"Explain."
Jeongyeon mengetap bibir, gadis itu menundukkan kepalanya ke bawah.
Tidak berani hendak bertentang mata dengan Mingyu yang sedari tadi merenungnya. Dia mengeluh sendiri.
Sambil-sambil itu kakinya perlahan-lahan menguis pasir halus di pantai. "Apa yang aku cakapkan tadi, semuanya betul."
"Noona suka saya?" Soal Mingyu yang seakan terkejut. Dalam masa yang sama, dia suka akan luahan gadis itu.
"Aku--" Jeongyeon terkelu kata-kata, dia tidak pasti sama ada dia perlu meneruskan apa yang dipendam selama ini atau dia patut lupakan sahaja.
"Aku tak tahu."
"Noona--"
"Aku takut aku akan tinggalkan kau suatu hari nanti tanpa khabar berita." Hiba Jeongyeon.
Mingyu tersenyum nipis. Dia memegang kedua-dua bahu Jeongyeon lalu memusingkan badan gadis itu menghadapnya.
Tangannya mengusap lembut pipi mulus Jeongyeon. Hatinya rutun mendengarkan ayat Jeongyeon.
Entah kenapa Mingyu merasakan yang Jeongyeon betul-betul akan tinggalkan dia dalam keadaan yang terkebil-kebil.
Meninggalkan dia bersama kenangan yang terindah. Kenangan yang akan menjadi pengubat rindu jikalau dia terkenangkan Jeongyeon.
"Walau apapun yang terjadi, saya nak noona tahu yang saya betul-betul cintakan noona. Saya sayangkan noona sepenuh hati saya." Senyum Mingyu.
Jeongyeon membalas senyuman Mingyu, dapat dia lihat air mata jernih daripada lelaki itu membasahi pipi.
Tulusnya cinta seorang lelaki dihadapannya yang selama ini dia menganggap sebagai budak kecik yang tidak tahu apa-apa.
"Tolong ingat satu perkara--
Suasana hening seketika, Jeongyeon menyeka air mata Mingyu dengan senyuman manis.
Terus gadis itu memeluk tubuh kaku Mingyu dengan erat. "Aku pun cintakan kau."
Akhirnya, beban yang selama ini dia simpan sudahpun diungkap kepada Mingyu. Jiwanya terasa tenang.
Tetapi hatinya berasa gusar.
Gusar kerana dia tiba-tiba ternampak kelibat Lisa di sebalik pokok kelapa di hujung sana.
"Terima kasih noona."
***
"Wonu, kau saja kan tunjuk sikap dingin kau dekat aku. Kau saja nak suruh orang perasan yang kita sekarang tengah bergaduh." Sembur Mina kepada Wonwoo yang beriak biasa.
Mina geram, dia tersangatlah jengkel dengan Wonwoo yang tiada angin ribut, tiba-tiba nak membencikannya termasuk Twice hanya kerana 'spy'.
Benda boleh bincang, tak payahlah nak berlagak diri tu macam tahu semuanya.
"Dah memang betul kan yang kita tengah bergaduh?" Wonwoo memegang palang besi balkoni.
Mina memandang Wonwoo yang seakan menikmati angin pantai. Ingin sahaja dia mengacukan pistol pada dahi Wonwoo.
Biar berkecai habis semua otak milik lelaki itu di atas lantai.
Baru lelaki itu tahu yang Mina bukan seperti perempuan cengeng dan mempunyai sekeping hati tisu seperti gadis-gadis di luar sana.
Dia, anak didik JYP tak akan mengalah dengan sesuatu benda. Malah, perkataan mengalah tidak pernah ada dalam kamus hidupnya.
"Kau berhenti kerja bodoh kau, baru masalah kita selesai." Santai Wonwoo berbicara.
Mina mengetap bibir, dia menyabarkan hati yang terasa panas. Tangan yang dikepal sedari tadi terasa ringan untuk dilayangkan pada muka kerek Wonwoo.
"Aku tak kisah kau nak kata pekerjaan aku bodoh ke apa ke. Tapi, aku akan pastikan yang kau akan berterima kasih dekat kami bersembilan hanya kerana satu peristiwa yang bakal terjadi."
Mina membongkokkan badan seusai berkata. Gadis itu meninggalkan Wonwoo dengan perasaan yang sebal.
Sebal kerana lelaki itu acap kali menggunakan perkataan bodoh untuk spy yang selama ini menjadi sumber rezeki dia hidup.
YOU ARE READING
[C] Spy Svtwice
FanfictionEgo? Jangan bawa bincang perkataan tersebut dalam urusan mereka. This is work, please be a professional worker as you can! start published; 04122019 end published; 13012020 [WARNING] ⚠️ NOVEL INI TIDAK MENGANDUNGI UNSUR-UNSUR...