"Noona?"
Jeongyeon tersentak dari lamunan lalu bangun dari duduk. Dia berura-ura untuk meninggalkan kawasan dapur namun ditahan Mingyu.
"Kau nak apa?" Soal Jeongyeon dengan nada yang kasar, raut wajahnya semakin menegang.
Tiada senyuman pada bibir dipamerkan pada Mingyu malah dia merentapkan pegangan pada pergelangannya dengan kuat.
"Kenapa noona benci kitorang?"
"Perlu ke kau tahu?"
"Noona, soalan saya hanya nakkan jawapan bukannya soalan." Mingyu mengujar lembut.
Jeongyeon mendengus, dia mendongakkan sedikit kepalanya memandang dalam ke arah mata Mingyu.
Masing-masing tidak mahu mengalah. Masing-masing menatap antara satu sama lain tanpa berkelip.
"Sebab, korang lelaki yang aku percaya perangainya sama." Jawab Jeongyeon. Dia mengalihkan pandangan ke arah sisi.
Dia akui dia hampir goyah dengan tatapan lembut dari Mingyu, tapi waktu itulah ego berkata pada hatinya, jangan sesekali jatuh dalam perangkap cinta yang dibina oleh seorang lelaki dengan senang-senang.
"Jangan disebabkan satu peristiwa, noona hukum kami yang tak bersalah dan terus buat andaian yang kami semua sama. Masing-masing ada kelebihan diri."
Jeongyeon memandang Mingyu, dia mengetap bibir menahan amarah.
"Kau tak payah nak nasihatkan aku. Kau budak, mana pernah nak rasa apa erti cinta, erti sayang, erti setia." Bergetar suara Jeongyeon mengutarakan ayat.
Kakinya terasa lemah, cepat-cepat dia memegang kepala kerusi kayu dengan erat sebagai gagahan dia untuk terus berdiri.
Mingyu tersenyum nipis.
"Siapa kata saya budak, saya tak pernah bercinta? Saya pernah lalui semua tu, saya pernah rasa diduakan oleh orang yang saya sayang. Yang saya letakkan kesemua kepercayaan."
Tubir mata gadis itu mula bergenang, dia menundukkan kepala memandang lantai. "Aku benci jadi lemah."
"Aku sayang dia--
tapi, dia tak pernah nak balas sayang aku, tak pernah cakap yang dia cintakan aku."
Tangisannya mula kedengaran secara perlahan-lahan, air matanya terus dan terus mengalir membasahi pipi mulusnya.
Hati Mingyu dipagut sayu, dia mara setapak ke hadapan dan terus memeluk erat badan Jeongyeon.
Mingyu rasa apa yang gadis itu rasa. Bahkan menurut apa yang dikatakan Jeongyeon itu tadi, dia pernah lalui semua itu sebelum ini.
Bersama Jung Eunha.
Ya, Eunha lah perempuan yang membuang dia semata-mata memilih lelaki lain.
Mingyu mengeluh halus. Tangan kanannya perlahan-lahan menggosok badan Jeongyeon dengan lembut.
Sebagai tanda yang dia ingin menyalurkan sedikit kekuatan!
Jeongyeon menyembamkan mukanya di dada bidang milik Mingyu, kedua-dua tangannya mula melingkar membalas pelukan Mingyu.
Perlakuan Mingyu terhadapnya ketika ini, telah membuatkan dia teringat akan masa lalu.
Yang dia rindukan pelukan hangat Jimin, dia rindukan di mana Jimin memujuknya supaya berhenti menangis.
Dia terlampau rindu dengan segala kenangannya bersama Jimin walaupun hakikatnya lelaki itu hanya berpura-pura.
Masing-masing senyap sepi melayan perasaan. Hanya esakan Jeongyeon sahaja yang berbunyi memenuhi ruang dapur.
Namun, disebalik dinding dapur, ada yang mencuri dengar perbualan antara Mingyu dan Jeongyeon.
"Jimin oppa bodoh sebab tinggalkan eonnie." Dahyun mengesat air mata dengan baju.
"Dan lelaki itu terlampau bodoh sebab putus dengan perempuan secantik Jeongyeon." Ujar Jeonghan mencebik.
ANDA SEDANG MEMBACA
[C] Spy Svtwice
Fiksyen PeminatEgo? Jangan bawa bincang perkataan tersebut dalam urusan mereka. This is work, please be a professional worker as you can! start published; 04122019 end published; 13012020 [WARNING] ⚠️ NOVEL INI TIDAK MENGANDUNGI UNSUR-UNSUR...
![[C] Spy Svtwice](https://img.wattpad.com/cover/207710382-64-k382309.jpg)