Part 5♡

127 15 0
                                    

Hanie pun menjarakkan dirinya seperti yang diberitahu oleh Jay dan Zack. Namun dia benar-benar ingin mengetahui lebih lanjut tentang budak yang dijumpainya 15 tahun yang lalu. Dia berusaha ke rumah Rayyan dengan senyap-senyap tanpa diketahui oleh Zack .

Ketika dia berada di halaman rumah Rayyan, hatinya seperti ingin beredar dari situ segera tetapi Hanie melawan perasaannya lalu masuk melalui tingkap. Ketika Hanie membuka tingkap dia melihat Rayyan agak lesu dan pucat. Dia berasa kasihan tetapi apabila dia ternampak cawan yang diisi oleh darah membuatnya takut lalu mengambil keputusan untuk pulang ke rumahnya.

Tanpa diduga Hanie terpijak ranting dan didengari oleh Adam. Adam segera menuju ke arah bunyi tersebut dan melihat Hanie berada di situ. Hanie menarik tangan Adam dan memberitahu supaya merahsiakan kedatangan dia ke sini.

"Apa yang awak buat ni? Kalau awak datang sini untuk selamatkan Rayyan takpe juga," ujar Adam

"Adam apa khabar Rayyan sekarang ni?," Tanya Hanie

"Macam yang awak nampak sekarang ni. Saya haraplah awak dapat selamatkan dia,"

"Kenapa saya? Awak nak tengok menderitanya keluarga saya bila saya mati?," Balas Hanie sambil memandang tepat ke arah anak mata Rayyan.

"Dah, awak pergi balik sekarang. Dan lagi satu, tinggal lagi 2 bulan lebih untuk Rayyan hidup. Fikirkan," ujarnya lalu beredar. Hanie masih berdiri di halaman sambil memikirkan namun dia mengambil keputusan untuk pulang dan bertenang ketika.

Setibanya di rumah kelihatan Zack duduk di ruang tamu sambil berbual dengan ibunya.

"Pergi mana tadi?," Tanya Zack

"Mama tak beritahu ke yang Hanie pergi mana tadi,"

"Manalah mama tahu Hanie pergi mana," ujar mamanya

"Mama macam tak biasa pula. Mestilah Hanie pergi beli barang," balasnya

"Mana barangnya?," Soal Zack

"Barang yang saya nak cari tu tak ada. Jadi saya tak beli lah. Dahlah saya nak masuk bilik dulu," ujar Hanie lalu cepat-cepat masuk ke biliknya lalu menguncinya

"Zack maafkan Hanie. Dia tu memang macam tu bila stres,"

"Stres?,"

"Ya. Dia asyik keluar rumah je. Bila ditanya dia kata pergi jalan, ambil anginlah banyaklah alasan dia bagi," ujar ibunya

"Tak apa nanti saya carikan Hanie kerja. Mungkin dengan bekerja Hanie boleh rasa tenang sikit. Tapi kerja yang mampu jelah," ujar Zack sambil mengambil cawan yang terhidang di atas meja

"Zack tak nak kenalkan family Zack ke?," Soalan Puan Nilla telah membuat Zack tersedak

"Family Zack... Dia..orang... Dah... Tak ada..," balasnya dengan gagap

"Maafkan makcik. Makcik tak tahu pun pasal tu tapi kenapa diaorang tak ada?," Soal Puan Nilla

"Diaorang mati kena bunuh. Diaorang tu musuh keluarga saya," terang Zack. Puan Nilla hanya mendengar

.....

Tepat pada pukul 8pm Hanie masuk ke biliknya setelah selesai makan malam bersama keluarganya. Hanie mengambil satu novel lalu membacanya, namun fikirannya dipenuhi dengan pelbagai soalan yang perlu dia ajukan kepada Rayyan. Tapi apatah daya untuknya berjumpa Rayyan.

Hanie pun meletakkan semula novel tersebut di rak buku dan berdiri di luar balkoni sambil melihat bintang. Tiba-tiba Hanie ditolak ke dinding dan kedua-dua belah tangan telah mengurung badan Hanie. Hanie kini telah bersentuh dengan dinding. Ternyata Jay berada dihadapannya, Hanie terus terkejut.

"Mana rantai tu?," Tanya Jay sambil kedua-dua tangannya mengunci pergerakan perempuan itu.

