-8

541 55 5
                                    

"Noona nak pergi mana?" Mingyu memandang Jeongyeon yang berpakaian santai di ambang pintu utama.

"Aku nak pergi kedai runcit kejap, beli topap." Jawab Jeongyeon, dia juga memandang Mingyu yang tengah baring di sofa.

Ahli Twice dan Seventeen yang lain sudah terbongkang dalam bilik sebab penat karaoke.

Pagi sampai ke petang duk layan dangdut, itu semua pengaruh Seokmin lah nyanyi lagu Mas Idayu yang senggol-senggolan cubit-cubitan.

Habis semua pakat gelek-gelek bontot depan monitor, budu punya roommate! Tercemar monitor televisyen yang Mingyu tengok drama sekarang.

"Tak boleh pergi esok ke? Hari dah malamlah noona, bahaya." Mingyu menghampiri Jeongyeon.

Dipegang bahu gadis itu dengan wajah yang risau. Ketinggian Mingyu yang terlampau tinggi itu membuatkan Jeongyeon mendongak sedikit.

Dia tersenyum. "Aku boleh jaga diri aku. Kau takpayah nak risaukan aku." Jeongyeon melepaskan pegangan Mingyu.

"Saya ikut noona."

"Eh takpayahlah." Tegas Jeongyeon.

"No, saya ikut. Saya risau keselamatan noona." Sekali lagi Mingyu bersuara, dia membuka pintu lalu keluar.

Jeongyeon mengeluh sendiri. "Kau tempah bala ke Kim Mingyu?"

Dia akhirnya keluar dari rumah itu jua setelah beberapa minit berperang dengan perasaan sendiri.

***

"Topap maxis 10 ringgit."

Jeongyeon menghulurkan wang setelah penjual GOTSEBEN-E tu menghulurkan resit topap. Dan tidak lupa juga sebuah kenyitan mata yang diberikan untuk Jeongyeon.

"Ehem." Mingyu berdehem disebelah Jeongyeon, panas hatinya tetiba.

Tibai kang baru tahu, "Awek gua tu bro."

"Oh maaf-maaf." Penjual GOTSEBEN-E menundukkan badannya berulang kali, meminta maaf kerana cuba mengorat awek yang sudah ada teman lelaki.

Melepas lagi!

Jeongyeon dan Mingyu duduk di kerusi luar kedai, menikmati ramen gochujang dan air gas.

Suasana pada malam itu sungguh damai bersama deruan angin malam yang sejuk. Taman perumahan itu pula sunyi sepi tanpa kenderaan yang lalu.

"Noona kerja apa?" Mingyu memulakan bicara.

Terus Jeongyeon tersedak kuah ramen. Soalan maut yang diberikan oleh Mingyu membuatkan dia berasa cemas.

Lagikan pula, dia nak beri jawapan apa pada si Mingyu? Takkanlah nak cakap yang dia sekarang diamanahkan oleh appa-appa Seventeen untuk jaga diorang?

Memang taklah, itu maksudnya dia menempah keranda dengan JYP sunbaenim.

"Aku tak kerja, goyang kaki." Selamba Jeongyeon menjawab lalu meminum air gas untuk melegakan tekak yang perit.

"Oh kenapa tak kerja?"

"Erm boleh tak kalau tak bercakap pasal aku? Aku bukan nak kurang ajar tapi aku tak selesa." Jeongyeon cuba menutup topik.

Dia tak selesa malah dia bukannya peramah sangat. Entah Mingyu ni dah mereng ke apa, dah jelas-jelaskan yang Jeongyeon tak suka bercakap dengan dia.

"Maaf eh?"

Mingyu hanya mengangguk kecil, salah dia jugak nak tahu pasal perempuan misteri di tepinya sekarang. Terlalu misteri sampaikan orang dalam rumah tu nak tegur pun takut-takut.

"Eh jomlah, dah pukul 11 malam dah ni, kau mesti kena masuk awal kerja kan?"

"Haah, esok saya ada meeting dengan appa, nasib baik noona ingatkan. Kalau tak, kita tidur sinilah jawabnya." Mingyu senyum cuba bergurau.

Mereka berdua berjalan beriringan meninggalkan perkarangan GOTSEBEN-E. Perjalanan untuk menuju kerumah mereka mengambil masa 15 minit sahaja.

Jadi, mereka mengambil keputusan nak jalan kaki jer. Malas nak naik motor walaupun Mingyu ada pelawa tadi.

Jeongyeon mengerutkan dahi. Secara tak sengaja dia tiba-tiba berhenti daripada berjalan, begitu juga Mingyu yang tampak sedikit hairan.

"Kenapa?" Mingyu bertanya.

"Ahh tak ada apa-apalah, aku letih nak jalan. Itu yang berhenti sekejap." Janggal Jeongyeon membalas sambil menggaru kepala.

Terus lelaki itu membongkokkan sedikit badan dihadapan Jeongyeon tanpa banyak soal. "Naiklah."

"Eh takpe-takpe, aku beratlah." Muka Jeongyeon memerah. Dengan si dia tu dulu pun takde nak lebih-lebih macam ni.

"Naiklah, saya ok." Berkeras jejaka itu memujuk untuk Jeongyeon naik ke atas badannya.

Gadis itu mengeluh lembut lantas dia naik ke atas badan Mingyu, gadis itu melingkarkan tangan pada leher Mingyu dan melentokkan kepala di sebelah bahu kanan Mingyu.

(Tak faham, kau keling!)

Dalam diam Mingyu tersenyum nipis, dia tidak pernah melakukan hal sebegini dekat perempuan lain walaupun dulu dia pernah terbukakan hatinya pada Jung Eunha.

Mingyu memegang erat kedua-dua peha Jeongyeon agar tidak gadis itu tidak terjatuh. Lantas dia berjalan perlahan-lahan untuk menikmati suasana yang agak romantik itu baginya.

"Aku berat." Ujar Jeongyeon, deruan nafas daripada hidungnya telah membuatkan Mingyu sedikit geli.

"Mana adalah."

"Kalau noona berat, dah lama saya tak boleh jalan macam sekarang."

"Hish suka hati kau lah. Aku cakap bukannya nak dengar."

Seketika Jeongyeon termenung, dia yakin yang dia ada nampak seorang kelibat di sudut bangunan tadi.

Dan dia juga yakin yang dia nampak dengan jelas muka orang yang mengintip Seventeen selama ni.

Tak guna, kau dah berani tunjukkan muka kau depan aku.

Aku akan pastikan kau dapat balasan disebabkan kau dah buat onar dengan anak klien aku.

Kau tunggulah Lalisa Manoban, penjara atau mati.

Hanya dua pilihan tu yang layak untuk kau, addios!

[C] Spy SvtwiceWhere stories live. Discover now