Hanie duduk di balkoni sambil memandang permandangan yang berada di atas awan. Jujurnya dia masih tidak dapat melupakan Rayyan si Vampire itu. Walaupun dia sudah mati, Hanie tetap berharap yang Rayyan akan dilahirkan semula.
Lamunan nya terhenti apabila puan Nilla masuk ke biliknya.
"Hanie tak nak cari kerja ke? Mama tengok Hanie macam sedih je."
"Takde lah. Hanie cuma bosan je." Jawabnya.
"Tak nak cari kerja?"
Hanie berpusing ke belakang menghadap ke arah puan Nilla.
"Nanti Hanie cari. Sekarang Hanie nak berehat dulu."
Lalu puan Nilla pun keluar dari bilik anaknya itu.
✳️•°•°•°•°•°•°•°•✳️
( Star R company)
Ivy dipanggil oleh bosnya untuk berjumpa dengannya di pejabat. Ivy terus menuju ke ruang pejabat bosnya itu.
"Maaf saya lambat." Ujar Ivy yang tidak mahu memandang ke arah muka bosnya itu. Takut dimarahi.
"Is okay. You can sit now." Ujarnya kepada Ivy. Ivy masih memandang ke bawah.
"Kenapa pandang bawah? Kamu tengah bercakap dengan saya atau lantai tu?!" Marahnya.
Ivy segera memandang ke arahnya.
"Where my Pa?" Tanyanya tanpa berlengah.
Ivy terdiam seketika. Dia lupa untuk meletakkan notis jawatan kosong. Dia menepuk dahinya kerana terlupa.
"Sorry, I forgot about this."
"It's okay,saya bukannya nak marah awak tanpa sebab. Dah keluar."
"Bos jangan risau,esok saya bawa kawan saya. Dia teringin sangat nak kerja." Ujarnya.
Ivy segera bangun dari tempat duduknya dan keluar. Dia menarik nafas lega kerana bosnya itu tidak menunjukkan muka yang sebenar.
✳️•°•°•°•°•°•°•°•✳️
"Haniee!!" Jerit puan Nilla dari bawah. Segera Hanie menuju ke arah suara itu.
"Kenapa ma?" Hanie melihat keadaan mamanya itu. Tiada luka atau cedera. Habis kenapa menjerit?
"Hanie tengok ni, Ivy hantar mesej dekat mama yang bos dia nak PA. Hanie boleh kerja dekat sana."
"What PA? Seriously."
"Yes, esok Ivy akan jemput kamu. So esok jangan bangun lambat lagi. Faham!" Ujarnya sebelum beredar menuju ke biliknya. Hanie berdiri kaku.
✳️•°•°•°•°•°•°•°•°•✳️
(Istana Vampire)
"Apa yang awak fikirkan?" Tanya Mariana kepada Jayden yang sedang termenung.
"Pasal rantai tu. Betul ke saya yang gigit Hanie. Saya rasa mesti ada salah faham. Takkanlah saya sanggup bunuh ayah." Fikirannya masih dilema pelbagai soalan.
YOU ARE READING
RED BLOOD (C)
FantasiSeorang vampire yang terpaksa mencari darah suci untuk menyembuhkan penyakitnya. Namun dia telah jatuh cinta kepada gadis yang memiliki darah suci, akan tetapi semuanya berakhir dengan kesedihan. Rayyan lenyap dari dunia kerana penyakitnya tidak dap...