"Haniee!" Jerit Riley memanggil nama Hanie.
Hanie segera menuju ke bilik bosnya itu. Dia memandang wajah bosnya tanpa mengetahui apa-apa.
"Kenapa awak tak beritahu saya yang hari ni ada mesyuarat?" Tanya Riley sebaik mungkin. Dia tidak mahu memarahinya tanpa sebab.
"Maaf bos,Rose ...."
Tiba-tiba Rose memasuki ruang pejabat Mr. Riley.
"Maaf bos, saya lupa nak bagi schedule dekat Hanie." Rose segera berkata demikian. Dia tidak mahu Tuan Riley memarahi pekerja baru itu.
Rose pun segera memberikan schedule kepada Hanie. Hanie menerimanya lalu mengucapkan terima kasih kepadanya.
Rose pun meminta izin untuk keluar dahulu.
"Pukul berapa mesyuarat tu?" Tanya Riley kepada Hanie.
Hanie melihat jadual tersebut.
"Dalam pukul 2.30."
"Sekarang pukul 12 so ada lagi masa. Apa kata awak teman saya pergi lunch."ujar Riley
"Lunch?" Terkejut dengan pelawa bosnya itu.
Nak terima ke? Haih terima jelah.Mereka berdua pun keluar dari pejabat. Sampai sahaja di lobi utama mereka menuju ke arah kereta Riley.
"Nak pergi mana tu?"
Hanie terhenti langkahnya dan mengalihkan pandangan ke arah bosnya itu.
"Kereta saya dekat sana. Tu kereta Ivy." Ujarnya.
Hanie menunduk malu apabila dia tersalah kereta.
Mereka berdua menuju ke Cafe Maker yang tidak jauh dari tempat kerja mereka. Di situ juga tempat mereka berdua berjumpa.
"Bos, kita lunch berdua ke?"
"Tak, saya ajak Ivy sekali." Hanie meng'oh' saja.
Mereka memesan makanan terlebih dahulu sementara menunggu Ivy datang.
"Awak dengan Ivy rapat sangat ke?" Tanya Hanie yang ingin kepastian.
"Rapat sangat. Saya jadi macam ni sebab dia, so dia memang kawan yang terbaik." Balasnya.
"Sorry lambat." Ivy terus duduk lalu memesan makanan. Ivy hairan apabila Riley Dan Hanie memandangnya sebegitu.
"Apa ni pandang-pandang."
"Takde nya nak pandang pun."
Beberapa minit kemudian makanan mereka siap dihidangkan. Mereka menikmati makanan tengah hari.
Tiba-tiba seorang perempuan yang agak cantik masuk ke Cafe tersebut. Semua mata memandang ke arahnya kecuali Riley Dan Ivy. Riley dan Ivy hanya menikmati makanan itu.
Pada masa sama perempuan itu menuju ke meja dimana Ivy, Riley Dan Hanie duduk. Dia terus melabuhkan punggungnya di kerusi yang kosong di sebelah Riley.
Hanie memandang ke arah Ivy dan Riley. Masing-masing tidak mengendahkan perempuan itu.
"Sayang." Ujar perempuan itu kepada Riley. Riley terus tersedak.
"Sayang?" Fikir Hanie dalam hatinya.
Sejak bila pula si Riley tu ada girlfriend? Haihh biarlah. Tu bukannya Rayyan."Apa you buat dekat sini?"
"I nak ajak you lunch tapi you lunch dengan pekerja you. You ni tak payah nak baik sangat dengan pekerja you tu." Ujarnya.
"I don't care." Ujar Riley ringkas.
"Cik Aryana, you lupa ke yang I dengan Riley dah lama kenal daripada you kenal Riley. Senang cerita yang kitaorang berdua dah macam family dah." Celah Ivy pula. Dia ingin mempertahankan haknya.
"Aryana? Dia ke perempuan tu? Jadi aku kena halang dia daripada kacau Riley. Tapi macam mana?" Monolognya.
Hanie memandang ke arah Riley. Hanie dapat tangkap yang Riley membuat isyarat supaya halang Aryana. Hanie segera memikirkan caranya.
"Cik Aryana?" Ujar Hanie.
"Yes. Who are you?" Tanya Aryana pula.
Masa itu, Riley dan Ivy memandang ke arah Hanie dan Aryana. Pandangan yang bersilih ganti."Saya Hanie. Girlfriend Riley." Hanie menggerakkan tangannya untuk bersalaman dengan Aryana. Namun tidak dibalas oleh Aryana. Yang dia dapat adalah jelingan.
"Sayang betul ke perempuan ni girlfriend you?"
"Yes. Kitaorang dah 2 bulan bercinta." Balas Riley Yang entah pape.
"I tak percaya." Ujarnya lalu berdiri dari kerusi tersebut. Dia berlalu pergi. Tapi sebelum dia pergi, dia sempat menjeling Hanie. Hanie terkejut dan berasa bersalah.
"Thanks." Ucap Riley lalu menyambung semula makan makanan itu.
•••••••
Mereka pun kembali semula ke syarikat lalu mengambil beberapa fail untuk di bawa ke bilik mesyuarat. Hanie seperti biasa dengan buku notanya.
Dia mencatat perkara yang penting.
|•To be continued•|
🧛🏻♂️🧛🏻♀️
22.5.2020Read......
Comments...
Vote......
YOU ARE READING
RED BLOOD (C)
FantasySeorang vampire yang terpaksa mencari darah suci untuk menyembuhkan penyakitnya. Namun dia telah jatuh cinta kepada gadis yang memiliki darah suci, akan tetapi semuanya berakhir dengan kesedihan. Rayyan lenyap dari dunia kerana penyakitnya tidak dap...