"Chaeng?"
Semua ahli Seventeen memandang Twice setelah Chan menyebut nama Chaeyoung.
"What's wrong, sayang?" Chan memandang Chaeyoung yang kelihatan kurang bermaya.
"Are you okay?" Bertalu-talu Chan menyoal.
Mendengarkan soalan Chan, terus Chaeyoung memeluk badan si kekasih dengan erat. Dia menghamburkan segala tangisan pada dada Chan.
"I'm not okay."
"I need you."
Chan bingung. Tapi, dia tetap membalas pelukan yang dilakukan Chaeyoung pada mulanya.
"Ya sayang, saya ada dengan awak. Disisi awak." Lembut sahaja pertuturan Chan untuk memujuk hati Chaeyoung yang sedang galau.
"Tolon setia dengan saya."
"Awak tak mintak pun, saya tetap akan setia." Chan menggosok belakang kepala Chaeyoung sebelum membawa gadis itu ke dapur.
Twice menyepikan diri. Masing-masing melayan perasaan sehinggakan tidak perasan yang Seventeen tengah memandang mereka hairan.
"Mana noona aku?" Soalan Mingyu menyentakkan lamunan mereka.
"Haah, mana Sana-san?" Jun juga mengambil peluang untuk menyoal sama.
"Diorang balik rumah omma appa Jeongyeon kejap. Mungkin dalam dua tiga hari baru diorang balik sini." Ujar Dahyun dengan berhati-hati.
Mereka tahu yang Mingyu dan Jun akan menyoal dimana keberadaan Jeongyeon serta Sana.
Sebab itulah Twice sudah merangka sehabis baik jawapan yang hendak diberikan nanti sebelum pulang ke rumah ini.
Kalaulah Mingyu tahu perkara yang sebenar tentang Jeongyeon, pasti air mata berharga lelaki itu akan mengalir pada malam ini.
Kalaulah Jun mendapat tahu yang Sana diculik, pasti lelaki itu mengasak mereka untuk mengetahui lokasi keberadaan Sana.
Mereka tidak sanggup untuk menipu dua orang lelaki itu. Tetapi, ini adalah arahan Jihyo dan sebuah permintaan Sana.
Bahu Dahyun terangkat apabila ada sentuhan lembut pada wajahnya.
"Vernon?"
Vernon tersenyum nipis lalu menyeka air mata Dahyun. "Hati aku terasa sakit tengok air mata kau mengalir tanpa sebab."
"Aku tak kuat." Dahyun menepuk dadanya berulang kali.
"Aku takut, Vernon." Gadis itu menekup muka dengan kedua-dua tangannya.
Wajahnya yang tadi putih melepak kini bertukar merah-kemerahan.
Twice pun turut merasakan apa yang Dahyun alami sekarang. Nampak sahaja Spy pekerjaan yang kolot dimata orang.
Tetapi, orang lain tak tahu yang Spy ni memerlukan hati yang kuat, jiwa yang kental untuk melalui semua cabaran ini.
"Korang pergilah masuk bilik. Tenangkan fikiran." Seungcheol bersuara.
Jihyo mengangguk kecil. "Kitorang masuk bilik dulu."
Dan
Seventeen hanya menghantar pemergian Twice dengan ekoran mata.
***
Sana mengambil angin malam di balkoni. Menikmati udara segar serta pemandangan yang dihiasi dengan lampu-lampu malam dan cahaya yang datang dari lampu kereta.
Walaupun hari sudahpun larut malam, masih banyak kereta yang berlegar-legar di atas jalan raya.
"Jun, agak-agak kau rindu aku tak?" Sana tergelak kecil.
Bunyi cengkerik menghiasi ruang.
"Aku rindu kau, rindukan kenangan kita." Wajahnya berubah sayu.
"Aku selamat Jun, aku ingatkan hidup aku bakal berakhir dan aku ingatkan aku akan mati tanpa wajah kau disisi."
Sana mendongak ke langit. Terpampang satu bulan purnama di kornea matanya.
"Kau tengah buat apa sekarang?"
"Aku juga rindukan kau Minatozaki Sana." Jun pun turut memandang bulan.
Entah kenapa hatinya sering berasa kurang enak. Dia berasa kurang senang kalau wajah Sana sehari dua ni langsung tak muncul dihadapannya.
Seolah-olah ada satu malapetaka yang terjadi pada gadis comel itu.
"Aku berharap kau baik-baik sahaja." Ujar Jun sebelum menutup tirai langsir.
YOU ARE READING
[C] Spy Svtwice
FanfictionEgo? Jangan bawa bincang perkataan tersebut dalam urusan mereka. This is work, please be a professional worker as you can! start published; 04122019 end published; 13012020 [WARNING] ⚠️ NOVEL INI TIDAK MENGANDUNGI UNSUR-UNSUR...