-9

465 51 4
                                    

"Yeoboseyo?"

"Hello?"

Masih sepi tanpa sahutan!

Jeongyeon memandang semula ke arah skrin telefon. Talian masih dihidupkan tetapi tiada sahutan mahupun suara yang berbunyi.

"Yeobose--"

"Hai eonnie?"

Jihyo yang berada di sebelah Jeongyeon mula terdiam. Masing-masing memandang antara satu sama lain.

"Hai Lisa, lama tak jumpa." Balas Jeongyeon juga, dia tersenyum herot mengenangkan si 'adik' yang dia pernah sayang ketika dahulu.

Lisa tergelak sinis."Kan? Lama betul kita tak jumpa. Lebih kurang setahun lebih jugak."

"Tak sangka pengecut macam kau boleh muncul lagi. Ingatkan dah ikut Bambam balik Thailand, kau dah lupakan Mingyu." Kening kanan dijongketkan sedikit.

Nak main dengan api, jangan cari minyak.

Takut-takut diri sendiri yang akan makan balik kata-kata.

Tch, Lalisa Manoban? Senang nak jatuhkan perempuan tu. Cari titik kelemahan, terus jatuh kecundang  sujud ke tapak kaki dia.

"Kau memang nak mati awal ke Yoo Jeongyeon?" Lisa menyoal geram di hujung talian.

Panggilan sudah bertukar kepada kau-aku. Lisa betul-betul berang, gadis itu nekad mahu membunuh Jeongyeon yang dari dulu lagi menjadi pesaingannya.

Tak sangka, Mingyu pula yang jadi cagaran kenapa mereka berdua bermusuhan sekali lagi.

Kalau dulu, Bambam puncanya!

"Kalau kau berani nak bunuh aku, muncul depan-depan. Kita settle secara gentle, tak mainlah anak didik YG main sorok-sorok."

"Opps, bekas anak didik YG, tersasul pulak. YG mana nak dah dekat orang gila macam kau."

Sambung Jeongyeon lagi. Sengaja gadis itu menyemarakkan lagi amarah Lisa yang sudah berada di penghujung.

Budak mentah macam Lisa, main dengan ayat sikit pun dah goyah. Apatah lagi kalau jumpa depan-depan.

Kesian betul!

Tet tet tet.

Panggilan yang dibuat oleh Lisa pada mulanya telah diputuskan secara tiba-tiba.

Jeongyeon tersengih kemenangan. Dia meletakkan telefonnya di atas meja makan.

"Kau memang gila, budak tu dah lah gila. Yang kau terikut-ikutkan gila dia tu dah kenapa?" Momo mengambil tempat di sebelah Jihyo.

"Aku taknak dia nampak kelemahan aku." Jeongyeon menjawab perlahan.

"Masalahnya sekarang, kelemahan kau ialah Kim Mingyu." Tebak Momo seakan tahu.

Jeongyeon tidak menunjukkan reaksi yang terkejut. Dia tahu, lambat-laung Twice akan tahu perasaan dia terhadap Mingyu.

Ya, dia sukakan Kim Mingyu.

Dusta semuanya yang mengatakan dia bencikan lelaki. Dia gadis yang lemah, mudah goyah dengan jantina bernama lelaki.

Tipulah kalau Jeongyeon tak cair dengan rupa kacak Mingyu. Tak cair dengan layanan manis Mingyu.

Tak cair dengan senyuman lebar Mingyu, dan tak cair ketika Mingyu cuba dan terus mencuba ingin bercakap dengannya.

Jeongyeon nampak dengan jelas yang seorang lelaki bernama Kim Mingyu teramatlah gigih untuk mendekatinya.

Jadi, dengan sekelip mata--hatinya tertarik dengan Mingyu.

"Kalau aku mati, tolong jagakan Mingyu untuk aku." Pesan Jeongyeon bersama senyuman yang rintih.

Entah kenapa, sejak dua menjak dia bermimpikan satu kemalangan yang dahsyat berlaku kepadanya.

Kerap kali juga kemalangan itu menghantui lenanya. Seolah-olah kemalangan tersebut memang betul-betul akan terjadi ke atas dirinya suatu hari nanti.

Yang akan meragut nyawanya!

"Eonnie merepek apa ni?" Marah Jihyo.

"Eonnie yang nakkan Mingyu, eonnie jerlah yang jaga, kenapa suruh kitorang pulak?" Hatinya sebak mendadak.

"Aku--" Jeongyeon mati kata tatkala Jihyo memeluknya erat bersama linangan air mata.

'Aku tetap akan pergi, tinggalkan Twice dan Seventeen suatu hari nanti.'

***

"TAK GUNA KAU YOO JEONGYEON!" Tempik Lisa nyaring.

Telefonnya yang hancur berderai dibiarkan tersadai elok di atas lantai. Dia duduk memeluk lutut di bucu bilik.

Kaca-kaca cermin yang pecah bertaburan, dia hanya memandang sepi.

Lisa menarik rambutnya kuat. Dirinya sekarang terlihat sangat serabai dan tidak terurus.

Bam ~

Bam ~

Bam ~

Bunyi ketukan pintu yang bertalu-talu membuatkan amarah Lisa mencanak naik. Dia hanya mahu menyendiri.

Tanpa gangguan ataupun sebarang bunyian!

"Lisa, bukak pintu ni Lisa." Laung Jisoo yang risau dengan keadaan sepupunya.

"Pergi, jangan ganggu aku lah sundal." Teriak Lisa menghalau.

"Eonnie takkan pergi kalau Lisa tak bukak pintu." Enggan Jisoo tidak mahu mengalah.

"Pergi jerlah bodoh, yang kau nak melalak depan bilik aku ni dah kenapa?"

"Eonnie--"

"PERGI!!"

[C] Spy SvtwiceTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang