Seseorang menepuk bahu Jun dari arah belakang. Jun yang sedang mendengar alunan muzik oleh sekumpulan penyanyi jalanan mula tersentak apabila dia merasakan muncung tajam pisau pada perutnya.
Jun kaget, dia tidak dapat melihat dengan jelas siapa pelakunya kerana pelaku tersebut memakai topi dan topeng mulut berwarna hitam.
"Ikut aku." Jun akur, dia mengikuti jejak langkah penjahat itu sampai ke bangunan belakang yang sudah usang.
Disitu banyak tikus yang berkeliaran, sampah sarap yang bertaburan keluar dari tong sampah. Bauan hanyir bangkai pula sudah menusuk masuk kedalam rongga hidungnya.
"Kau nak apa dari aku?" Soal Jun setelah penjahat itu menjauhkan pisaunya.
"Oppa tak kenal saya dah ke?" Soal penjahat dengan suara yang dibuat-buat sayu.
Jun mengerutkan kening. Dalam fikirannya mula mencerna balik suara perempuan itu. Yang dia kenal hanyalah Kyulkyung, Sana dan juga--
"Lisa?" Membulat mata Jun menyebut nama yang sudah dihapus dalam kenangan Seventeen.
"Pandai." Girang Lisa memuji. Gadis itu membuka topi dan topeng mulut.
Lalu terurailah rambut panjangnya yang berwarna blonde paras pinggang. Dia menghadiahkan senyuman yang agak seram untuk Jun.
"Bila kau balik?"
"Erm oppa rasa?" Sengaja Lisa menarik tali, dia mengusap perlahan-lahan dada bidang Jun.
"Kau kenapa muncul balik dalam hidup kitorang? Kau punca segala-galanya, kau tak malu ke Lisa?"
Lisa sudah mencebik-cebik ingin menangis. Dia tidak suka ditengking malah, Jun tak pernah-pernah langsung meninggikan suara pada dia.
"Lisa balik Korea sebab nak ajak Mingyu kahwin. Lisa masih cintakan Mingyu." Sedih Lisa, dia memandang ke dalam mata Jun dengan riak yang kesian.
Jun mengalihkan pandangan. Dia tak boleh mengalah dengan wajah cantik Lisa. Bahkan juga Lisa merupakan gadis yang pernah rapat dengannya ketika dahulu.
Jadi, Lisa pasti akan guna kelemahan untuk pujuk hati dia. "Lisa minta maaf."
"Pergi balik Thailand lah Lisa, kau tak layak duduk sini."
Ayat Jun yang dilontarkan kepadanya telah membuatkan Lisa berang. "No, Lisa takkan balik Thailand sebelum Lisa kahwin dengan Mingyu.
Lisa akan pastikan Mingyu terima semula cinta Lisa. Sebab Lisa tahu Mingyu masih cintakan Lisa.
Lisa tak gilakan oppa?"
"Lisa--" Jun terkelu. Dia tidak tahu untuk memberi balasan apa.
Yang dia tahu, sekarang ini bila-bila masa sahaja Lisa akan menikam dia dengan pisau memandangkan emosi Lisa tengah tidak stabil.
"Oppa nak mati ke?" Soal Lisa mula agresif. Gadis itu memusingkan pisau berulang kali.
Jun gugup. "Letak pisau tu Lisa."
"No, melainkan oppa tolong Lisa untuk dapatkan Mingyu, baru Lisa buang pisau ni." Cadang Lisa.
"Aku tak boleh, sebab Mingyu jatuh cinta dekat orang lain-- ark."
Jun rebah, darah yang membuak-buak keluar dari perutnya telah membuatkan dirinya sukar untuk bernafas.
Lisa duduk mencangkung lalu memandang Jun tanpa perasaan. Dia mencabut pisau yang terlekat pada perut Jun dengan kuat.
"Arghhh." Raung Jun.
"Kau nak cakap Jeongyeon lah pengganti aku? Hah!!" Amuk Lisa benci, dia bingkas berdiri.
"Kalau aku tak dapat Mingyu, perempuan lain pun takdapat Mingyu. Aku akan seksa perempuan yang cuba nak rampas hak aku sepertimana yang aku telah buat dekat Eunha dulu."
Lisa menyepak badan Jun dengan senyuman yang sinis. "Kesian oppa. Tulah siapa suruh taknak dengar cakap Lisa. Kan dah kena."
"Woi." Lisa memandang suara yang datang mengganggu urusannya dengan Jun.
"Tch. Nanti kita jumpa lagi eh oppa? Nampaknya ada orang nak selamatkan oppa tu." Lisa mula menapak pergi setelah meninggalkan pesan kepada Jun.
Urat-urat yang timbul pada leher Jun telah membuktikan yang dia tengah menghadapi kesakitan.
Dadanya berombak kencang mencari nafas dan udara yang sesuai. Jun merasakan dirinya semakin dekat dengan maut.
Dia menekup perutnya dengan kuat agar darah tidak keluar dengan banyak walaupun dia tengah menanggung kesakitan.
"Jun." Sana yang baru datang terus jatuh terduduk. Dia menangis teresak-esak.
Gadis itu memangku kepala Jun diatas ribanya. Air mata Sana yang berguguran jatuh telah Jun usap dengan sedaya upaya.
Habis comot muka cantik Sana dengan darah. "Maafkan aku Jun sebab tak dapat nak lindungi kau."
"Maafkan aku sebab datang lambat." Esak Sana.
"Tolong bertahan." Jun tersenyum nipis, matanya semakin lama semakin memberat memandang Sana.
"Tolong jangan tutup mata, bukak Jun. Jangan tutup." Sana meraung, dia menggoncangkan badan Jun berulang kali.
Sayu hatinya melihat keadaan Jun yang bermandikan darah. Dia tak akan maafkan dirinya kalau apa-apa yang terjadi pada Jun.
Dia bodoh sebab tak lakukan kerja dengan baik. Dia bodoh sebab tak peka dengan kehilangan Jun.
Dan dia bodoh sebab dia yang mengajak Jun untuk bersiar-siar di taman. Maafkan Sana, Moon Junhui!
YOU ARE READING
[C] Spy Svtwice
FanfictionEgo? Jangan bawa bincang perkataan tersebut dalam urusan mereka. This is work, please be a professional worker as you can! start published; 04122019 end published; 13012020 [WARNING] ⚠️ NOVEL INI TIDAK MENGANDUNGI UNSUR-UNSUR...