Part 19♡

80 13 0
                                    

Hanie mengetuk pintu pejabat Riley terlebih dahulu barulah dia melangkah masuk. Dia menunduk hormat kepada Riley.

"Morning boss!" Sapanya dengan bersemangat sekali. Riley sudah pun hairan dengan sikapnya.

"Awak ni dah kenapa?"

"Saya nak bos jumpa dengan pemilik rantai tu." Reaksi Riley terus berubah yang tadinya ceria bertukar terkejut.

"Jennifer masuklah!"

Jennifer melangkah masuk dengan rantai yang berbentuk rose tergantung di lehernya. Jennifer tidak berani memandang ke arah Riley kerana reaksi Riley juga mengejutkan Jennifer.

Riley seperti tidak percaya yang Hanie menjumpai pemilik rantai itu. Tapi mengapa pemilik itu adalah Jennifer? Dia tidak pasti dengan itu. Jujurnya dia memang tidak berkenan dengan Jennifer sejak pertama kali mereka berjumpa.

Riley bangun dari tempatnya lalu menuju ke arah Jennifer. Walaupun dia tidak suka akan Jennifer tetapi walaubagaimanapun Jennifer adalah pemilik rantai itu. Riley memegang tangan Jennifer.

"Betul ke rantai ni milik awak?" Tanya Riley. Jennifer tidak pasti dengan itu. Dia mengalihkan pandangannya ke arah Hanie. Hanie mengangguk yang bermaksud dia menyuruh Jennifer mengaku yang rantai itu miliknya.

"Ya.. be.. betul. Rantai ni milik saya." Jawabnya ragu-ragu.

"Boleh kita keluar sekejap. Saya nak tanya awak beberapa soalan." Ujar Riley. Hanie cemas jika Jennifer akan mengetahui sesuatu daripada Riley.

Riley memusing ke belakang dimana Hanie sedang berdiri. "Hanie, awak boleh ikut sekali." Ujarnya. Hanie mengangguk.

Mereka menuju ke sebuah restoran. Pada mulanya Jennifer berasa kurang selesa namun dia mula berasa selesa kerana Riley seperti sudah rapat dengannya. Adakah kerana rantai itu?

Hanie pula terasa sakit hati apabila dia melihat Riley semakin riak berbual dengan Jennifer. Salahkah dia kerana membohongi Riley. Dia tahu, dia tidak mampu bersama dengan Riley kerana di hatinya masih Rayyan. Walaupun dia tidak tahu siapa Riley Yang sebenarnya, dia pasti akan mengetahui itu semua dengan sendiri.

"Riley, saya masuk offices dulu. Terima kasih sebab ajak saya lunch." Ujar Hanie. Hanie bangun dari kerusi lalu keluar dari restoran tersebut.

Riley memandang berat melihat Hanie meninggalkan restoran itu. Entah mengapa dia berasa seperti itu.

"Riley, are you okay?" Tanya Jennifer yang perasan Riley termenung.

Riley segera bangun dari tempatnya. "Jennifer, sorry. Saya kena gerak sekarang. Awak..."

"It's okay. Awak pergilah. Saya okay je" jawabnya. Riley tersenyum lalu beredar meninggalkan Jennifer yang masih duduk.

....

Semasa Hanie ingin naik ke tingkat atas. Dia tersedar seseorang sedang menunggunya di lobi. Sosok tersebut amat dikenali oleh Hanie. Hanie segera mengatur langkah menuju ke arahnya.

"Zack!" Sapanya. Zack tersentak.

"Mana Riley? Saya ingat awak dengan dia..."

"Takde lah!" Potongnya.

Zack terdiam seketika apabila melihat Hanie berkata seperti itu. Dia tahu yang Hanie pasti ada masalah.

"Hanie, kalau awak ada masalah. Awak boleh share dengan saya. Mana tahu saya boleh tolong."

"Okay. Nanti lepas habis kerja awak jemput saya. Ada benda saya nak beritahu. Saya naik atas dulu." Ujarnya lalu beredar. Zack pun mula beredar juga.

....

Riley memanggil Hanie masuk ke pejabatnya. Hanie mengetuk pintu lalu masuk ke dalam.

