Beberapa bulan Adam dan Rayyan duduk di bumi, dan membuat Jay berasa risau akan keselamatan mereka berdua. Namun apabila Jay pergi ke bangunan tersebut, Adam dan Rayyan telah tiada. Mungkin diaorang dah ada tempat tinggal yang baru.
Rayyan dan Adam pula masih mencari pemilik darah suci tersebut.
Tok..tok..tok..
Pintu di rumah Rayyan diketuk lalu Adam membuka pintu tersebut. Ternyata abangnya Jay telah datang ke tempat tinggal mereka. Pada mulanya Jay marah akan sikap Rayyan yang suka main-main walaupun mereka mempunyai misi. Namun Jay juga menyesal kerana Rayyan tidak dapat hidup dengan lama jika Rayyan tidak dapat minum darah suci tersebut.
"Jay sorry. Kitaorang tak dapat lagi darah suci tersebut." Ujar Adam
"Korang berdua memang suka main-main kan. Korang tak sedar ke yang pemilik darah suci tu sebenarnya ada berdekatan dengan korang. Korang kalau nak tahu sebenarnya....," Belum sempat Jay menghabiskan ayatnya pintu tersebut diketuk.
Jay pun cepat-cepat menghilangkan diri lalu pintu dibuka. Kelihatan Zack dan Hanie telah datang. Mereka tidak tahu mahu berbuat apa.
"Kenapa korang datang?," Tanya Adam
"Tadi Hanie nak sangat jumpa korang. Tak tahu sebab apa?," Ujar Zack
Selang beberapa minit Jay tiba di rumah itu sekali lagi. Namun apabila dia tiba dia betul-betul berada berdekatan dengan Rayyan dan Hanie. Tanpa menyedari kehadiran Jay disitu, Jay terus menyembunyikan diri dan terus curi mendengar perbualan mereka.
"Kenapa awak nak jumpa saya?," Soal Rayyan
"Kita dah kenal dekat 5 bulan kan. Tapi entahlah macam mana saya nak jelaskan perasaan tu,"
"Kalau tak ada apa-apa kita pergi ke ruang tamu lah. Diaorang berdua mesti tunggu kita,"
"Rayyan awak pergi dulu. Saya nak ke dapur sekejap," ujar Hanie
Apabila Rayyan hilang di pandangan Hanie, Hanie seperti ingin mencari sesuatu di dalam bilik Rayyan. Jay yang melihatnya terus munculkan diri dan segera menutup mulut Hanie. Hanie cuba lepaskan diri namun dirinya bagaikan dikunci.
"Hanie.. awaklah pemilik darah suci tu kan," ujar Jay
"Saya? Tapi kenapa saya. Awak nak gigit saya ke?,"
"Dengar sini, Rayyan kena gigit awak tak kira macam mana sekali pun. Dia perlukan darah suci untuk dia teruskan hidup. Kalau tak Rayyan akan mati," terang Jay
"Lagi satu apa yang awak cari?," Soal Jay
"Saya cari....,"
"Awak cari kelemahan Rayyan kan...," Ujar Jay lagi sekali
"Tak. Saya cari rantai, rantai yang saya bagi pada seorang budak tu. Dan budak tu salah seorang Vampire. Dia sesat masa tu dan saya yang jumpa dia, sebagai pengenalan saya kepada dia saya memberikan dia rantai saya yang berbentuk bunga Ros. Jadi saya ingat Rayyan ialah Vampire tu.," ujar Hanie dan membuat Jay menelan air liurnya. Jay mula berpeluh lalu menghilangkan diri, Hanie pula hairan.
(Di ruang tamu)
"Lambat juga dekat dapur tu?," Tanya Rayyan, Hanie hanya tersenyum.
Beberapa seketika mereka berdua pulang. Rayyan dan Adam masih berjaga hingga ke lewat malam.
(Di istana Vampire)
"Jadi dia budak perempuan yang aku jumpa masa tu?," Ujarnya sambil melihat rantai tersebut
"Jayden," panggil Mariana
"Awak dah jumpa perempuan tu?," Soalnya
"Dah tapi Rayyan suka dia. Tak mungkin saya pun suka dia, maksud saya saya nak dia terus bersama dengan Rayyan." Balas Jay
"Jay awak sedar tak yang saya ni tunang awak. Awak tak boleh jatuh cinta dengan mana mana perempuan terutamanya perempuan yang awak suka masih kecil tu," ujar Mariana kepada Jay
"Entahlah macam saya...,"
"Macam saya apa," celah Mariana
"Macam saya tak boleh nak lupakan selagi saya tak bagi rantai ni. Dan saya kena rahsiakan bahawa saya dengan Hanie tak pernah berkawan mahupun kenal daripada Rayyan," ujar Jay
"Okay awak cerita dekat saya macam mana awak boleh jumpa Hanie," soal Mariana lalu Jay mula bercerita.
(Flashback 15 tahun)
Kelihatan Jay begitu cemas apabila dia kini berada di bumi. Jay juga terpaksa ke bumi demi cari darah suci untuk ayahnya, namun Jay tercedera dan seorang budak perempuan mengahampirinya.
"Awak tak apa-apa ke?," Tanya budak perempuan tersebut. Jay yang terlalu takut cuba untuk mengelakkan dirinya. Namun budak tersebut menghampirinya dan merawat luka Jay.
"Nama saya Stephanie," Hanie memperkenalkan dirinya. Tetapi Jay masih mendiamkan diri.
Pada pertemuan pertama mereka, Hanie memberikan rantainya kepada Jay, Jay menerimanya lalu menghilangkan diri. Sejak itu Hanie percaya yang budak lelaki yang dia jumpa adalah seorang Vampire.
Apabila Jay kembali ke istana Vampire, dia terus menuju ke bilik ayahnya. Namun sesampai di pintu bilik ayahnya Jay diberitahu yang ayahnya telah mati dan tidak dapat diselamatkan. Jay mula menyesal dan sedih apabila melihat adiknya, Rayyan tidak berhenti menangis.
(Flashback end)
"Sejak tu saya tak nak kehilangan seseorang lagi," ujar Jay
"Saya akan tolong awak. Kita berdua tolong Rayyan cari pemilik darah suci tu," ujar Mariana
Beberapa seketika Jay kembali ke kediaman Rayyan lalu meninggalkan seutas rantai berbentuk bunga Ros di atas meja tanpa pengetahuan Rayyan. Jay juga berharap Hanie akan percaya bahawa Rayyan adalah budak lelaki yang dijumpai olehnya pada 15 tahun yang dulu.
TBC 🌸
YOU ARE READING
RED BLOOD (C)
FantasiSeorang vampire yang terpaksa mencari darah suci untuk menyembuhkan penyakitnya. Namun dia telah jatuh cinta kepada gadis yang memiliki darah suci, akan tetapi semuanya berakhir dengan kesedihan. Rayyan lenyap dari dunia kerana penyakitnya tidak dap...