VOTE ❤️
Beep
Beep
Jeongyeon menghidupkan telefonnya yang berbunyi menandakan ada beberapa mesej masuk.
Kau nak Sana, datang jumpa aku SEORANG DIRI di bangunan lama YG dekat Busan!
-CEWMatanya terus terbuntang luas. Patutlah sejak dari tadi lagi, dia tidak mendengar suara dan gelakan manja Sana.
Macam mana dia tidak teringatkan gadis itu. Macam mana yang mereka semua boleh alpa tentang ketiadaan salah seorang daripada Teamwork Twice?
"Kemas semua, kita balik Seoul." Tegas Jeongyeon mengarah.
"Wae?" Nayeon terpinga-pinga.
"Sana kena culik." Gadis itu menunjukkan mesej tersebut pada yang lain.
Masing-masing tercengang dan mula menyalahkan diri atas keculikan Sana si penceria kumpulannya. Lagi-lagi Jihyo kerana dia merupakan seorang ketua dalam Teamwork Twice.
"Semuanya salah aku." Jihyo menekup muka. Kesal rasanya dia tidak peka dengan bilangan Twice.
"Eonnie." Lirih Chaeyoung lalu memeluk Jihyo dari tepi. "Kita sama-sama cari Sana eonnie, nae?"
"Aku takut Sana eonnie diapa-apakan."
"Dia tak apa-apa, percaya cakap Chaeng."
Jeongyeon hanya memerhati sahaja. Walaupun dia merupakan seorang ahli yang dingin, tetapi hatinya tetap takut akan kehilangan salah seorang daripada mereka.
Twice ibarat satu keluarga yang ceria. Twice ibarat adik beradik yang dia perlu lindungi dari anasir jahat.
Cepat-cepat dia mengusap air mata dari dilihat orang. Dia tersenyum nipis lalu meneruskan lipatan baju-bajunya.
Hari kedua di Jeju-do, tetap tak dapat dia nak merasai perasaan bercuti. Tak boleh untuk menenangkan diri.
Kerana musuh ada di mana-mana. Kerana spy ialah satu pekerjaan yang tak akan pernah selesai jika rancangan atau plan tidak kuat.
Ataupun musuh-musuh yang diingini tersebut belum ditangkap dan dilokap, selagi itulah hidup spy akan berada dalam kelilingin orang-orang jahat.
***
"Korang nak pergi mana?" Soal Seokmin hairan.
Seventeen memandang Twice bersama bagasi di sisi mereka. Dahyun menghampiri Puan Boo lalu mendakapnya sebagai tanda berterima kasih.
"Kitorang balik dulu, ada kerja sikit." Momo membalas pertanyaan.
"Sana-san mana?" Jun pula mengambil alih, dia cuba memanjangkan leher takut-takut Sana berada dibelakang mereka.
"Er Sana--"
"Dia dah balik dulu, dalam pukul 11 pagi tadi." Tzuyu menjawab laju setelah Nayeon kelihatan terpinga-pinga mencari jawapan.
Jun mengangguk kecil lalu meneruskan aktivitinya yang tadi menonton televisyen.
Wonwoo memincingkan mata melihat aksi kekok Twice. Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena.
Mana mungkin Sana akan pergi dulu. Walaupun dia tidak sukakan Twice, tapi dia tahu yang mereka kalau apa-apa terjadi, mereka tetap akan bersama.
Melainkan ada sesuatu buruk yang menimpa Sana. Ya, dia pasti ada sesuatu yang tak kena dekat diorang!
Bts pula menyepikan diri, tidak mahu masuk campur barangkali memandangkan mereka tidak begitu rapat dengan Twice.
Mereka kenal antara satu sama lain pun kerana Jeongyeon pernah bercinta dengan Jimin.
"Terima kasih omma abeoji." Mereka berlapan membongkokkan sedikit badan tanda menghormati mereka sebagai orang tua.
"Jaga diri nae?"
Jihyo mengangguk lalu tersenyum paksa.
"Jeongyeon noona." Mingyu tiba-tiba menghampiri Jeongyeon.
"Dah sampai Seoul beritahu saya. Jaga diri" Badan Jeongyeon dipeluk erat. Jimin mengalihkan pandangan ke arah lain.
Dia tidak mahu melihat aksi romantis dari bekas kekasihnya itu bersama orang baru dan bukan dirinya. Silapnya juga kerana buta akan keikhlasan Jeongyeon dahulu.
"Apa-apa hal, chat aku. Call aku tau?" Terasa berat ingin melepaskan Mingyu.
Jeongyeon menatap sayang ke dalam mata Mingyu, perlahan-lahan dia menggosok kepala Mingyu dengan lembut.
Dia betul-betul sayangkan lelaki itu. Dan betul-betul cintakan seorang lelaki bernama Kim Mingyu.
Saranghae, my kiddo!
Sorry, sebab lambat Update, aku bila dah masuk alam SPM ni, cikgu terus mendesak suruh fokus dekat subjek itu ini.
Nak-nak aku ni headgirl dengan pelajar target, memang tak sempat nak update semua cerita.
Thanks bagi yang masih simpan FF ni dekat library korang, aku appreciate sangat-sangat.
Oh ya, aku rasa FF ni sampai 20 chapter maybe, sebab aku banyak FF yang belum update langsung and its all about twice, svt and also bts.
Keep it up, myBabies 💗
YOU ARE READING
[C] Spy Svtwice
FanfictionEgo? Jangan bawa bincang perkataan tersebut dalam urusan mereka. This is work, please be a professional worker as you can! start published; 04122019 end published; 13012020 [WARNING] ⚠️ NOVEL INI TIDAK MENGANDUNGI UNSUR-UNSUR...