"Kenapa bos nak jumpa saya?" Tanyanya.

"Macam mana awak boleh tahu yang pemilik rantai tu adalah Jennifer? Awak ada benda ke nak cakap dekat saya?" Hanie mengalih pandangannya ke arah lain. Tak mungkin dia nak beritahu yang dia adalah pemilik sebenar rantai tu.

Dia mengeluh kecil. Keluhannya didengari oleh Riley. Riley semakin curiga. Walaupun dia tidak kenal Hanie lama. Tapi dia cuba untuk mengenali gadis itu secara mendalam lagi. Kerana hatinya berkata mungkin Hanie adalah orang yang dicarinya ketika dulu lagi.

"Takpe. Awak boleh keluar. Oh ye, cakap dengan Jennifer esok saya tak ada masa nak lunch dengan dia."

Hanie hairan dengan kata-kata Riley. "Awak tak ada nombor Jennifer ke?" Riley menggeleng.

"Saya bagi nombor dia." Hanie mengambil kertas kosong lalu dicatatnya nombor Jennifer. Diserah nya kertas itu kepada Riley. Riley mengeluh kecil.

Sejak bila pula dia minta nombor Jennifer. Walaubagaimanapun dia mengambil kertas itu.

"Saya keluar dulu. Lagipun masa saya dah tamat." Ujar Hanie.

"Saya hantar awak balik." Riley baru sahaja mengemas barangnya kerana ingin menghantar Hanie pulang. "Tak perlu." Riley terhenti seketika.

"Saya nak jumpa orang. So awak tak payah nak hantar saya balik. Saya pergi dulu. Awak jaga diri."

Hanie pergi dari situ. Hanie menuju ke arah lift lalu menekan butang 1 dimana lobi itu berada. Dia melangkah keluar dari syarikat yang besar itu. Kelihatan Zack sudah menunggunya seperti yang disuruh oleh Hanie.

Hanie menuju ke arah Zack. Tanpa berkata apa-apa, Hanie terus masuk ke dalam perut kereta.

Setelah sampai di tempat yang mereka tuju. Hanie keluar dari kereta diikuti dengan Zack.

"Hanie. Awak okay ke?" Tanya Zack prihatin.

"Awak tahu something ke? Pasal Riley."

"Ya." Hanie memandang ke arah Zack. Perasaan ingin tahu semakin tinggi.

"Ok saya beritahu hal yang sebenar. Riley Tu sebenarnya adik kepada Jayden dan abang kepada Rayyan. Dia...dialah Vampire yang gigit awak masa kecil dulu. Dia yang menyebabkan kematian ayah dia dan Rayyan." Jelas Riley. Maya Hanie berkaca. Tidak sangka lelaki itu benar-benar ada kaitan dengan Rayyan.

Hanie terduduk kerana kakinya lemah. Zack yang sudah agak apa yang akan Hanie buat. Dia duduk di sebelah Hanie. Menenangkan fikiran gadis itu.

....

Mariana mengambil tempat lalu duduk di sebelah Jay. Dia tahu Jay sedang memikirkan sesuatu.

"Awak ok? Saya tengok sejak dua menjak ni awak macam serabut je? Awak fikirkan soal Hanie dengan Riley?" Tanya Mariana.

Jay memandang ke arahnya. "Ya. Macam mana nak pujuk Riley untuk kembali ke kita. Soal Hanie, dia masih berasa bersalah dan tidak dapat lupakan Rayyan. Macam mana kalau rantai yang saya tengah pegang ni bukan milik Hanie tapi milik sepupu Hanie?" Luahnya.

Mariana memeluk Jay. Dia menenangkan suaminya itu. Jay terdiam dalam dakapan Mariana. Selepas itu dia pun melepaskan pelukan Mariana lalu bangun dari tempatnya.

"Saya akan pastikan yang Riley Akan kembali kepada kita!"

Dalam sekelip mata Jay telah hilang dari pandangan Mariana. Mariana mengeluh kerana sikap degil Jay.

°To be continued°
🧛‍♀️🧛‍♂️

RED BLOOD (C)Where stories live. Discover now