Jennifer duduk di ruang tamu dengan ditemani beberapa makanan ringan. Dia berasa bosan kerana Hanie tiada di rumah jadi dia pun menonton televisyen.
Kedengaran bunyi kereta di luar rumah. Jennifer bangun dari tempatnya lalu melilau ke arah luar melalui tingkap yang terdapat di ruang tamu itu. Ternyata yang keluar dari kereta itu ialah Hanie. Tapi seseorang lelaki telah keluar dari perut kereta lalu menuju ke arah Hanie.
"Tu kan Riley.." bisik hati Jennifer.
Apabila Hanie ingin menuju masuk ke rumah itu, dengan segera Jennifer kembali ke tempatnya. Dia berpura-pura tidak mengetahui itu.
Pintu dibuka oleh Hanie dari luar. Dia melangkah masuk ke dalam rumah lalu ditutupnya semula pintu.
"Jennifer kenapa duduk situ?" Tanyanya apabila melihat Jennifer duduk di ruang tamu. Jennifer hanya membalas dengan senyuman sahaja.
Hanie pandangnya dengan hairan. "Saya naik atas dulu lah " ujar Hanie lalu melangkah pergi dari situ. Jennifer sedikit kecewa dan amarah terhadap Hanie.
....
Selepas membersihkan diri, Hanie duduk di atas katil dengan laptopnya. Dia perlu menyiapkan beberapa lagi kertas kerja untuk diberi kepada Riley esok. Hanie menyiapkan semua kerjanya pada malam itu. Selepas sahaja dia siapkan, dia menyimpan hasil kerjanya di pendrive.
Matanya mula berasa berat. Ditutupnya laptop lalu baring. Kelamaan matanya pun terlelap.
...
Keesokan harinya, Hanie turun tangga dengan tergesa-gesa. Puan Nilla sudah pun menggeleng kepala melihat Hanie.
"Cuba Sarapan dulu.."
Hanie menggeleng tidak boleh. Dia akan lambat jika dia bersarapan di rumah. Jennifer pula yang berasa sedikit kesian memberikan Hanie bekal. Hanie mengambilnya lalu dia mengatur langkah keluar dari rumah.
...
Hanie duduk di mejanya lalu diambilnya bekal yang diberi oleh Jennifer. Dia makan terlebih dahulu. Maklumlah dia sorang je yang datang awal.
Bunyi kasut seseorang kedengaran jelas dan menunjukkan bahawa seseorang menuju ke ruangan itu. Hanie memandang ke arah bunyi tersebut. Dia tidak pasti siapa yang sedang berjalan ke arah ruangan pejabat.
Tiba-tiba satu angin yang agak kuat lalu di sebelahnya. Hanie sudah tidak sedap hati. Bunyi yang didengarnya tiba-tiba hilang.
"Haniee~"
Seseorang memanggilnya dengan suara halus. Hanie dengan berani memandang ke arah empunya suara itu. Ternyata Jay dan Mariana berada di situ.
Hanie berjalan ke arah mereka berdua. "Kenapa muncul dengan cara macam ni?!" Marah Hanie yang tidak suka dengan kemunculan mereka secara mengejut.
...
Faham tak takut! Takut tu bukan takut biasa-biasa. Takut yang kau sendiri pun tak dapat nak handle. Ok back to story...
..."Tolong jumpa kan kami dengan Riley.." rayu Jay. Hanie memandang ke arah Mariana. Mariana kelihatan tidak marah akan Hanie. Hanie menarik nafas lega dan kembali jawab soalan Jay. "Boleh. Tapi sekarang ni dia belum sampai lagi.."
"Ok. Saya dengan Mariana pergi dulu.." mereka berdua dalam sekelip mata telah hilang dari pandangan Hanie. Hanie mengeluh kecil. Dahlah takutkan orang...
...
Beberapa minit kemudian, ramai pekerja masuk termasuklah Riley. Riley memanggil Hanie untuk masuk ke ruang pejabatnya. Hanie mengangguk lalu mengambil buku catatan lalu mengatur langkah mengikut Riley dari belakang.
Riley mengambil tempatnya dulu lalu duduk. Dia menyuruh Hanie untuk mencatatkan beberapa perkara sebelum klien dari Jepun datang. Hanie tanpa membuang masa terus mencatat semua yang berkaitan.
"Ada apa-apa lagi yang perlu saya buat?" Tanya Hanie. Riley menggeleng.
Hanie pun segera menutup buku catatannya lalu melangkah lebih dekat dengan Riley. Riley pula menghadap laptop dan tidak sedar yang Hanie yang tadinya jauh dari mejanya kian mendekat. Hanie memanggil. "Bos.." Riley mendongak memandang ke arah Hanie. Hanie tidak terkata kata lagi apabila Riley melihatnya sebegitu.
"Hanie..apa yang awak nak cakap ni?" Hanie segera sedar dari halu nya... Halu dengan bos yang lahir dengan ketampanan semula jadi.... Ermm jealous jap...
"Saya nak beritahu yang......"
Tiba-tiba muncullah dua orang dihadapan Riley Dan Hanie. Hanie sedikit marah kerana tidak menghabiskan ayatnya. Ternyata dua pontianak itu yang muncul secara mengejut. Sekali lagi...dan lagi... Hanie sudah berpesan malah mereka tetap sama. Nak juga muncul secara mengejut...
"Riley..kamu masih kenal..." Riley memberhentikan kata-kata Jay dengan memberikannya isyarat tangan.
"Kita cakap dekat tempat lain.." ujar Riley.
Mereka menghilangkan diri sekali lagi.
"Pontianak ni memang tahu muncul tiba-tiba dengan hilang macam tu je? Haishh dasar pontianak!" Jerit hati Hanie. Hanie keluar dari ruang pejabat Riley.
....
Mereka bertiga kini berada di rumah Riley.
"Cantiknya rumah ni besar... Riley ni rumah awak ke?" Mariana sedikit terpegun dengan keadaan rumah Riley. Tidak percaya...
"Apa sebenarnya korang nak?" Tanya Riley tanpa berlengah lagi...
Mariana memberi ruang kepada Riley dan Jay saling berbincang.
"Kamu kenal abang kan?" Riley mengangguk.
"Tolong kembali ke dunia kita.."
"Tak! Untuk pengetahuan abang.. Riley bahagia duduk dekat dunia ni. Dunia ni tak sekejam dengan abang. Abang sanggup halau Riley sebab Riley tergigit pemilik darah suci tu. Yang tu Riley tahu, tapi yang Riley tak boleh terima.. abang tak pernah nak cari Riley. Dan sekarang apa?"
•
•
•
•
To be continued
21.7.2020
YOU ARE READING
RED BLOOD (C)
FantasySeorang vampire yang terpaksa mencari darah suci untuk menyembuhkan penyakitnya. Namun dia telah jatuh cinta kepada gadis yang memiliki darah suci, akan tetapi semuanya berakhir dengan kesedihan. Rayyan lenyap dari dunia kerana penyakitnya tidak dap...