"Lepaskan saya dulu," kata Hanie. Jay pun melepaskan Hanie. Kini Jay menyilangkan kedua-dua tangannya sambil memandang ke arah Hanie. "Rantai tu kan masih dengan Rayyan. Kenapa tanya saya?," Ujarnya.

"Rayyan? Okay terima kasih," balas Jayden.

"Tunggu," Jay memandang ke arah Hanie semula. "Awak cari rantai tu buat apa? Ke rantai tu hilang," tanya Hanie

"Ya. Memang rantai tu hilang. Rayyan yang suruh saya cari rantai tu, sebab tu saya datang sini," balasnya. "Dahlah saya nak pergi sekarang ni," ujar Jay lalu terus menghilangkan diri

"Lain kali masuk ikut pintu depan," ujar Hanie

Tiba-tiba pintu biliknya dikuak dari luar. Hanie terus mencapai novelnya dan buat-buat baca.

"Apa yang 'lain kali masuk ikut pintu depan'?," Tanya Puan Nilla

"Oh novel ni ma. Lelaki ni dia nak jumpa girlfriend terpaksa panjat balkoni. Sebab tu Hanie suruh dia ikut pintu depan," terang Hanie sambil buat-buat baca

"Hanie ni makin pelik lah. Dah sekarang pergi tidur, lagi satu tutup pintu balkoni tu," arah Puan Nilla

"Baiklah mama," ujar Hanie lalu menutup pintu balkoni seperti yang disuruh oleh Puan Nilla

(Di istana Vampire)

Jay menuju ke tempat tidurnya. Jay masih tercari-cari rantai tersebut di rumah Rayyan mahupun rumah Hanie. Namun semua tu hanya sia-sia.

Semasa Jay sibuk memikirkannya, Mariana masuk lalu duduk di sebelah Jay.

"Awak cari ni?," Kata Mariana sambil menunjukkan sesuatu. Sesuatu yang mengejutkan Jay

"Rantai tu. Awak ambil?," Ujar Jay

"Ya. Sebab saya nak tahu betapa pentingnya rantai ni untuk Rayyan. Tapi apabila saya tengok balik, rantai ni milik awak kan? Tu kira bertuah kalau tak saya dah lama bunuh Hanie untuk Rayyan,"

"Mariana dengar sini. Kalau awak ambil lagi rantai ni atau cuba buat Hanie cedera saya tak teragak-agak untuk cederakan awak," ujar Jay lalu terus rampas rantai tersebut dari tangan Mariana

"Jadi pemilik rantai ni perempuan tu. Pemilik darah suci. Jadi dialah budak perempuan yang awak jumpa 15 tahun yang lalu. Tak sangka kan.," Ujar Mariana yang sedikit kesal

"Keluar," arah Jay

"Tapi saya akan pastikan adik awak terus hidup. Saya akan paksa Hanie,"

"Keluar!," Jay terpaksa menggunakan nada tegas. Kini Mariana benar-benar telah keluar.

.....

Keesokan harinya Hanie bangun seperti biasa. Hanie terus duduk di meja bersama Puan Nilla.

"Hanie hari ni Hanie kena kerja. Hanie kerja je dekat kedai serbaneka hujung sana. Simple je kan. So Hanie boleh ajak Zack nanti," ujar mamanya

"Ma. Hanie kan nak sambung belajar bukannya nak kerja,"

"Hanie kerja dulu. Lepas tu bila Hanie boleh berdikari baru Hanie sambung belajar. Okay?," Terang Puan Nilla

"Okay ma. Nanti Hanie dengan Zack pergi," balasnya lalu menuju ke tingkat atas.

Beberapa minit kemudian Zack berada di hadapan rumahnya. Hanie pun pergi bersama Zack ke kedai serbaneka. Suka tidak suka dia terpaksa bekerja dulu untuk buktikan yang dia boleh berdikari dan akan sambung belajar.

Akhirnya Hanie diterima bekerja di kedai serbaneka. Tuan kedai menyuruh Hanie bekerja pada keesokan harinya. Hanie pun balik menuju ke rumahnya. Tapi Zack tidak kelihatan ketika Hanie ingin berjalan pulang.

"Mana Zack ni?," Hanie melihat sekeliling tetapi satu batang hidung pun dia tidak nampak

-to be continued-

RED BLOOD (C)Where stories live. Discover now