"Noona."
Perlahan-lahan Jeongyeon membuka mata, dilihat gerangan Mingyu sedang tersenyum nipis ke arahnya.
Dapat dia lihat si kekasih hati sedang menahan kesakitan di kepala. Darah yang kering pada sekitar muka Mingyu tidak mampu menghalang rupa kacaknya yang sebenar.
Jeongyeon dihimpit rasa sayu. Kalau boleh, sekarang ini juga dia memeluk Mingyu; mencium luka pada dahi lelaki itu.
Sayangnya Jeongyeon pada Mingyu tidak mampu dia ungkapkan melalui mulut. Betapa beratnya ujian yang dihadapi mereka.
Oh Tuhan, tolonglah kami!
"Mingyu, saranghae." Luah Jeongyeon tiba-tiba.
Hati Mingyu berbunga-bunga, walaupun mereka berdua berada dalam keadaan yang telah diikat pada kerusi, namun, cinta dalam dada mereka begitu kuat.
Sungguh, peritnya hati Jeongyeon untuk meninggalkan Mingyu yang naif ini.
"Nado, my noona." Balas Mingyu hampir menangis.
Suaranya perlahan menuturkan perkataan 'nado'. Tekaknya perit usah dikata, sungguh tega si pelaku yang menculiknya.
"Andai suatu hari aku pergi tinggalkan kau, janji dengan aku. Bercintalah dengan perempuan yang jauh lebih baik."
"Tolong lupakan aku." Runtunnya jiwa Jeongyeon setelah menuturkannya.
Dia takut kalau-kalau Mingyu terseksa apabila mengingatkan dia yang sudah pergi jauh.
Jeongyeon tak mahu menyeksa hati nurani lelaki itu, cukuplah tiga insan termasuk dia melukakan perasaan Mingyu.
"Noona, Mingyu--"
"Wah-wah, seronok nampak berbual. Kenapa tak ajak Lisa?" Cebik si watak antagonis yang tiba-tiba memunculkan diri.
"Hai sayang." Lisa mencuit pipi Mingyu.
"Tch."
Lisa mengangkat bahu. Tanda tak kisah dengan perlakuan Mingyu yang baru sahaja mendecit kepadanya.
Dia kisah apa, janji kehendaknya tercapai, hatinya puas!
"Kalau peluru pistol ni masuk dalam kepala noona kesayangan Mingyu, agak-agak Mingyu terima tak lamaran Lisa?"
"Stop it, girl. You hurting my girlfriend's mental." Mingyu ketap gigi.
"Oh wow, you said what future husband? My girlfriend?"
Jeongyeon mendiamkan diri, pistol yang dipegang Lisa sekarang ini bila-bila masa peluru didalam mungkin keluar menembusi otaknya.
Jadi, dia tidak mahu melawan Lisa yang sedang agresif kerana pertuturan Mingyu tadi.
"Aku tak kenal kau siapa. Tolong, lepaskan kami berdua." Rayu Mingyu.
"Boleh."
"Tapi." Meleret Lisa menyebut satu persatu patah perkataan.
"Lisa geram nak tusuk pisau ni dalam peha Jeongyeon eonnie, boleh kan?"
Mata Jeongyeon membuntang luas seraya Lisa mengeluarkan pisau tumpul di belakangnya.
"Kau gil-- ark."
Aduh Jeongyeon. Tidak sempat gadis itu mahu menghabiskan ayat, Lisa dengan psycho-nya membenamkan pisau ke dalam peha musuh.
Mingyu terkejut, dia takut untuk melihat Jeongyeon yang berada dalam kesakitan. Hati lelakinya meronta-ronta mahu menyelamatkan Jeongyeon.
Bam
Bunyi peluru pistol menghiasi ruang yang sunyi, Lisa meludah liur ke sisi.
Dibuka ikatan Jeongyeon dan Mingyu.
Sebagai langkah berjaga-jaga, dia mengheret tubuh Mingyu dari Jeongyeon yang sedang separa sedar.
Lisa tahu yang sekarang ini Jeongyeon tiada kekuatan untuk melawannya malah, darah yang membuak-buak keluar dari peha gadis itu, telah Lisa yakin yang Jeongyeon sukar untuk bergerak.
"Long time no see, my unnies." Sinis Lisa menyapa, dia meletak muncung pistol pada sisi kepala Mingyu.
Walapun perbezaan Mingyu dan Lisa amat ketara, itu tetap tidak mematahkan semangat Lisa untuk meneruskan kerja jahatnya.
"Well, adik yang disanjung YG, tak sangka kita berjumpa dalam keadaan yang macam ni." Nayeon mengujar bersahaja.
Momo mengerling sekilas kelibat Jeongyeon, dia mengepal penumbuk; geram.
"Kalau kau hebat sangat, aku dan kau; satu lawan satu. Amacam?" Chaeyoung tawar-menawar.
Lisa menjongket kening kanan, terasa tercabar apabila bekas sahabat karibnya tengah mengadakan perlawanan.
Dia menolak Mingyu lalu melangkah maju dengan dada yang tinggi.
Pistol diletak di atas lantai, masing-masing menghadap antara satu sama lain.
"Too late."
Salah seorang daripada mereka tersenyum sinis lalu....
Bam
Terus Chaeyoung menyepak wajah cantik Lisa dengan sekuat hati. Tzuyu mengunci kedua-dua tangan Lisa ke atas.
Terpelanting pistol revolver-16 menyembah jatuh ke atas lantai yang bersepah dengan plastik perabot.
Jihyo jatuh terduduk, otak Mingyu mula menyalahkan diri atas apa yang berlaku.
Mina yang baru sahaja sampai bersama Seventeen kian membungkam melihat sekujur tubuh yang terkulai sedang diriba Mingyu.
"Eonnie." Raung Mina.
Polis yang datang berpusu-pusu pula sudah memberkas Lisa yang menunjukkan riaksi tidak bersalah.
"Jeong, wake up please. Jangan tinggalkan aku." Nayeon menggoncang tubuh Jeongyeon yang nafasnya tidak teratur.
"Ssakit."
"Tahan sayang. Demi kitorang." Pilu Mingyu, dia mengusap lembut air mata si kekasih.
Jeongyeon menggeleng lemah lalu menghadiahkan senyuman yang paling manis kepada orang-orang disitu. "I will miss you."
Maka, berakhirlah sebuah cerita yang dicipta oleh seorang gadis bernama Yoo Jeongyeon.
"Pergilah sayang, damai di atas sana."
Setitik demi setitik mutiara jernih milik seorang lelaki membasahi wajah Jeongyeon.
"I will miss you too, my noona."
Itulah pelukan hangat terakhir yang dihadiahkan Mingyu buat wanita tersayang.
Perginya seorang wanita yang berharga, tak akan sama sepuluh wanita lain yang datang mengisi ruang di hati.
Terima kasih, Yoo Jeongyeon 💗
YOU ARE READING
[C] Spy Svtwice
FanfictionEgo? Jangan bawa bincang perkataan tersebut dalam urusan mereka. This is work, please be a professional worker as you can! start published; 04122019 end published; 13012020 [WARNING] ⚠️ NOVEL INI TIDAK MENGANDUNGI UNSUR-UNSUR...