Part 1♡

348 23 0
                                    

Di istana Vampire kelihatan Rayyan sedang baring di katilnya. Abangnya, Jayden yang melihat adiknya terus pergi ke arahnya.

"Kamu kenapa?" ujar Jayden a.k.a Jay. 

"Nothing. Cuma fikir macam mana nak cari darah suci tu," balas Rayyan

"Tak apa nanti kamu pergi ke bumi dan cari darah tu. Ingat kamu perlu minum darah tu juga tak kira macam mana sekalipun," ujarnya lalu beredar dari bilik Rayyan. Rayyan pula masih berfikir berapa lama lagi dia boleh bertahan sementara mencari darah tersebut.

Pembantunya Adam terus meredah masuk dan memberitahu Rayyan bahawa di bumi ada yang mempunyai darah suci. Rayyan yang mendengar berita tersebut berasa gembira lalu berkata kepada Adam "Esok kita akan pergi ke alam manusia,".
Adam mengangguk dengan senyuman yang manis begitu juga dengan Rayyan. Tetapi disebalik pintu tersebut Jay bersembunyi dan mendengar perbualan tersebut berasa gembira kerana hayat adiknya dipanjangkan lagi.

Keesokan harinya Rayyan dan Adam bersiap sedia untuk pergi ke bumi dan mencari darah tersebut. Jayden juga menolong adiknya mengemas barang dan memberi beberapa nasihat kepada Rayyan.

Rayyan pula mendengar apa yang dikata oleh abangnya, maklumlah abangnya risau tentang adik dia. Apa-apa pun Rayyan terpaksa mencari darah tersebut untuk meneruskan kehidupannya.

"Dah kamu berdua boleh pergi. Ingat Adam kamu kena tolong Rayyan cari darah tu. Dan kamu Rayyan, kamu kena minum darah tu," ujar Rayyan, mereka berdua mengangguk lalu menghilangkan diri.

Sebaik mereka menghilangkan diri di istana Vampire kini mereka berada di depan sebuah bangunan yang agak lama dan usang. Mereka berdua masuk ke dalam bangunan tersebut sementara mereka mencari tempat yang sesuai untuk mereka. Lupa nak bagitahu yang Rayyan ni umur dia baru 20 tahun.

Rayyan pov

"Tuan Rayyan, esok kita perlu cari rumah yang sesuai untuk tuan," ujar Adam

"Baiklah, sekarang ni saya nak keluar nak ambil angin," balas Rayyan lalu menuju ke luar kawasan bangunan

Rayyan pov end

Semasa Rayyan berjalan, dia terjumpa seorang gadis yang agak cantik dengan dressnya berwarna putih, berjalan di kawasan tersebut.

Rayyan yang tidak berdaya untuk menyembunyikan dirinya telah diketahui oleh gadis tersebut. Gadis tersebut dengan berani mendekati Rayyan yang berpakaian seperti putera raja.

"Awak putera ke?" ujar gadis tersebut

"Ya. Saya putera Vampire. Nama saya Rayyan," balas Rayyan, namun ketika dia memberitahu hal tersebut gadis itu mentertawakannya. Rayyan hairan lalu memanggil Adam. Dengan sepantas kilat Adam telah berada di hadapan Rayyan.

"Awak siapa!," Adam mengeluarkan nada yang tegas kepada gadis tersebut

"Saya Stephanie Lia," balasnya tanpa ragu-ragu

"Kamu?"

"Kami adalah vampire sebenar dan saya ialah Adam," balas Adam tanpa ragu-ragu juga.

"Serius" Hanie terkejut lalu mendekati Rayyan dan Adam untuk memastikan bahawa mereka benar-benar Vampire.

Ketika Hanie sibuk memeriksa Rayyan, dengan tidak sengaja Hanie terpijak batu yang agak besar lalu dia ingin terjatuh, namun Rayyan pantas mencapai pinggang Hanie dan memeluknya. Hanie sedikit cemas lalu menolak Rayyan dengan kuat dan berlari beredar dari situ.

Rayyan dan Adam pula masih terkejut yang Hanie tidak takut pada Vampire.

..... 

Keesokan harinya
(Di rumah Hanie)

"Mana kau pergi semalam?," Tanya kawannya iaitu Mya

"Tak pergi mana pun," balas Hanie lalu dia menutup mukanya dengan bantal apabila dia mengingat kejadian yang berlaku di kawasan bangunan lama yang tidak jauh dari rumah Hanie.

"Okay aku nak makan lagi bagus,"

..... 

Pada malam tersebut Hanie menelefon seorang kawannya iaitu Zack dan memberitahu kepada Zack tentang kemunculan 2 lelaki yang tidak dikenali Hanie di belakang bangunan usang.

"Awak dengar tak ni," ujar Hanie kepada Zack melalui telefon

"Dengarlah. So kita pergi ke bangunan tu okay," balas Zack lalu menamatkan panggilan mereka berdua.

Hanie pula masih teringat tentang Rayyan yang memegang pinggangnya daripada terjatuh. Baginya itu pertama kali pinggangnya dipegang dan membuat Hanie berasa takut untuk mendekati Rayyan dan Adam.

RED BLOOD (C)Where stories live. Discover now