Part 23♡

73 12 0
                                    

"Riley, sebenarnya saya bukan pemilik rantai ni. Rantai ni milik Hanie. Saya tahu sebab dah terukir pada rantai tu ialah huruf 'H' iaitu Hanie."

Perkataan itu masih bermain di fikiran Riley. Tidak sangka pemilik sebenar ialah Hanie. Walaupun dia tahu, dia akan berpura-pura tidak tahu sehingga Hanie sendiri yang memberitahunya. Lagipun itu plan Riley dan juga Jennifer.

Bunyi deringan telefon bimbitnya menganggu masa tenangnya. Entah siapa yang menelefonnya malam-malam buta begini.

Riley: hello?

??: Riley. Ni abang. Boleh kita jumpa dekat sebuah bangunan lama yang berdekatan dengan perumahan Hanie. Esok selepas Riley habis kerja.

Riley: Ok

Panggilan itu terus ditamatkan. Dia dengan Jayden bukannya rapat seperti hubungan kekeluargaan. Disebabkan hal yang berlaku pada 20 tahun lalu memberikan Riley kesan yang mendalam dan juga kekesalan yang dilakukannya terhadap Hanie.

Pemilik darah suci terlepas begitu sahaja. Peluang keemasan dan juga satu benda berharga telah terlepas begitu saja. Namun dia pun tetap bersalah kerana menjadi punca atas apa yang berlaku pada 20 tahun yang lalu sehingga sekarang.

.....

Keesokan harinya, Riley masuk kerja seperti biasa. Namun pada hari tersebut dia berasa tenang sedikit kerana Jennifer tidak menganggu nya. Entah kenapa Hanie tidak ingin memberitahu hal sebenar malah menyembunyikannya.

Riley pun menyuruh Ivy masuk ke biliknya. Ivy segera masuk dengan membawa buku catatan. Namun hampa apabila Riley memanggilnya bukan atas dasar kerja tapi hal lain.

"Ivy letak buku tu dekat meja. I panggil you bukan pasal kerja. Kalau pasal kerja pun i boleh suruh Hanie.." ujar Riley. Ivy terus meletakkan buku catatannya di atas meja.

"Kenapa? Lepas ni kan ada lunch time. Boleh berbual masa tu kan?"

"Tak boleh. Lagipun ni pasal Jay. Dia nak jumpa I."

"Serius?! Baguslah. Ni peluang you untuk berbaik dengan diaorang..."

"But I tak harap pun. Jay sendiri yang buang I so buat apa beria-ria nak kembali." Riley membalas.

"Whatever. I tak masuk campur because I tak tahu pun pasal tu. One more I ni manusia dan you Vampire so pendek kata tak sehaluan ya.." petah Ivy berkata. Mahu sahaja Riley menjentik dahinya.

"Dahlah keluar. Bukannya nak bagi pendapat tapi menjawab adalah..."

Ivy pun bangun dari kerusinya. Dia sempat menjeling ke arah Riley. Menjawab? Sejak bila pula diaorang berdebat kan?

Tok! Tok! Tok!

Seseorang masuk ke pejabat Riley apabila Riley menyuruhnya masuk. Hanie memandang ke arah Riley Yang sibuk menekan papan kekunci sampai tidak sedar Hanie di hadapannya.

"Bos.." Riley mendongak kepalanya ke arah suara itu.

"Hanie? Eh duduklah...awak kan tak sihat semalam.." Riley menyuruh Hanie duduk. Hanie duduk seperti yang disuruh.

Pada masa yang sama suasana itu menjadi hening. Masing-masing tersipu malu dan tidak bersuara.
Hanie pula tahu tujuannya ke situ. Tapi dia takut untuk bercakap hal yang sebenar.

"Hanie kenapa awak nak jumpa saya?" Riley bersuara.

"Riley, sebenarnya Jennifer bukan pemilik rantai tu. Saya ialah pemilik sebenar rantai tu yang jelas-jelas tertulis huruf 'H'. Saya...."

"It's okay. Jennifer dah beritahu semuanya kepada saya. Saya nak minta maaf sebab saya pernah gigit awak." Ujarnya.

"Lupakan pasal tu. Benda dah lepas biarkan lepas. Satu je saya nak cakap, awak penyebab Rayyan mati. Kalau bukan sebab awak mungkin saya dah dapat selamatkan Rayyan. Rayyan pula pasti masih hidup sekarang." Hanie terluah apa yang dirasainya. Dengan itu juga dia berasa lega kerana dia tidak perlu fikirkan itu lagi. Dia mengelap air mata yang menitis di pipinya.

"Hanie..i'm so sorry. Saya..."

"Enough!" Potong Hanie. Riley tergamam. Hanie baru saja menengkingnya?

Hanie bangun dari tempatnya. "Saya datang sini bukan untuk cakap pasal ni je. Tapi pasal ni juga..." Hanie menyerah satu sampul surat. Diletakkannya di atas meja. Riley memandang sampul tersebut. "Surat perletakan jawatan?" Riley membaca apa yang dilihatnya. Hanie mengangguk betul.

Kemudian Hanie berlalu keluar dari bilik Riley. Perasaan yang dibawanya sungguh menyakitkan selepas memberitahu hal yang sebenar. Riley perhatikan lagi sampul tersebut. Jadi Hanie betul-betul maksudkannya.

Di rumah Puan Nilla.

"Jennifer hari ni kamu tak keluar? Selalunya makcik nampak kamu keluar time macam ni." Puan Nilla hairan.

"Takde lah makcik. Lagipun Jennifer dah buat keputusan untuk kembali ke keluarga Jennifer. Jennifer rindu dekat mama dengan papa." Ujarnya.

Puan Nilla mendekati Jennifer lalu dipeluknya.

"Makcik harap kamu kembali dengan selamat nanti. So hari ni makcik nak masak sedap-sedap untuk kamu. Lagipun kamu dah balik hujung minggu ni kan?" Jennifer mengangguk.

Kemudian, puan Nilla menyuruh Jennifer berehat di bilik sementara menyiapkan hidangan. Jennifer terpaksa akur walaupun dia tidak mahu menyusahkan puan Nilla.

Offices...

Riley mengambil keputusan untuk tenangkan diri. Pada waktu makan tengah hari Riley memberitahu kepada Rose iaitu setiausahanya.

"Rose hari ni saya nak berehat so saya takkan masuk offices sekarang. saya nak awak jaga offices saya. One more thing kalau ada yang cari saya beritahu yang saya tak ada dekat offices. Faham?" Rose mengangguk faham.

"Bos.." panggil Rose.

"Kenapa bos tiba-tiba ambik cuti separuh hari? Sebelum ni bos tak pernah cuti separuh hari. Ada sesuatu yang berlaku ke?" Rose prihatin terhadap Riley. Riley tersenyum lalu menggeleng kepala yang bermaksud tiada apa-apa yang berlaku lalu Riley terus beredar.

To be continued
11.9.2020

RED BLOOD (C)Where stories live. Discover now