira bersama orang lain.
"Kita datang bercuti. Bukannya nak berbulan madu bagai." Jengkel Jimin, diambil sehelai daun salad dan sekeping daging lalu digabungkan dua bahan tersebut menjadi satu.
Dia menyuapkan bungkusan tersebut dengan rakus, tak hirau dah pandangan jelek yang dilemparkan oleh Jungkook dan Namjoon.
Jeongyeon memandang Jimin, tanpa banyak soal terus Jeongyeon membalas erat pegangan Mingyu.
Untuk menunjukkan yang dia sudah move on dengan Jimin malah sengaja dia hendak menyakitkan sekeping hati lelaki itu.
"Kalau aku berbulan madu sekalipun, kau terasa senak ke?"
"Yer, memang aku senak. Sebab aku masih sayangkan kau. Cintakan kau. Puas?" Jimin menghentak meja.
Gadis berambut pendek itu tergelak sinis. "Wow."
"Maaflah Park Jimin, hati aku dah lama buang nama kau. Perangai buruk kau, barang-barang yang kononnya kata itu tanda kasih kau terhadap aku. Semuanya aku dah buang."
"Jeongyeon, aku--" Jimin mati kata.
"Hebat drama pukul lima ni kan yeobo?" Soal Puan Boo, Seungkwan yang berada di sebelah ommanya terus ketawa mengekek.
Orang tengah serious, boleh pulak dia anggap yang itu adalah drama. Mak siapa ni?
"Memandangkan semua ada dekat sini, ada eloknya aku beritahu awal-awal. Aku dengan Mingyu dah bercinta. Ada bantahan?"
Ting!
Terpelanting sudu Joshua jatuh menyembah jalan bertar itu, masing-masing melihat ke arahnya pula.
Mingyu masih tercengang, benda sebegini tak sempat langsung untuk dia hadam. Apa yang dah jadi?
Apa yang berlaku?
Jeongyeon cakap apa tadi?
"Bagi aku explain." Bisik Jeongyeon yang seakan tahu tentang situasi yang dihadapi Mingyu.
"Kau tipu kitorang kan?" Tzuyu memandang Taehyung.
"Orang bodoh jer yang anggap benda ni main-main." Jawab Jeongyeon pedas.
Jeongyeon dan Jimin saling bertentangan mata. Sempat Jeongyeon menghadiahkan senyuman senget kepada bekas teman lelakinya.
"Dah-dah, jemput makan, daging tak sedap makan kalau dah sejuk." Seungcheol mencelah dan mendapat anggukan daripada Nayeon.
Bukan apa, tak selesa diorang nak makan sebab ada pertelingkahan. Hailah Yoo Jeongyeon, kenapa kau cantik sangat?
Kan, ramai dah orang berebutkan kau?
![](https://img.wattpad.com/cover/207710382-288-k382309.jpg)
YOU ARE READING
[C] Spy Svtwice
FanfictionEgo? Jangan bawa bincang perkataan tersebut dalam urusan mereka. This is work, please be a professional worker as you can! start published; 04122019 end published; 13012020 [WARNING] ⚠️ NOVEL INI TIDAK MENGANDUNGI UNSUR-UNSUR...