Hanie terburu-buru keluar dari rumah. Disebabkan terlalu lambat, Hanie tidak sempat bersarapan. Dia berlari menuju ke tempat kerjanya dengan fail-fail penting.
Secara tidak sengaja, dia terlanggar bahu seorang lelaki dan failnya terjatuh. Hanie segera mengutipnya dan segera meminta maaf. Belum sempat meminta maaf, lelaki itu telah menghilangkan diri dalam sekelip mata.
"Mana lelaki tu pergi?" Monolognya.
Dia mencari sekelilingnya namun tidak jumpa. Dia hanya sempat melihat separuh muka sahaja.
Hanie melihat jam tangannya yang kini sudah pukul 9.00 am dimana mesyuarat tersebut akan bermula. Dia berlari menuju ke lobi syarikat tersebut dan menuju ke lift. Dia terus masuk ke dalam lift tersebut dan menekan nombor 5 dimana mesyuarat tersebut diadakan.
Setibanya dia di bilik mesyuarat, semua staf di situ memandangnya termasuk bosnya. Dia segera menuju ke arah bosnya lalu menyerahkan fail tersebut.
"Keluar." Arah bosnya setelah mengambil fail-fail itu daripada tangan Hanie.
Hanie tergamam dengan tindakan bosnya. Sepatutnya dia memang patut berada di dalam bilik itu bersama-sama dengan kumpulannya. Malah dia kena keluar dan menunggu di lobi seperti yang diarah oleh bosnya itu.
Selesai sahaja mereka bermesyuarat, Hanie telah dipanggil ke pejabat Tuan Andy iaitu bosnya. Hanie sudah agak pasti dia dikenakan tindakan lagi.
Pintu pejabat Tuan Andy dibuka oleh Hanie dari luar. Bosnya memandang ke arahnya dengan serius. Hanie melaburkan punggungnya di kerusi yang berada di hadapan Tuan Andy. Dia hanya menundukkan sedikit kepalanya.
"Kamu tahu kenapa saya panggil kamu?"
"Tahu." Jawab Hanie.
Tuan Andy membuka laci mejanya dan mengeluarkan sepucuk surat.
"Ni surat peletakan jawatan. Saya rasa awak dah tak boleh bekerja dekat sini lagi." Ujar tuan Andy ketika menyerahkan surat tersebut.
"Jadi saya dah kena pecat?"
"Ya, awak dah dipecat."
"Bos, boleh bagi saya satu peluang lagi? Saya janji saya takkan lambat lagi," rayu Hanie.
"Maaf. Bos kamu tu tuan Zein nak kamu berhenti. Jadi saya memang dah tak tolong. Maaf. Saya harap awak tak putus asa sebab kena pecat." Ujar Tuan Andy.
Hanie pun bangun dari kerusinya lalu keluar dari pejabat Tuan Andy. Dia mengemas semua barangannya di atas mejanya lalu pergi dari syarikat itu. Hanie meninggalkan syarikat itu dengan perasaan sedih.
✳️•°•°•°•°•°•°•°•✳️
Ketika sampai di rumah, puan Nilla bertanya kepada anaknya itu. Tetapi, Hanie hanya mendiamkan diri dan terus menuju ke biliknya tanpa berkata apa-apa.
"Peliknya?" Lalu puan Nilla menuju ke dapur untuk memasak.
Tok..tok..tok..
Pintu rumah Puan Nilla diketuk beberapa kali. Puan Nilla menuju ke arah pintu tersebut lalu membukanya. Ternyata Zack yang berada di luar. Zack dijemput masuk terlebih dahulu sementara puan Nilla memanggil Hanie.
Hanie turun dan duduk bersama dengan Zack. Zack yang hairan dengan keadaannya lalu bertanya kepadanya.
"Kenapa ni?"
"Saya dah kena pecat." Ujarnya
"Sebab?"
"Lambat." Jawabnya dengan ringkas.
"Tak pe. Nanti saya carikan awak kerja baru. Lagipun banyak lagi kerja kan."pujuk Zack.
✳️•°•°•°•°•°•°•°•✳️
(Di Star R Company)
Seorang lelaki yang megah berjalan masuk ke ruang pejabat yang merupakan miliknya apabila selesai bermesyuarat sebentar tadi. Dia melabuhkan punggungnya di kerusinya lalu menghadap ke arah belakang.
Ivy yang merupakan seorang yang paling rapat memasuki ruang pejabatnya dengan membawa fail kerja.
"Bos, tolong semakan fail ni." Ujarnya.
Kerusi yang menghadap ke belakang kini telah berpusing menghadap ke depan. Dia memandang ke arah Ivy lalu menyemak fail itu.
Setelah disemak, dia memulangkan fail tersebut kepada Ivy semula.
"Saya keluar dulu." Ujar Ivy ketika mengambil fail itu.
"Wait! I need PA. Can you help me?" Pintanya kepada Ivy.
"Yes, sure. Esok saya bawakan PA tu. Sekarang boleh saya keluar?"
"Yes, sure." Ujarnya lalu kerusinya berputar kembali ke arah belakang.
✳️•°•°•°•°•°•°•°•✳️
Hanie menghantar Zack sehingga di pintu pagarnya. Setelah itu, Zack menghilangkan diri dalam sekelip mata. Ketika Hanie ingin masuk semula ke dalam rumahnya dia telah ditarik oleh seseorang.
"Lepaskan saya!" Hanie meronta melepaskan dirinya.
"Hanie, ni saya! Jay."
"Jay?"
Jay pun melepaskan Hanie. Hanie berdiri jauh daripada Jay.
"Jangan risau, saya bukan cederakan awak. Saya cuma nak tanya sesuatu yang penting." Ujar Jay.
"Apa?"
"Betul ke saya yang gigit awak dulu. Seingat saya, masa ayah saya sakit seperti Rayyan saya tak pernah jumpa seorang pun manusia. Malah saya tak pernah gigit manusia lagi." Terang Jay tentang apa yang diingat olehnya.
"Saya tak tahu. Mungkin sebab awak yang ada rantai tu. Siapa lagi yang simpan rantai tu selain awak."
"Okay, kalau betul saya yang salah saya minta maaf. Awak tak perlu salahkan diri awak. Saya pergi dulu." Ujar Jay lalu menghilangkan diri.
Hanie terus berlari menuju ke dalam rumah.
"Hanie mari makan." Ujar papanya.
Hanie berjalan menuju ke meja makan. Dia makan makanan tersebut dengan perasaan keliru. Keliru dengan soalan Jayden.
Jika bukan dia siapa lagi yang pegang rantai tu? Siapa lagi Vampire yang ada rantai tu?
•To be continued•
10.5.2020
🧛🏻♂️🧛🏻♀️|Read|comment|vote|
YOU ARE READING
RED BLOOD (C)
FantasySeorang vampire yang terpaksa mencari darah suci untuk menyembuhkan penyakitnya. Namun dia telah jatuh cinta kepada gadis yang memiliki darah suci, akan tetapi semuanya berakhir dengan kesedihan. Rayyan lenyap dari dunia kerana penyakitnya tidak dap...