Mingyu merebahkan badannya ke atas katil. Lenguh dipinggang dibetulkan sedikit.
Dia memandang Chan disebelah yang sudah tidur nyenyak. Mereka semua baru sampai beberapa minit yang lalu.
Perjalanan dari Seoul untuk menuju ke Jeju-do hanya mengambil masa dua jam sahaja. Walaupun perjalanan itu singkat, tetap Mingyu berasa letih.
Jejaka itu mengeluarkan telefonnya dari poket seluar. Aplikasi Instagram ditekan lalu dia menaip nama @jeongyeon.yoo
Sebenarnya, dah lama Mingyu ingin meng-stalk akaun instagram Jeongyeon, tetapi waktu lapangnya sentiasa tidak ada.
Ini pun nasib baik dia mintak username dengan Dahyun. Kalau dia mintak secara depan-depan dengan Jeongyeon, adanya mahu dijeling tajam nanti.
Satu persatu gambar Jeongyeon dengan Jimin, Mingyu tekan. Hatinya sedikit pedih melihatkan gambar mesra mereka bedua dan komen-komen yang seakan manis dari rakan Jeongyeon.Dia menekan lagi satu gambar Jeongyeon yang bersendirian. Meskipun begitu, tetap gadis itu meng-tag username prk.jimin pada gambarnya.
Mingyu nampak dengan jelas yang Jeongyeon betul-betul sayangkan bekas teman lelakinya. Dia tahu Jeongyeon masih mengaktifkan akaun instagramnya.
Mana tidaknya, Mingyu sendiri nampak yang Jeongyeon begitu asyik melihat profil dia sampaikan kewujudan Mingyu pun dipalau.
"Boleh ke aku buka hati noona?"
"Sedangkan hati noona masih ada nama Jimin hyung."
"Noona hanya pandang aku sebagai budak kecik, aku yakin kalau aku cuba buka, dia dah tepis awal-awal." Mingyu tersenyum nipis.
Perlahan-lahan dia memejamkan mata untuk melayani bahtera mimpi yang indah.
Melayani mimpinya bersama Jeongyeon yang tak akan terjadi pada realiti.
Goodnight noona!
***
Jeongyeon membuka mata, silauan mentari yang datang dari tingkap telah membuatkan matanya hampir terkantup semula.
Gadis itu mula bingkas apabila semua sahabatnya sudah bangun dan tiada satu pun yang berada dalam kamar tidur kecuali dirinya.
Jeongyeon melangkah keluar dari bilik, dilihat semua ahli Twice dan Seventeen sudah menyibukkan diri dengan menyiapkan sarapan pagi untuk mengalas perut.
Boleh dilihat air muka Seungkwan pada pagi ini amat gembira bersama ibunya disisi. Jeongyeon menghampiri Nayeon.
"Morning noona." Sapa Vernon, semua mata melihat ke arahnya.
Naik segan Jeongyeon apabila ibu Seungkwan pun turut melihatnya. "Marilah duduk." Ajak puan Boo.
Niat Jeongyeon untuk duduk terbantut apabila Mingyu tiba-tiba datang menyendeng ke arahnya.
Sudahlah itu tempat dia, suka-suka hati dia jer curi tempat duduk Jeongyeon. "Eh budak, pergi duduk dekat kawan kaulah. Yang kau duduk dekat sini dah kenapa?"
Rengus Jeongyeon geram. Dia menyepak peha Mingyu dengan perlahan tanda dia menghalau dengan lembut.
"Taknak, saya nak duduk dengan noona." Enggan Mingyu lalu dia mengambil semangkuk nasi.
"Ish, menyibuk." Jeongyeon duduk bersila dengan perasaan sebal.
Dia menolak badan Mingyu tanda yang dia tengah geram.
"Comel." Gumam Mingyu perlahan lalu dihirup sesudu sup rumpai laut.
"Jeongyeon dengan Mingyu bercinta ke?" Soal Tuan Boo tiba-tiba mencelah.
Uhuk uhuk!
Tekak Jeongyeon berasa sakit, tersedak dia apabila soalan sebegitu ditujukan kepadanya.
Cepat-cepat Mina menghulurkan air kosong kepada Jeongyeon. Kesian kawannya!
"Eh taklah abeoji, saya anggap Mingyu ni adik saya jer." Jawab Jeongyeon tersengih janggal.
"Apa sayang ni? Kita kan bercinta dah nak dekat setahun." Usik Mingyu walaupun hakikatnya dia menahan perit di dada.
'Adik.'
"Merepek lah kau ni. Nak makan penyepak aku cakap." Jeongyeon mengugut malu-malu.
"Kahwin cepat-cepatlah, omma nampak kamu berdua ni padan sangat." Puan Boo pula menyakat.
"Nanti kitorang kahwin, Mingyu ajaklah omma dengan abeoji. Tak gitu sayang?"
"Shut up your mouth Kim Mingyu." Jeongyeon mengetapkan gigi.
YOU ARE READING
[C] Spy Svtwice
FanficEgo? Jangan bawa bincang perkataan tersebut dalam urusan mereka. This is work, please be a professional worker as you can! start published; 04122019 end published; 13012020 [WARNING] ⚠️ NOVEL INI TIDAK MENGANDUNGI UNSUR-UNSUR...